Showing posts with label Masak-masak. Show all posts
Showing posts with label Masak-masak. Show all posts

Tuesday, February 26, 2013

Bawak bekal kasih sayang je boleh tak? Miahahaha

Semalam.

Nabil: Mama, boleh tak esok abang nak bawak bekal nasi.
Mama: Boleh. tapi cikgu bagi ke bawak nasi? ada ke kawan bawak bekal nasi?
Nabil: Adaaa..
Mama: Ok. esok pagi mama bawakkan. abang nak lauk apa?
Nabil: Lauk kari.

Ok. tapi sebenarnya aku seram bila dia nak bawak lauk kari. takut tumpah ke..sepah ke..kang cikgu marah tak pasal-pasal je pulak. sebelum ni bawak juga bekal. tapi yang simple. nuget, sosej, donut, keropok lekor..kuih-kuih kering je laa.. tapi kali niiii..adehh.

ps: nabil dah mula balik request lauk kari dahhh..haha. layan saje. kan kat entri Menu Top 5 Nabil tu kan aku cakap esok lusa nabil akan mintak lauk kari semula. hm, tak sempat tunggu esok lusa pun. petang tu jugak dia request kari. haha. ni dah 2 hari aku masak kari ayam. haritu kari kentang. lepastu kari daging sebab damia suka daging. takpe jangan risau. sebab aku masak sambil pejam mata je. haha. tipu :P

Ok. berbalik ke topik asal. nabil berubah fikiran pulak petang semalam.

Nabil: Mama, esok abang nak bawak nasi lemak la. tak jadi bawak lauk kari.
Mama: Nasi lemak warna apa? putih ke hijau?
Nabil? warna hijau la. eh boleh tak mama buat warna biru?
Mama: Biru tu nasi kerabu. nak bawak nasi kerabu ke? abang makan ke?
Nabil: eh abang saje je cakap. mama masak warna hijau tau.
Mama: ok :)

Pagi tadi.

Aku masak 3 cawan nasi lemak hijau. kenapa hijau? sebab aku blend daun pandan sebab tu kaler dia cantik warna hijau. wangi. sedap giler. hehe.

Bahan-bahan:
3 cawan beras basmathi.
1/2 biji kelapa parut ( aku saje takmau lemak sangat. kang kekanak mengantuk kat sekolah naya je. haha. kalau suka lemak, boleh guna 1 biji kelapa)
1 sudu kecil halba
1 batang serai (ketuk)
1/2 inci halia
5 helai daun pandan (kalau tak de daun pandan, guna la pes pandan dan pewarna hijau kalau ada ye. hehe)

Aku sukat 1 cawan beras : 1 1/2 cawan air. jadi agak-agak la ye. guna lebih kurang 4 1/2 cawan air. air tu guna untuk blend daun pandan. tapis. ambil jusnya. kelapa parut pun aku blend. perah. lepastu sukat la semula. jus pandan dan santan tu dapat 4 1/2 cawan. lepastu panaskan campuran santan, jus pandan, halba, halia dan serai. jangan lupa letak garam. bila dah mendidih baru masuk beras. lepastu masak. dah masak, boleh makan. sori gambar takde. malas nak ambik gambar, haha.

Aku cedok siap-siap masuk dalam tupperware. oh ya. goreng paha ayam dua ketul. nabil 1. damia 1. goreng guna tepung magik. hehe. ala-ala KFC gitu. kekanak excited. ayam goreng upin ipin katanya.

Kekanak riang start sekolah pukul 8 pagi. 10minit sebelum pukul 8, damia cakap lapar. adoila. tadi takmau makan. mama dah start enjin kereta baru terkedek-kedek nak makan. aku cedok sorang sepinggan. lepastu makan laju-laju. haha.

Sambil makan. Kekanak borak-borak. Aku pasang telinga.

Nabil: sedapnya bau. sedapnya..hm, sedapnya nasi niii.. (sambil suap nasi mulut potpetpotpet)
Damia: sedap kan bang.
Nabil: sedap. mama memang pandai masak kan. nasib baik abang suruh mama masak nasi lemak hijau ni.
Damia: terima kasih abang.

HAHAHAHAH. gelak guling-guling den.

Dah siap belum? jom pegi sekolahhhh..dah pukul 8 la nak oiiii...
Terkedek-kedek basuh tangan. grrrr...

Nabil & Damia: Terima kasih mama masakkan nasi lemak. sedap sangat :)

Hehe. berbunga hati mama. sape lagi nak puji mama masak sedap kan? anak sendiri lerrr..

