Friday, February 4, 2011
Tarian Singa
Tarian Singa
Tarian ini, yang lazimnya dipersembahkan ketika perayaan hari Tahun Baru Cina, adalah merupakan persembahan yang penuh bertenaga dan menghiburkan. Menurut lagenda, singa adalah satu-satunya haiwan yang boleh menghalang Nian – sejenis haiwan dongeng yang selalu menyerang negara China dan mengorbankan manusia pada hari sebelum Tahun Baru Cina. Tarian naga adalah sebuah tarian bersemangat yang sentiasa diiringi paluan gendang tagu Cina, dan simbal, serta memerlukan keberanian dan penataan gerak tarian yang tepat diantara penari-penarinya.
hm,sebenarnya saya nak tulis pasal nabil ni yang suka sangat tengok tarian singa.kalau saya bagi dia tengok kat YouTube pun dia boleh layan.memang kanak-kanak suka ke tengok tarian tu?meriah sangat kot.
nabil akan buat sekali tarian naga tu bila nampak kat tv ke..gambar ke..hadoi..
Thursday, February 3, 2011
Hani, Slot Lestary @ TV3
Saya suka tengok cerita ni sebab saya sukaaaa sangat tengok shawl yang Rozita Che Wan pakai.haha.cun gilerrr..
disebabkan pengaruh shawl tu sangat kuat jadi saya terbeli pulak shawl yang sama waktu dengannya.haha.enSuami hanya mampu menjeling saje.maap ye.
Sila baca Sinopsis Hani kat sini..
Lagi satu saya suka sebab lagu Cinta Matiku oleh 6ixth Sense.Layaan..
Cinta Matiku (OST Hani)- Sixth Sense
Akan ku biarkan dirimu
Merasuki hidupku
Akan ku biarkan cintamu
Meracuni hatiku
Kerna cintaku terlalu gila
Kepadamu yang ku cinta
Kerna diriku tak pernah bisa
Hidup tanpamu
Korus
Jangan pernah tinggalkan diriku
Jangan lepaskan aku
Walau setengah detik hidupku
Ulang Korus
Kerna cintaku terlalu gila
Kepadamu yang ku cinta
Kerna diriku tak pernah bisa
Hidup tanpamu
Ulang Korus
Labels:
Lagu,
Mari Menonton TV
Wow!!! Blog saya dapat trafik tambahan!
semalam saya ada tulis entri pasal cara nak tingkatkan trafik .
hari ni bila saya check trafik saya memang wowwww!! la.cuba tengok..saya dapat trafik tambahan.fuhh!!!!
Stat untuk hari ni..sila klik untuk besarkan.
ha,caya tak.kalau nak tau lebih lanjut..pegi terjah blog Daus.terima kasih encik Daus.May Allah bless u always :)
tapi..encik Daus dah tulis macam ni ha..
.

PENYERTAAN BLOGGER BARU SUDAH DITUTUP.
Tapi kalau korang nak jugak nak jugak, hmm boleh.. but biar aku tengok blog korang dulu, kalau aku rasa nak bagi :) hehe
Sebab apa aku close penyertaan?
Banyak sangat, sampai aku tak boleh nak handle..
.
.
.
.
.
.
.
hm,macam mana tu ek?nak cuba?boleh je kan..tak salah mencuba.heheh.

Purata rakyat Malaysia baca dua buku setahun
Hm,betul ke?saya rasa betul juga.lebih2 lagi bila semua lapisan masyarakat dah menggila dengan laman sosial contohnya facebook..twitter..
Dulu2 masa zaman student memang la kena baca buku kan.wajib.kalau tak macam mana nak pandai?haha.sebenarnya saya paling malas nak baca buku teks yang tebal berkilo-kilo tu.ish..ape la kan.belajar pun nak merungut.mana boleh..babap kang!
Saya rasa akan datang purata tu akan jadi angka satu setiap orang.ye la,kalau dah semua orang prefer mengadap komputer daripada membaca,tak ke berkurangan jumlah tu kan?
Ish..ape la yang saya bebelkan pepagi buta ni.dah,pegi tido.esok nak bangun pagi2.nak masak!ha,ni lagi satu.nak masak special sikit je mesti nak mintak kat chef Google.ada buku resepi tapi malas nak bukak.haha..

