Showing posts with label Mari Menonton TV. Show all posts
Showing posts with label Mari Menonton TV. Show all posts

Wednesday, October 24, 2012

Mimpi Cinderella, Slot Lestary TV3


Sinopsis Mimpi Cinderella.

Mengisahkan tentang kehidupan Saleha (Eina) yang seakan-akan dongeng Cinderella. Bezanya, dia seorang gadis kampung yang suka berangan-angan. Dia selalu dibuli oleh ibu dan 2 orang adik tirinya. Kehidupannya mula berubah setelah dia diterima bekerja oleh Lorna (Zarina Zainoordin). Lorna tidak berkenan dengan penampilan Saleha yang ala-ala kampung. Lokman diarahkan untuk mengubah penampilan Saleha. Setelah Saleha berubah menjadi cantik dan bergaya, akankah mimpinya untuk memiliki putera idaman akan menjadi kenyataan?

Memula aku tak layan sangat cerita ni. Sebab geram tengok orang kampung yang lurus macam pembaris asyik kena buli je. grrrr.. ada ke orang macam tu ek zaman sekarang ni? eh zaman dulu ada ke? haha. ayat tu betul sikit ok :P

Lepas Saleha pindah ke bandar aku baru tengok betul-betul. aku jadi TERlayan cerita ni sebab Nabil layan dari awal lagi. bila start je cerita ni mula la dia melekat depan TV. terlopong gelak sorang-sorang. haha.

Ok. Malam tadi memang aku tengok betul-betul tak kelip mata punya (tipu). iklan pun aku tak tukar channel lain. haha. sebab hero hensem kat atas tu ler. aduh. dah layan macam seronok pulak. sorry la aku memang tak reti nak komen. yang aku tau, best ke tak best tu je. muahaha.  

jom la layan sinopsis penuh cerita ni. aku jumpa kat blog encik kepalabergetar ni. macam best je. terpaksa la ku layan tiap Selasa Jam 9 malam di TV3. eheh.

Pelakon Mimpi Cinderella: Eina Azman, Afiq Muiz, Zarina AF (Lorna), Izzue Islam, Hiera Hassan, Sharifah Shahora, Mahmud Ali Bashah, dan Aida Khalida.

Nampaknya pelakon utama dalam cerita ni agak baru lagi seperti Eina Azman dan Afiq Muiz. Eina Azman merupakan anak saudara Juliza Adlizan manakala Afiq Muiz ada pertalian darah dengan pelakon 90-an dan model Edika Yusuf. Ha, patutla muka memasing macam familiar je kan? kan? kan? (ke aku sorang je yang perasan? haha)



Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Saturday, June 25, 2011

Jom guling-guling hindustan

Hari sabtu ada cerita apa ye yang best?
Biasanya tv3 ada cerita Hindustan. nabil boleh layan pulak. harini ada Dil To Pagal Hai. saya tengok dulu tak pernah khatam. lama sangat. malas nak tunggu. 3 jam weh. lama tuuu..

tadi nabil main lari-lari kat laman rumah. tengah gelak-gelak boleh melalak pulak. meraung setaman boleh dengar. hadoi. saya tanya kenapa, dia cakap takde papae. haha. takut kena marah la tu. saya terus check lutut dia. rupanya dia terjatuh. ada la parut sikit. ape daa.. ingat kan besar sangat la luka tu. tu pun jadi gaduh. tak diam-diam. nangis je.

saya terus je sapu ubat. kalau ikutkan dia, memang taknak la sapu pape. bila fikir balik, dulu saya pun macam tu.hahaha. tak tahan sakit. kena gigit tebuan sikit dah meraung sekampung. adoila. ade juga yang mengikut perangai tak molek mama mu ni nak..

ni boleh pulak layan Hindustan. duduk depan tv diam-diam. lepastu agak-agak pelakon tengah guling-guling rancak sikit, dia dah lupa diri. menari sekali. hilang sakit tetiba. ape daa..


sekian. mari menonton sama-sama.hihi

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Wednesday, February 16, 2011

Trilogi Cinta @ TV1


Disebabkan saya ni tak menonton tv1 untuk sekian lamanya sebab kat rumah saya tak clear sangat, jadi saya agak ketinggalan sikit pasal drama baru ni.