Sampai sekolah, kawan-kawan dah beratur. haha. ambikkk..kelam kabut. esok pagi kalau nak sarapan nasi kena awal sikit ye. time tu nak pegi sekolah time tu la nak makan. nasib baik sekolah dekat.

pss: nampak gaya tambahla menu baru makan sampai jemu. nasi lemak hijau. haha. nasib baik stok beras basmathi banyakkk. sebab aku bawak balik rumah baki buat nasi beryani masa aqiqah haritu.

esok kena masak nasi lemak lagi kah? kalau bawak bekal kasih sayang je pegi sekolah boleh tak? Miahahah. heppp!! mama jangan malas-malas. nasib baik masak nasi lemak untuk anak-anak tak payah masak sambal. kalau ayah kekanak balik esok memang wajibla masak complete set nasik lemak untuk bawak bekal ke tempat kerje. bilis+kacang goreng, timun, telur rebus, sambal tumis. perrgghhhhh!!

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Friday, February 22, 2013

Terer masak sampai boleh bukak kedai. kau ada??

Adoila.  sori tajuk entri tak semenggah. haha. seploh jam aku fikir nak buh tajuk apa (tipu. haha). ok. straight to the point. nabil jenis kalau suka makan satu jenis lauk tu sampai straight seminggu hari-hari nak lauk tu juge. eh tak cukup seminggu. minggu depan nak lauk yang sama. kadang sampai sebulan lauk yang sama. percaya tak? ke anak u ols ada yang macam tu? sobsob.

Pendek kata.
Aku boleh masak kari sambil pejam mata. ok tipu. haha.

Menu Top 5. setakat ni la ye. haha.

Yang ke-5. Nasi minyak hujan panas.
Hambekk. hari-hari aku kena masak nasi minyak yang berwarna-warni di Alidilfitri tu ha. tapi nasib baik la tak lama. tak sampai seminggu pun. nasib baikkk. pengsan nak melayan menu ni. mana taknya. kalau masak kena guna beras basmathi. lepastu minyak sapi adalah wajib sebab kalau tak rasa dia OUT.

Yang ke-4. Kerang masak lemak.
Disebabkan kerang tak sedap disimpan stok dalam peti sejuk. maka, hari-hari laa aku kena pegi kedai memborong kerang. dah la sekali hadap sekilo. tu namanya melantak. kan? haha. lepastu takmau pulak kerang rebus gitu saje. masak lemak la jawabnya kan. memang sambil makan sambil bodek mama la kan..kan..hehe

Yang ke-3. Tomyam ayam.
Nabil mula gila tomyam sejak kami bercuti kat tioman masa Raya Cina tempohari. nasib baik tomyam senang masak. haha. campak-campak je bahan. asal balik je rumah mak aku, aku petik siap-siap daun limau purut, ambik lengkuas, serai bagai. haha. jimat tak?

lepastu demand pulak tu. tak suka tomyam putih. nak tomyam merah. makan kat kedai dia cakap tak sedap. mama masak laaaggiii sedap. ha, bodek mama sampai kembang. hahha. menu tomyam bertahan selama 2 minggu. sebab aku terrrrrmasak laksa penang la pulak. sebab jemu pulak hari-hari mengadap tomyam.

Ok. tu yang timbul Yang ke-2 sekarang ni. kira top la kan. sebab nabil cakap aku masak lagiiiii sedap dari yang beli kat pasar malam. pergghhh gitteeewww :P

Nak tau apa? LAKSA PENANG. haha. tak pernah tercapai dek akal aku nak jadi rajin tahap maksima hari-hari nak masak laksa wwehhhh..

aku start kena masak hari jumaat minggu lepas. sebab kat rumah mak aku ada nak buat majlis bacaan Yaasin dan doa selamat. aku pulak tumpang buat aqiqah damia. haha. dah nak masuk 3 tahun baru nak buat aqiqah. sori kakak. masa nabil dulu buat seekor je. ni kami buat lagi seekor. jadi, ada 2 ekor kambing la. ok. cerita Aqiqah nanti aku buat entri lain ye? hehe.

Lepastu Rabu baru aku start buat semula. tu pun dah berapa hari dia tanya. bila nak buat laksa johor. aik??
Tah bila la dia makan laksa johor. Balik sekolah semalam nabil request lagi nak makan laksa.
Masakleeeee mama kalau hari-hari mau laksa. wuwuwuuu..

Tapi aku mim-alif-lam-sin la pulak semalam. haha. 

Nasib baik boleh pujuk lagi makan nasi lauk asam pedas.
Nasib baik dia cakap sedap. Tapi aku masak sikit. petang nak makan dah habis.

Sebab semalam ada pasar malam.
Konon la kan masak cukup2.
Konon nak beli je laksa tu.

Dah beli.
TAPI..............................

'mama, kuah dia cair. tak sedap. mi dia pun tak sedap'

ada baki kuah laksa semalam. aku cuci mi laksa tu. tukar kuah. kejam tak aku? haha.

'mama, kuah dia sedap. macam mama masak semalam. tapi kenapa mama tak tukar mi sekali'

SOBSOBSOB.

Jadi.......aku kena masak laksa penang sampai boleh bukak kedai sok. wuwuwuuuu..