News
Terbaru! Cara nak tingkatkan trafik!
Saya jalan2 kat blog MamaRifqy tadi.jumpa something yang sangat2 mengujakan.cewah.ha,nak tau apa?cara nak tingkatkan trafik.
Blog Daus ada buat backlink untuk tingkatkan trafik blog anda.saya yang baru setahun jagung dalam dunia blog ni mestila tertarik nak cuba kan?
Ape lagi?jom terjah blog Daus..
http://ohdaus.blogspot.com/
Caranya copy and paste icon kat bawah ni..
lepastu letak kat sidebar u ols ye..
Labels:
Knowledge
Wednesday, February 2, 2011
Erin & Elia : 1st Combined Giveaway (FCG)
Saya adalah follower
1) ke-760 untuk Ceritera Erin.
2) ke-10208 untuk Elia : Short & Sweet.
3) ke-362 untuk My "Worth Buying" Shoppe.dan..
4) ke-677 untuk Closets of AmyAmy.
Tarikh tutup: 4.2.2011 @ 11.59pm.

Give Away
Tuesday, February 1, 2011
Hitam putih
Entah kenapa Nabil suka sangat tengok movie hitam putih.
Tadi cakap dah ngantuk.nak tidur.tetiba melekat pulak depan tv.nak tau cerita apa?saya pun tak pasti apa tajuk cerita tu.slot Klasik kat tv9.rasanya Satay kot.
Pelakonnya adalah Wahid Satay, Eddie, Salmah Ahmad, Puteh Lawak.
Lagi satu,bila bukak YouTube dia boleh leka dengar lagu dulu2.lagu aci2 buka pintu la..maafkan kami la..haih..
haha.seingat saya la kan,saya tak tengok sangat pun cerita hitam putih ni.kenapa?hm,dulu2 kami bukan dapat tengok tv sangat.kami kena belajar rajin2.kalau tengok tv selalu nanti kena babap.hehe.
Sekian.selamat berklasik kepada Nabil yang dah ngantuk tapi di'buang'nya ngantuk itu jauh2.syoh!syoh!

Mari Menonton TV,
Nabil
Posto Posto!!
Wahh..ade van poslaju le..
Nabil sangat excited.mama ade kawan ayah (uik?pulak..)
Siapa bagi hadiah?tanya Nabil.
Ha..tengok tu..dia yang tak sabar nak bukak parcel tu kan.
Ooo..dari mak long la.hehe.buat-buat surprise.sebenarnya memang saya tunggu pun abang posmen datang hantar parcel tu.sambil2 sapu laman.konon rajin la kan.kakak saya pos baju2 untuk damia.terpakai tapi elok lagi.boleh la damia melaram.hehe.
Soalan Nabil.
Mama,semua ni baju adik ke?baju abin takde ke?
huhu.maaf ye nabil.lepasni mama beli untuk nabil pulak.online.haha.kirim kat maklong lagi la jawabnya.yang sebenarnya kakak saya beli shawl.online.jadi saya tumpang sekaki.hehe.hm,nak pakai bila ek?cantik kan?hehehe.
Opps..nabil tanya apa benda yang gulung2 ni..haha.mesti dia pelik kan?terus dia suruh saya pakai.lepas tu damia pulak jadi mangsa.kena try baju2 yang baru sampai tu.sampai rimas anak dara ni ha..

