nabil belum baik sepenuhnya. demam dan selsema dah ok. tapi masih batuk. lepastu manja dia datang berkoyan-koyan. layankan je la. yang paling best, enSuami la yang kena layan. hehe.
bila tak sihat ni memang susah nak suruh nabil makan. tu taknak. ni taknak. ni dah mengadu mulut sakit. saya dah ngeri je. ye la, silap-silap kang ulser pulak. lagi haruuu.. saya paksa dia minum air banyak-banyak. tu pun liatnya nak minum. banyak songeh.
sabtu petang kami balik kampung. sebab enSuami nak berkebun di hujung minggu. malam tu nabil masih taknak makan. dia cakap nak burger. kami siap-siap la nak keluar. nak beli burger. masuk dalam kereta, cebik-cebik cakap taknak burger. nak kek happy birthday. hah?? sudahnya kami pergi Marrybrown (Mb). kat sebelah Mb tu ada kedai kek. beli kek kecik 1. bawak pegi Mb, terus order 2 set Kiddy Meal. set A dan set C.
kenapa nabil suka sangat makan kek harijadi ye? kalau jalan-jalan pun, dia nak kek juga. tapi nak kek yang sebiji tu la. huhu. takpe la, asalkan dia nak makan. lepas makan-makan, kami balik.
malam tu juga enSuami terpaksa melayan kerenah nabil. sebab dia taknak tidur. masuk bilik je nangis. cakap taknak tidur. saya dah selamat di alam mimpi dengan damia. hehe. last-last pukul 1 baru enSuami dapat pujuk nabil tidur. hadoila. macam-macam ragam. saya perasan setiapkali balik kampung nabil jadi macam ni. selalu adik-adik saya yang kena layan. ni adik ke-enam saya dah mula kuliah, adik bongsu saya pun takde juga sebab pergi Kedah lepastu pergi bercuti kat Pulau Perhentian dengan kawan-kawannya. hehe. nasib badan..
jom layan gambar birthday boy. haha. baru sambut birthday sebenar Jun haritu. ni dah kena beli lagi birthday cake.
~muka excited nak potong kek~
~kek motor~
~selamat hari lahir ke 3 tahun 1 bulan.hahahaha~
~mama selekeh je. ingat keluar pegi beli burger kat tepi jalan je. rupanya kena pegi makan burger kat Mb. hueh~
~muka budak satu hari tak makan~
~free gift ni mama nak ye. hehe. boleh buat nota. main tulis-tulis.ngee~
p/s: harini birthday my MIL. sebenarnya nak celebrate semalam tapi ada hal yang tak dapat dielakkan. nanti la ye mak. kami wish je dulu. hehe. wah, nabil suka la kan. dapat potong kek lagi nanti :)
SELAMAT ULANGTAHUN KE-56 MAK!
Semoga sihat dan kuat selalu.
Semoga sentiasa dirahmati Allah dan sentiasa bahagia :)
Semoga sabar menempuh dugaan dariNya.
ameenn..
~PUAN MARIAM BINTI ARIS~
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!