Nasib baik semua bahan dah ada. lepas maghrib terus mula operasi masak laksa penang. dulu rasa macam susah gile nak masak. tapi sekarang kalah chef gitu. haha. malam tadi juga damia dan nabil makan. hm, kalau ku tahu, tak payah beli kat pasar malam. kah dah membazir. damia cakap jangan membazir nanti Allah marah. eleh, dia pun sama demand dengan abang. nasib baik la damia makan je apa menu yang abang dia nak.

ps: nabil ingat laksa penang tu laksa johor. sebab tu dia dok request laksa johor. dia kata kan kita duduk johor. kenapa nak panggil laksa penang.. muahahah


Ok. menu yang paling tip top meleTOP.
Teka apa? mesti la KARI.
Kari apa? tak kisah la ape pun. yang penting kari. tapi kari telur takmau yee. hehe.

Kalau dia makan kari..FUHH. sampai menjilat jari. selera betul. tak jemu-jemu. pelik betulll. haha. lauk kari ni la yang paling lama bertahan selalunya. kadang sampai sebulan aku masak lauk yang sama. bila enSuami balik kerja (enSuami balik rabu dan sabtu) baru aku tambah menu lain. untuk aku? aku masak sayur. masak sambal tumbuk ke..sambal belacan ke.. cukup laa..

Bila dia dah jemu makan lauk kari (aku boleh tau sebab bila dia makan tak laju macam selalu, dah slow la maksudnya) aku tukar menu. tapi menu tu cuma bertahan seminggu je la. lepastu berpatah balik kepada KARI semula. hahahah.

Nabil kan. dia jenis suka sangat tengok rancangan memasak. paling suka tengok 5 rencah 5 rasa. kadang tu dia ajar aku, macam mana nak masak satu menu tu. nak kena letak apa..siap step nak masak lagi. terer tau. bila aku tanya mana abg tau? dia cakap alaaa abg tengok kat tv. hihi. bila dia makan laksa, dia tanya. macam mana nak masak. apa bahan yang mama letak masa masak. kalau yang dia tak tau contohnya daun kesum ke..bunga kantan ke..semua dia nak tengok. 

Sebenarnya aku tak kisah pun kena masak lauk-lauk feveret nabil walaupun menu yang agak renyah nak buat. asalkan nabil nak makan. sebab dulu kemain laaa payah dia nak makan. so??? kita enjoyyy la memasak kan. Bangga sebenarnya jadik Feveret Chef anak-anak ni. makanan lain semua tak sedap. mama masak jugaaaa yang sedap. eceh!

Jadi harini punya menu adalah laksa penang ye puan-puan. insya Allah esok lusa nabil akan mula mintak lauk kari semula. sekian. hahaha.

pss: banyak betul entri tak sempat siap. draft saje. tunggu la ye. entri tioman. entri kenduri. fuhh! kenapa la orang lain boleh rajin gile update blog. 

psss: nabil dan damia dah sihat. orang cakap bila baik demam je mesti kemaruk makan. gitu eh? kekanak riang ni aku tengok makan macam apa dah. ngeri juga kekadang. tapi bila nak makan aku bagi je la. kang taknak makan membebel macam hape. haha.

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Monday, October 29, 2012

Donut Seindah Suria


Selamat Hari Raya Aidil Adha semua. eh masih raya lagi kan? ehehe. tahun ni raya Haji turn enSuami. sebab raya Puasa haritu turn i. wee~ tahun depan raya Puasa kat rumah MIL pulak. hm, mana-mana pun sama je la kot. raya Johor juge (^_*)v

Minggu lepas sebelum raya Haji, kami TERrajin sikit. buat kek puding karamel pelangi. sementara tunggu kek masak, kami buat karipap pusing. hehe. rajin tak? tapi harini bukan nak share resepi kek atau karipap. sebab pagi tadi rajin juga, buat donut. sebab anak bujangku yang rajin request nak buat donut.

Dah banyak kali juga ikut resepi Donut Seindah Suria ni. ehehe. sebenarnya nama resepi tu nama dia Donut Suria. aku ikut resepi matgebu. senang gile nak ikut. bahan semua memang ada. jadi ku layankan la request Nabil. Damia pun memang suka bab-bab menguli ni. aku dah siap uli, bagi kat kekanak riang dua orang ni buat. lagipun bila buat sendiri, Nabil & Damia memang semangat nak makan. bangga la kot hasil air tangan sendiri. muahahaha.

Jom tengok resepi..

Bahan-bahan yang diperlukan:
3 cawan tepung gandum
3 camca besar susu tepung (aku guna susu anlene. dah tak lalu nak minum susu. simpan dalam peti sejuk je)
3 camca besar gula halus
3 camca besar lemak sayur (shortening)
1/2 camca teh garam
200ml air suam*
2 camca teh yis*
Sedikit air (aku tak tambah air pun sebab dah cukup)

*air suam dan yis disatukan dan biar berbuih.

Cara membuatnya:

1) Satukan tepung gandum, susu tepung, gula halus, garam dan lemak sayur. Kacau rata. Tuang bancuhan yis+air suam dan gaul rata. Uli hingga menjadi doh. Jika tak cukup air, tambah air. Uli hingga licin dan tidak melekat di mangkuk adunan.