Damia,
Harta Benda,
Nabil
Selamat hari lahir kawan-kawan
ehem..ehem..
entri ini saya tujukan khas buat seorang sahabat saya yang istimewa.cik eja.maaf ye saya bukanlah seorang yang kuat ingatan sekarang ni.lebih2 lagi lepas lahirkan anak ke-2 (eh alasan kukuh ke tak ek?)
18 Februari adalah hari lahir beliau.beliau adalah seorang cekgu sekarang ni.Happy Birthday cikgu Marliza Rahmat.tahun depan dah 30 tahun eh?haha.
saya pun nak wish kawan-kawan yang lain.
10 Februari adalah birthday kawan saya di UiTM Segamat dulu.jiran sebelah bilik.Pn Laila.
10 Februari juga adalah birthday kawan saya di kampung.kami dulu sekelas.Encik Nornizam.
12 Februari adalah birthday birthday adik angkat saya.juga sekampung dengan saya. Pn Siti Hayati.
13 Februari adalah birthday kawan saya masa saya ambik form 6 dulu tapi sekerat jalan je sebab dapat offer UiTM.Pn Diyana.
Erk..kalau nak listkan sangat panjang okeh.so Selamat Hari Lahir kawan-kawan.
May all your wish come true..
May Allah bless u always..
Semoga sihat selalu dan dipanjangkan umur dan dilimpahkan rezeki yang halal..
Amiin :)

Birthday Celebration
Selamat hari lahir
Hari ini 1 Februari 2011.cepat je masa berlalu kan.
hm,hujan masih belum menampakkan tanda nak berhenti.rumah sewa adik ipar saya Diah kat Segamat dah dinaiki air.paling sedih sebab skuter yang ditinggalkan mengalami nasib yang sama.sabar ye Diah..
Bulan Februari.
Ada 2 orang adik beradik saya bakal menyambut hari lahir.
24 Februari adalah hari lahir adik ketiga saya Encik Jauhari aka Pak Ude yang ke-28.
27 Februari adalah hari lahir kakak saya aka Mak Long yang ke-30 tahun.huhui.sudah mencecah angka 3 di depan.tahniah.hahaha.
Happy 1st Annieversary ye Pak Ude dan Acik Farah.Bulan depan dah jadi bapak pulak kamu.
** Buat Mak Long dan Pak Ude..Semoga bahagia ke akhir hayat.Semoga mendapat zuriat yang soleh dan solehah.Semoga dirahmati Allah selalu.amiin.

Monday, January 31, 2011
Aku Rindu Sayang Kamu Giveaway
1) Dah follow SUPERHERO MAMA
2) Tajuk "Aku Rindu Sayang Kamu GA"
3) Entri, banner beserta link :)
4) Dah 'like' gambar Zakwan
5) Tinggalkan jejakku..
Tarikh tutup : 12.02.2011 @ 12.02 noon
Keputusan: 16.02.2011
Labels:
Give Away
Banjir
Banjir oh banjir oh rumah kita naik air oh..
Kluang banjir?Segamat banjir?Kota Tinggi banjir?Pasir Gudang pun banjir juga?
hm,saya sentiasa diupdate oleh rakan-rakan dan saudara mara.hujan dah beberapa hari turun.non-stop.
semalam kami pergi rumah Tok Yah kat Kota Tinggi.ada kenduri arwah.hujan memang lebat.tapi air belum naik.balik dari Kota Tinggi kami terus ke bandar Kluang.mak aihh..beberapa jalan dah di tutup sebab air dah naik.kami redah juga sebab nak beli susu Nabil.
hari ni hujan masih lebat.sepupu saya kat Kota Tinggi bagitau.air dah naik kat sana.sana-sini orang dok cakap pasal banjir.semoga semua mangsa banjir tabah dan redha.mungkin ada hikmah di sebalik yang berlaku.
dan..hari-hari Nabil tanya soalan yang sama.mama,kenapa hujan?

Moment In Our Life
Subscribe to:
Posts (Atom)