Dan sejak2 ni bila saya balik rumah PIL,takpun balik ke Kota Tinggi rumah saudara mara kat sana,semuanya sibuk cerita pasal drama baru kat tv1.apa lagi kan?Trilogi Cinta la..

dulu masa study selalu gak baca novel2 Sharifah Abu Salem ni.tak sangka pulak dah didramakan.Drama Trilogi Cinta ni adalah gabungan dari 3 buah Novel Sharifah Abu Salem iaitu Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian, dan Tiada lagi Mimpi.


Para pelakon dalam drama Trilogi Cinta ni ialah, Rosyam Nor, Fauziah Gous, Siti Fazurina, Aida Khalida, Raisuddin Hamzah dan Roslan Salleh dan Amyza Adnan.

Anda boleh baca sikit2 sinopsis drama ini kat sini.

Selamat beremosi.haha.mana taknya, FIL saya sanggup tunggu depan tv nak layan drama ni.pastu baru MIL join the club.

Friday, February 11, 2011

Tiramisu



Cerita Tiramisu dah berakhir semalam.happy ending?ya.

masalahnya saya pulak sad ending.haha.sebabnya tekak saya ni meminta2 kek tiramisu pulak.huahua.hari2 dok study resepi kek tiramisu.tapi tak buat2 gak.eh?beli je la kan?senang.tapi..saya teringin nak buat sendiri sebenarnya.huhu.

tiramisu..oh..tiramisu..



agaknya orang lain macam saya tak?pengaruh tv ek?

Thursday, February 3, 2011

Hani, Slot Lestary @ TV3



Saya suka tengok cerita ni sebab saya sukaaaa sangat tengok shawl yang Rozita Che Wan pakai.haha.cun gilerrr..

disebabkan pengaruh shawl tu sangat kuat jadi saya terbeli pulak shawl yang sama waktu dengannya.haha.enSuami hanya mampu menjeling saje.maap ye.

Sila baca Sinopsis Hani kat sini..

Lagi satu saya suka sebab lagu Cinta Matiku oleh 6ixth Sense.Layaan..

Cinta Matiku (OST Hani)- Sixth Sense

Akan ku biarkan dirimu
Merasuki hidupku
Akan ku biarkan cintamu
Meracuni hatiku

Kerna cintaku terlalu gila
Kepadamu yang ku cinta
Kerna diriku tak pernah bisa
Hidup tanpamu

Korus
Jangan pernah tinggalkan diriku
Jangan lepaskan aku
Walau setengah detik hidupku

Ulang Korus

Kerna cintaku terlalu gila
Kepadamu yang ku cinta
Kerna diriku tak pernah bisa
Hidup tanpamu

Ulang Korus

Tuesday, February 1, 2011

Hitam putih



Entah kenapa Nabil suka sangat tengok movie hitam putih.
Tadi cakap dah ngantuk.nak tidur.tetiba melekat pulak depan tv.nak tau cerita apa?saya pun tak pasti apa tajuk cerita tu.slot Klasik kat tv9.rasanya Satay kot.

Pelakonnya adalah
Wahid Satay, Eddie, Salmah Ahmad, Puteh Lawak.

Lagi satu,bila bukak YouTube dia boleh leka dengar lagu dulu2.lagu aci2 buka pintu la..maafkan kami la..haih..

haha.seingat saya la kan,saya tak tengok sangat pun cerita hitam putih ni.kenapa?hm,dulu2 kami bukan dapat tengok tv sangat.kami kena belajar rajin2.kalau tengok tv selalu nanti kena babap.hehe.

Sekian.selamat berklasik kepada Nabil yang dah ngantuk tapi di'buang'nya ngantuk itu jauh2.syoh!syoh!

Wednesday, December 22, 2010

He's Beautiful, Korean Drama @ 8TV


Ko Mi-Nyeo & Ko Mi-Nam (both played by Park Shin-Hye) are twin brother and sisters. They grew up in an orphanage and never knew their parents.

As a young adult, Ko Mi-Nyeo is set to become a nun. On her way to pick up a ticket for Rome a strange man catches up to her. The man's name is Ma Hoon-Lee (Kim In-Kwon) and he explains that he's the manager for popular boy band "A.N.JELL". He also explains that her twin brother Ko Min-Nam, who just joined the band, was seriously injured and sent to America to recover. Ma Hoon-Lee then pleads to Ko Mi-Nyeo to impersonate her brother until he recovers. For her brother's sake, Ko Mi-Nyeo reluctantly agrees to play her brother.