2) Canai doh dan terap dengan acuan donut. aku takde acuan donut jadi aku guna gelas saiz kecik. dah siap terap aku biar anak-anak uli sendiri dan buat bulat kat tengah. Lepastu letak donut yang dah diterap ke dalam dulang yang ditabur sedikit tepung. Buat hingga siap. Biarkan 30 minit hingga naik. kalau ikut mat gebu, dia biar 45 minit. tapi aku ikut resepi asal 30 minit. lagipun kekanak dah excited nak makan. hehe.

3) Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan. Toskan dan letak atas paper towel.

Gaul dengan gula halus atau hias ikut suka. haritu aku buat, aku hias dengan coklat. lepastu tabur coklat rice yang colourful tu. tapi damia sangat baik hati, dia makan part coklat tu je sampai 'bersih' lepastu donut tu dia letak balik dalam pinggan. hohoho. memang sopan santun punya pe'el anakku itu. harini aku goreng je. tak gaul dengan gula pun. lagipun makan macam tu je pun dah sedap. tak tipu okeh.

** Adunan ni menghasilkan 17 biji donut kalau ikut mat gebu. tapi aku lupa nak kira pulak tadi. sebab aku terap guna gelas kecik kan, dapat la lebih sikit dari jumlah yang matgebu dapat tu. muehehehe.

Tadaaa..jemput makan :)



Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Saturday, October 22, 2011

Plan B

Bangun pagi terus pegi dapur (tak pagi sangat la sebab terstay up malam tadi layan nabil main angry bird..hehe).

kononnya nak masak macam-macam harini. tapi mula-mula kena masak sarapan untuk kanak-kanak riang.
tapi..
tapi..
tapi..

alamak!!! gas habis! selalu ada standby 1 tong. tapi kali ni macam terlupa la pulak.

okeh. nasib baik ada Plan B. teringat zaman study dulu. curi-curi bawak masuk rice cooker. hari-hari masak nasi. tinggal beli lauk. kadang-kadang terlebih rajin, masak lauk guna rice cooker juga. tapi make sure masak lepas office hour sebab kalau ada spot check kang mana nak sorok semua tu? huhui..

jadi harini saya masak semua guna rice cooker saje. malas nak order gas. tunggu enSuami balik kang baru beli gas. mula-mula masak mi goreng. nabil order mi goreng yang pedas-pedas yang ada kuah? hm, boleh bayangkan? okeh. mi goreng basah siappp..

lepastu masak sup sayur labu je. dah siap. goreng ikan pulak. last sekali masak nasi. oke. boleh rehat sekarang. tunggu enSuami balik untuk makan. maaf la nabil. harini mama tak masak sambal untuk nabil. tak larat pulak nak tunggu lama-lama depan rice cooker tu. heheh.

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Wednesday, August 17, 2011

Popia nestum holicks

Salam Ramadhan..
Sana sini bau kuih raya.. tergoda i tau.. hehe.
saya buat kuih raya yang paling simple abad ini. haha. jiran saya eny sebut-sebut pasal kerepek nestum. saya tak pernah dengar sebenarnya. apa lagi. tanya la kat chef Google kan. eny siap dah bagi satu tupperware kecik kat kami untuk sesi merasa. hehe. terima kasih :)

saya jumpa resepi kat AzaliaHjSalleh. terima kasih ye..
saya buat together-gether dengan chef cilik saya iaitu Nabil. semangat sungguh nabil bila orang offer dia tolong masak. hehe.

Bahan-bahan yang sungguh mudah disediakan:

Kulit popia
Horlicks
Nestum
Gula icing
minyak untuk menggoreng

Untuk penyediaan kulit popia:



Kulit popia yang besar macam ni kena potong la kan.. kalau ikut AzaliaHjSalleh, dia potong kecik-kecik macam kat bawah ni lepastu gulung guna straw. saya beli kulit popia yang sederhana besar. kenapa ek? tak sengaja la. hehe.


tapi ikut tahap kemalasan dalam diri saya ni, saya bahagi tiga je kulit popia yang yang sederhana besar tu. lepas tu gulung terus. lepastu saya gunting sepanjang 2 inci. senang kan? memang kerja orang malas ^_^

lepastu goreng kulit popia yang dah siap. api jangan besar sangat. Pengawalan yang ketat perlu, sebab tak mahu kulit popia tu bertukar keperangan . warna putih adalah yang terbaekkkkk, kata AzaliaHjSalleh. hehe.

Selesai menggoreng, toskan dulu.
Sambil tos, boleh sediakan bahan-bahan untuk serbuk NESTUM HORLICKS. Nisbah terbaik adalah..

2 cawan Horlicks : 1 cawan nestum dikisar halus : 1 cawan gula icing

lepastu boleh gaul popia yang dah siap goreng tadi dengan serbuk nestum horlicks. simpan dalam bekas kedap udara. boleh makan sambil menonton Kasih Alia atau Ramadan Terakhir di TV3. penuh emosi. krapp krupp..krapp krupp..sedap tau. makan macam tak boleh berhenti.

