Thursday, July 14, 2011

bestnya kalau dapat macam ni selalu

saya sedang bermalas-malasan kat rumah emak saya kat kampung.
sangat best.
sangat aman.
sangat nyaman.
bestnya kalau dapat macam ni selalu. lepak-lepak. borak-borak dengan mak. best kan?
hehe.

sebab saya tak masak. mak yang masak. kejam tak? tak kan? balik kampung memang wajib makan hidangan air tangan mak kan? ngee~

harini hari kedua melepak kat rumah mak. enSuami tak balik minggu ni. jadi kami 'lari' sekejap la ke rumah mak. esok dah kena balik ke rumahku syurgaku semula.

siapa nak tolong masak? sila angkat tangan. hehe. Ramadhan dah dekat kan? jom praktis puasa. ok. sekian. ini adalah entri orang malas. daaa..

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Wednesday, July 13, 2011

Sunday, July 10, 2011

Belum puasa dah sibuk fikir raya??

Baju raya saya dah siap. minggu lepas. harap maklum. haha. tapi alangkah keciwanya sebab saya cuma beli kain tu lebih setengah meter je. tak dapat buat baju damia. sedih kan? padan muka siapa suruh kedekut. perasan badan saiz S ke??? ku harapkan sedondon tapi tak kesampaian. dapat buat baju je. tapi tanpa tangan la.

nabil memang wajibla sedondon dengan ayah dia kan. mak saya yang jahitkan. agak-agak ada lebih tak kain tu ye? boleh buat baju damia sekali. huwaaa..

petang tadi kami ke Nagoya kat Batu Pahat. penuh harapan la pegi kedai tu balik nak cari kain yang sama dengan baju saya kan. tapi yilek! dah habis. saya beli juga corak dan warna seakan-akan baju saya. tapi tetap tak puas hati la kan. oh keciwa lagi.

kami pun nak beli kain langsir sebab tak cukup masa beli dulu. hambik kau. dah habis juga! mana pergi warna yang seakan sama? semua takde. semua orang beraya dengan tema langsir warna tu ke? adehh..tu la..lain kali nak beli tu ukur dulu la tingkap tu semua. ni tak, main agak-agak je. last-last kami beli la corak bunga-bunga pilihan hati enSuami. layan. harap-harap cantik la nanti.

sebenarnya sejak pindah sini Julai 2009 dulu, kami tak pernah tukar langsir. haha. teruk betul. ni la first time beli sendiri langsir sebab langsir dulu mak mertua yang belikan. haih.

balik Kluang singgah makan. wah, semua macam kebuluran. siap mintak nasi tambah. haha. enSuami order tomyam. beliau cakap dah lama gile tak makan tomyam. alamak, teruknya isterimu ini. huhu. maaf ye kanda, dinda tak sengaja. hari-hari masak ikut menu kanak-kanak je. hihi. damia dan nabil pun makan banyak. hm, sesekali nak kena makan kat luar kot. kat rumah mama masak apa semua tak laku dah. ke lepas ni masak ikut menu kedai pulak? adehh..

alahai..kenapa rasa tak best ni ye? sedih ni. kenapa boleh habis pulak kain tu kan. huwaaaa..
eh, bulan Ramadhan belum menjelma. ko dah sibuk-sibuk nak raya sangat ni pehal??
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!