* sebenarnya kerepek nestum dah tinggal habuk. memang tak jadi kuih raya la..dekat raya kang nak kena buat lain. huwaaa..

oh ya, kat bawah ni kerepek nestum versi saya. warna tak putih la. hehe.


p/s: gambar selain gambar kerepek nestum versi saya adalah hasil rompakan dari AzaliaHjSalleh. terima kasih sangat-sangat :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Monday, June 6, 2011

Laksa Lemak @ Laksa Kelantan

Sabtu lepas, jiran sebelah rumah saya Puan Z bagi laksa.

saya: apa ni?
Puan Z: laksa lemak
saya: apa? laksam eh?
Puan Z: laksa lemak.
saya: laksa kelantan ke?
Puan Z: ha'ah. makan tak?
saya: makan kot. haha.jangan risau. semua saya makan.

sebenarnya saya tak pernah makan pun laksa lemak @ kelantan. yang saya selalu makan laksa penang. saya try google. rupanya nama lain untuk laksa kelantan ialah laksa lemak.

sedap juga. saya takde masalah nak makan sebab saya memang suka nasi kerabu, laksam dan apa je la makanan.haha. err..tapi kenapa ye.saya tak reti makan tempoyak dan cencaluk.huhu. saya sangat suka durian tapi saya tak reti makan tempoyak. haih.

okeh. dah melalut. sebenarnya saya nak share resepi laksa kelantan @ laksa lemak yang saya jumpa resepinya di blog Mat Gebu. nampak menarik pulak. ni yang semangat nak masak sendiri lepas ni.haha. terima kasih Mat Gebu!


Laksa Kelantan
Apa yang penting untuk laksa kelantan, sambal belacan "WAJIB" ada, kalau tak, no good, tak naik rasa dia..serius waa cakap sama luu...Ulam2 pun mesti ada, timun, taugeh, bawang, hirisan daun kesom dan hirisan kacang panjang....haa, kacang panjang tu mat ganti dengan kacang buncis, biasalah lupa nak beli koo, maklumlah dah tua...Ok tanpa berlengah lagi jom kita semak resipi...

BAHAN KUAH LAKSA :-)
5 ekor ikan kembong (resipi asal guna ikan selayang), siang, cuci bersih dan toskan*
1/2 camca besar gula*
1/2 camca teh garam*
Gula melaka sebesar ibu jari, dihiris*
2 cawan air*
1 keping asam gelugur*
4 cawan santan dari 1 biji kelapa
3 keping asam gelugor
1 genggam daun kesom (resipi asal tak letak)
Garam dan gula secukup rasa
4 biji bawang merah
1/2 inci halia

BAHAN LAIN :-)
Laksa secukupnya (mat guna laksa segar)
Hirisan halus timun
Taugeh, dibuang ekor
Hirisan bawang besar
Hirisan pucuk daun kesom
Hirisan kacang panjang (mat guna kacang buncis)
Sambal belacan ( 5 biji cili merah + 1 inci belacan + sedikit garam = tumbuk halus)
Belahan limau kasturi

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH LAKSA :- Rebus ikan kembong tadi bersama2 bahan bertanda (*) hingga ikan masak. Keluarkan ikan dan asingkan isi dari tulang. Kisar tulang ikan tadi bersama air rebusan dan tapis. Kemudian kisar pula isi ikan bersama bawang merah, halia dan 2 cawan santan. Tuang dalam periuk bersama stok ikan, baki santan, asam gelugor dan kacau rata. Bila mendidih, tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masukkan daun kesom dan renih hingga kuah sedikit pekat, kacau sekali sekala. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  2. UNTUK LAKSA KELANTAN :- Masukkan secukup mee laksa dalam bekas sesuai. Tuang kuah laksa dan letak bahan2 ulam beserta sambal belacan dan belahan limau kasturi. Hidangkan segera....
ha, macam senang je ek? yang ni pulak gambar laksa lemak yang dihantar oleh Puan Z.hihi. rupa tak sama. tapi sedap juga :)

okeh.selamat mencuba :)


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Tuesday, March 29, 2011

Apam pisang idaman hatiku :)

ini adalah sambungan entri mengidam apam pisang ^_^

kelmarin balik kampung.mak tanya.

mak: pisang dah masak, kaknim nak tak?
saya: eh,nak..nak..(excited)
mak: ambikla tu mak dah bekaskan (1 plastik beras beb)
saya: eh,banyaknya.

saya pun ambikla sikit2 masuk dalam plastik lain (konon).yang ni untuk buat apam, yang ni untuk jemput2, yang ni untuk lepat, yang ni untuk lempeng (hamboi tekak..)..err..rupanya satu plastik beras 10kilo tu juga saya bawak balik.kakaka.

balik rumah saya tetiba mak sms.'pisaaaaaang'

hah?alamak.sedihnya.lupa nak angkut sekali.esoknya adik ke-4 saya PERY hantar ke rumah saya.YEAYYY!!!

ni dia hasilnya.apam pisang idaman hatiku.hehe.puas hati sebab dah dapat makan :)




resepi Apam pisang

4 biji telur
1 cawan gula
2 cawan pisang kapas
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
garam secukup rasa

CARA-CARA MEMBUATNYA:


1.lenyek pisang dengan soda bikarbonat.
2.pukul telur dan gula hingga kembang.
3.masukkan tepung dan baking powder (ayak dulu).gaul.
4.masukkan pisang yang dilenyek bersama soda bikarbonat tadi.
5.masukkan garam secukup rasa.gaul.masukkan dalam loyang yang dah disapu minyak.
6.kukus selama 45 minit.
7.dah sejuk.potong dan makan.

tapi saya makan panas2.sebab dah tak sabar.nabil dan damia pun sama.sedap gileeee..senang je kan?
sekian.jemput makan.

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Saturday, March 5, 2011

ikan di sungai asam di darat dalam periuk bertemu juge :D

ha..apa pulak cerita ikan kali ini ye tuan2 dan puan2?

enSuami dah berjaya dalam misi memancingnya.hahaha.dapatla seekor ikan keli.keli apa tah.afrika kot.ah,lantak.yang penting sekarang saya mengumumkan...umpan yang berjaya memikat hati si ikan keli afrika itu adalah...
.
.
.
.
.
.
katak puru? (uwek!)
.
.
.
.
.
bukan
.
.
.
.
.
cacing (uwek juga!)
.
.
.
.
.
pun bukan..
habis tu umpan apa?

roti???
.
.
.
bukan lagi..
.
.
.
.
.
dedak ayam??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ya...betullllllllllllll...nasib baik dedak ayam kan.kalau ikan tu makan katak ke..cacing ke..saya sedekah je ikan tu kat sape2..heheh

jom tengok wajah rahsia hati ikan keli tu..


~ikan keli segar dari ladang sungai.ngee~


~siang dulu okeh.lepastu potong ikut saiz yang anda suka~


~tadaaaa...asam pedas ikan keli.sedap wooo..(perasan).ha, betul la kan.ikan di sungai asam di darat, dalam periuk bertemu juge.heheh~


~ikan keli goreng untuk kanak2 riang.sekejap je licin.memang antu suka ikan kan~

sekian.harap2 hasil lepas ni lebih 'lumayan'.hahaha.

 
 Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Monday, February 28, 2011

Kek coklat lagi???huwaaa..bertambah la lemak kamu..



hish..ngada2 la tekak ni.teringin nak makan kek coklat pulak.jadi saya buat setengah adunan je.kang buat banyak2 siapa nak perabis?cewah siap buat bentuk star lagik.nak 'goda' nabil supaya dia makan kek ni banyak2.lebih banyak dari mama dia yang gebu ni.hehehe.

sebelum ni saya buat banyak.1 adunan.hulur kat makcik sebelah.ni makcik sebelah rumah dah pindah kena la masak cukup2.hehe.alasan ek.makcik depan belakang takde ke?

saya dedikasikan kek ni untuk my sis Zahidah dan adik ke-3 saya yang menyambut hari lahir bulan februari ni.kami makan bagi pihak kamu la.jemput makan.hehe

Tuesday, February 22, 2011

Mengidam apam pisang

hari2 saya akan tanya mak.


saya: dah masak ke pisang kat depan rumah mak tu?

mak: belum lagi.mak pun hari2 tengok kot2 dah masak.

saya: adehh..teringin buat apam pisang ni..

mak: ha'ah mak pun terliur.hari2 dok tengok resepi apam pisang kat Kongsi Resepi.


haha.apa la kan?saya dah siap tampal resepi apam pisang kat peti sejuk.yang simple.dan confirm sedap la.boleh je kalau nak beli pisang kat kedai.tapi nak pisang yang kat depan rumah mak jugak.hahaha.

Eh eh.jap ye.mengidam?bukan mengidam untuk orang preggy ye.ni anak tekak yang mengidam macam2.hadoi.

~gambar ini adalah ilusi semata2..huwaaa.sumber dari sini~

Friday, February 18, 2011

18 Februari 2011 = 31 tahun!

Selamat Menyambut Ulangtahun Perkahwinan yang ke-31 emak dan bapak!

Wah,kami yang excited ni.walaupun takla terer sangat memasak,saya cuba juga buat 'sesuatu' untuk parents saya.(eleh kunun la tu).

Sebenarnya mak saya yang excited.hhaha.cover line.mak saya siap post kat wall fb beliau sehari lebih awal.takpe la mak.yang penting mak dan bapak bahagia dan semakin berbunga2 cinta hingga ke akhir hayat.hingga ke syurga.amiin..

Terima kasih sebab jadi parents yang mendidik kami tanpa jemu.membesarkan kami tanpa ragu.juga melimpahkan kasihsayang kepada kami adikberadik yang seramai 7 orang ni.

1.Puan Zahidah - umur 30tahun
2.Saya - umur 29tahun
3.Encik Ajoe - umur 28tahun
4.Encik Firdaus - umur 27tahun
5.Encik Sidek - umur 25tahun
6.Cik Tt - umur 23tahun
7.Encik Idris - umur 22tahun

Hebat kan parents saya.saya baru anak 2 orang dah kelam kabut.parents saya ada 7 orang.rapat2 pulak tu.macam mana nak handle?huhu.


~ehem..ehem..hasil seni tangan kayu.brownies lapis pandan kukus dan pulut kuning~



~terpaksa tunjuk gambar tangan saje ye.empunya Anniversary tidak mahu gambar mereka diambil sebab mereka tak bersedia jadi artis(haha.nampak kain batik tu)~




~kanak2 yang memang suka potong kek.haha.muka bangga je kan dapat potong kek~




Brownies Lapis Pandan Kukus - Resepi saya ambil kat nooranaali (terima kasih daun keladi)

Bahan-bahan

Butter 190gm,

Gula Kastor 1 cawan,

Susu Cair 1/2 tin,

Telur 2 biji (dipukul),

Tepung Gandum 1 1/2 cawan,

Serbuk Koko 1/4 cawan,

Baking Powder 1/2 sudu teh,

Baking Soda 1/2 sudu teh,

Vanilla Esen 1 sudu teh,

Pewarna Hijau 1 sudu teh,

Estrak pandan (kisar dari daun pandan) atau pandan paste secukup nyer

Cara-cara Penyediaan

Mula mula campurkan gula kastor,butter, susu cair dan esen vanila di dalam periuk dan jerang kan diatas api sederhana kacau sehingga gula dan butter cair. Kemudian biar ia sejuk (suhu bilik).

Setelah sejuk masukkan telur dan kacau. Ayak 1 cawan tepung, baking soda, baking powder dan masukkan kedalam adunan tadi. Ambil 2 cawan dari adunan tadi dan campurkan dgn serbuk koko.

Adunan yang selebihnya tadi dicampurkan dengan 1/2 cawan tepung,ekstrak daun pandan dan pewarna hijau. Panaskan pengukus. Lingsir acuan (greased), dan masukkan adunan koko tadi dan kukus dan tutup acuan dengan kertas timah agar air pengukus tidak masuk kedalam adunan. Selepas 30 minit masukkan adunan pandan dan tutup semula dengan kertas timah.Kukus selama 30minit .

** saya toping.tapi tak cun sangat.huhu.memang tangan kayu!

Wednesday, February 16, 2011

Kuih Ketayap

Dah lama tak buat kuih ni.seingat saya kali terakhir saya buat masa mengandungkan Damia.tu pun sebab mengidam.hehe.

Petang ni saya rajinkan diri buat lagi.walaupun penyakit 'M' saya masih menular dalam diri.haha.saya tak sempat ambik gambar sebab dah licin dimakan oleh kami bertiga.jadi saya 'meminjam' gambar dan saya juga masak ikut resepi dari sini.


Bahan A
1 cawan tepung gandum
2 biji telur (saya guna 1 biji je..hehe)
2 helai daun pandan
1 1/2 cawan susu cair atau santan (saya guna santan segera)
1 sudu teh garam,
pewarna hijau
2 sudu besar minyak masak

Inti
1/2 biji kelapa parut putih
3/4 cawan gula merah
sedikit air
1 helai daun pandan
1 sudu besar tepung pulut/jagung

Cara Penyediaan

1. Untuk inti: Masukkan kelapa parut,air dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan.
2. Masak hingga pekat dan taburkan sedikit tepung untuk kentalkan intinya. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.
3. Untuk dadar : Satukan semua bahan A dan kisar dengan blender hingga halus dan tidak berketul. Tapis
4. Panaskan kuali, leser dengan sedikit minyak dan sendukkan 1/2 senduk adunan tadi dan layangkan kuali agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung.
(Cara gulung; lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis.)

** Damia suka kuih ketayap rupanya.agaknya sebab masa pregnant aritu saya siap mengidam nak kuih ni kot.Nabil pun laju je makan.tapi dia taknak inti.jadi dia makan macam tu je.pun sedap.

Saturday, February 12, 2011

Sabtu


Oh malasnya harini.

Saya masak 2 sarapan yang berlainan walaupun malas melanda.
1 untuk nabil.1 untuk mama.
mi goreng simple untuk nabil.nasi goreng yang pedas untuk mama.
opss lupa.bubur blender special untuk si anak dara.
dan..

ya.itu dia.pengaruh iklan 1 malaysia.nabil order kopi tarik 1 malaysia..(huhu..tak perasan ke mama kamu malas harini?).eh,mana ade kopi kat rumah kita yang oii..teh tarik okeh?
okeh!teh tarik 1 malaysia..siap!!!

M lagi?
Ya.masih malas.enSuami balik kerja takkan nak makan menu yang sempoi tu je kan?so saya rajinkan diri masak nasi.masak lauk.

menu harini:
1) ikan pari bakar
2) air asam sebagai pencicah (cili padi+tomato+bawang beso+belacan+garam+gula+air asam)
3) udang masak lemak.

sekian.jemput makan.

Friday, February 11, 2011

Tiramisu



Cerita Tiramisu dah berakhir semalam.happy ending?ya.

masalahnya saya pulak sad ending.haha.sebabnya tekak saya ni meminta2 kek tiramisu pulak.huahua.hari2 dok study resepi kek tiramisu.tapi tak buat2 gak.eh?beli je la kan?senang.tapi..saya teringin nak buat sendiri sebenarnya.huhu.

tiramisu..oh..tiramisu..



agaknya orang lain macam saya tak?pengaruh tv ek?

Tuesday, January 11, 2011

11.1.11

Bangun pagi-pagi.

Mula-mula masak bubur special si anak dara.yang bergigi dua.bubur+karot+ikan bilis+bawang putih.siap.blend.

Masak nasi untuk orang yang bergigi penuh.lauk:
1) sup kaki ayam
2) ayam goreng kunyit

lepas makan.mandikan anak-anak pintar.siap-siap. bertolak ke rumah PIL.sebelum tu kami jalan-jalan kat bandar dulu.sampai rumah PIL pukul 1pm.terus lunch okeh.haha.

menunya adalah:
1) nasi
2) kari kerang+kacang panjang
3) udang goreng kunyit
4) sup gearbox (perrrggghhh!)
5) ikan tongkol goreng

hamboi.berselera i makan.siap bertambah taww..hehe.lepas makan kami membuta (ish..teruk betul kan?).

sebelum balik kami dinner dulu.mak masak siput sedut masak lomak pulak.hehe.

alamak.entri kali ni ada kena mgena dengan tajuk di atas tak?yang sebenarnya nak bagitau.cantik betul date hari ni kan.11.1.11.

sekian.

Monday, January 3, 2011

Kek Gula Hangus Kukus

saya ambik resepi ni kat sini..hm,saya tak ingat macam mana rupa sepatutnya kek yang ber'sarang' ni.saya cuba je buat.sebabnya lepas saya bagi pak mentua saya makan kek coklat yang saya buat aritu, beliau request nak kek 'sarang' ni.saya dengan gigihnya bangun pagi-pagi buat kek ni.hehehe.



Bahan-Bahan:

10 biji telur
1 tin susu F&N
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
2 cawan air
2 sudu besar buttercup
2 sudu kecil soda bikarbonat

Cara:

1. Masak gula hingga berwarna perang kehitaman.kemudian matikan api.masukkan air,kacau sehingga gula hilang ketulannya.
2. Di dlm bekas lain,pecahkan telur sebiji demi sebiji kacau dgn menggunakan senduk.
3. kemudian masukkan butter,kacau,
4. masukkan susu,kacau,
5. masukkan tepung dan soda bikarbonat,kacau
6. dan masukkan gula perang.Kacau sebati.
7. tapis adunan ke dlm bekas yg disapu butter.
8. kukus adunan selama 1 jam 10 minit.

** saya perap adunan lebih kurang 3 jam.saya ikut petua kek gula hangus bakar.boleh gitu?hehe.petua ni adalah untuk mewujudkan 'sarang' kat kek tu nanti.

** setiap kali memasukkan bahan hendakklah dikacau dulu,kemudian barulah masukkan bahan seterusnya.

** telur tidak perlu dikacau hingga kembang.

** adunan ni untuk dua loyang.kalau rasa banyak sangat, bahan-bahan tu bahagi 2.so dapatla 1 loyang..(hehe.pandai-pandai adjust resepi orang)

** saya bagi 1 loyang untuk mertua saya.lagi 1 loyang kami makan sendiri.saya bagi separuh kat mak saya kat kampung.separuh lagi enSuami bawak ke tempat kerja (wah sangat rajin saya bawakkan bekal untuk enSuami kan..hehe)


Sekian.jemput makan.selamat mencuba (^_^)

Friday, December 31, 2010

Kek Coklat Moist Kukus


Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan A

1 cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak

---> gaul sebati dan masak atas api perlahan.bila dah sebati, 'rehatkan' sekejap adunan tersebut.

Bahan B

3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

---> ayak semua sekali

Bahan C

4 biji telur

---> pukul. (saya guna blender..hehe)

Cara-cara membuatnya:

1. satukan bahan B dan C ke dalam bahan A secara selang-seli.jangan gopoh ye.
2. gaul dengan senduk bila dah sebati.
3. masukkan dalam loyang yang disapu minyak.
4. kukus selama 40-60 minit.
5. dah masak sila makan.hehehe.saya tak buat topping.kalau nak topping sila tanya chef Google.

Selamat mencuba.saya rajin nak buat sebab adik ke-6 saya jadi assisstant.dan si kecik nabil dan damia turut 'ringan tulang' membantu.huhu.


model kek coklat moist kukus.huehue.