A.N.JELL band member Kang Shin-Woo (Jeong Yong-Hwa) first discovers Ko Mi-Nyeo's secret, but he keeps it to himself. Kang Shin-Woo also tries to help her out without Ko Mi-Nyeo knowing. He also starts to develop feelings for her.

Meanwhile, A.N.JELL's singer/songwriter/vocalist Hwang Tae-Kyeong (Jang Geun-Seok) discovers Ko Mi-Nyeo's secret. Hwang Tae-Kyeong (Jang Geun-Suk) is an extremely gifted musician, but his personality is cold and he is a control freak. At first Hwang Tae-Kyeong tries to kick Ko Mi-Nyeo out of the band, but he becomes sympathetic to her plight when he discovers that she hoped to find her mother by appearing on television with the band.

Ko Mi-Nyeo's secret is then discovered by pop singer Yu Hee-Yi (Uee) by chance. When the media falsely reports that Yu Hee-Yi and A.N.JELL band member Hwang Tae-Kyeong are dating she uses Ko Mi-Nyeo's secret to make Hwang Tae-Kyeong pretend they are dating in front of the press. At the right moment Yu Hee-Yi will announce to the press that they have broken up and that she dumped Hwang Tae-Kyeong. In return Yu Hee-Yi will keep Ko Mi-Nyeo's secret. Hwang Tae-Kyeong agrees to this arrangement to protect Ko Mi-Nyeo. Meanwhile Yu Hee-Yi starts to develops feelings for Hwang Tae-Kyeong ...

** Isnin hingga Jumaat jam 8.30pm until 9.30pm

** Kadang-kadang termiss juga tengok sebab anak-anak dah ajak tidurrr..

** Best!saya memang suka tengok korean drama sebab tak meleweh-leweh macam cerita sinetron..(oops!sorii...)

** Selamat menonton.

Tuesday, December 21, 2010

Putera Katak, Slot Lagenda TV3

Slot Lagenda baru Putera Katak telah ditayangkan pada 29hb Nov selepas habis Ulek Mayang. Pelakon utama dalam drama Putera Katak ialah Nora Danish dan Zizan Nin. Zizan Nin akan jadi Putera Katak dan Nora sebagai heroinnya. Pengarah drama ni ialah Adam Hamid.


“Putera Katak” mengisahkan Putera Amar (Zizan Nin) yang telah disihirkan oleh kekasihnya, Puteri Zadora (Bia Rameshan) yang kecewa apabila Putera Amar tidak menjelma sebagai manusia walaupun sudah diberikan ciuman. Lantas Putera Amar dibuang ke bumi dan terpaksa menjalani kehidupan sebagai seekor katak. Dia telah dibela oleh seorang pencinta haiwan iaitu Trisha (Nora Danish). Amar yakin bahawa dia akan berubah menjadi manusia semula apabila sudah menemui cinta sejatinya.


** Isnin hingga Khamis jam 4.30pm di TV3.

** Nabil suka tengok cerita ni.sebab mostly cerita yang ada haiwan dia minat sangat nak tengok.kat rumah dia boleh berulangkali tengok cerita Ice Age, Zoo dan banyak lagi.asalkan ada binatang.macam cerita Rapunzel,dia nak tengok sebab ada kuda.heheh.

** Macam mana pelakon putera katak boleh selamba je pegang katak tu.awwww..meremang tengkuk saya..huhu.

** Sekian.selamat menonton.

Seribu Kali Cinta, Slot Akasia TV3


Synopsis:

Mengisahkan seorang lelaki yang bernama Nizam, jatuh cinta kepada seorang gadis pulau tempatnya bercuti, Miasara yang mengalami sindrom Amnesia iaitu mudah hilang ingatan selepas terjadinya satu kemalangan yang menyebabkan kepalanya terhantuk.



** Tiap-tiap petang isnin sampai khamis kalau rajin dan ada masa senggang saya akan follow cerita ni.saya rasa cerita ni lebih kurang sama dengan cerita omputih iaitu 50 First Dates.yang pelakonnya adalah Adam Sandler dan Drewbarrymore.cuma bezanya orang melayu mesti la ikut melayu punya version kan.sopan santun.budi bahasa.hehehe.



** Rasanya ini minggu terakhir cerita tersebut.rasa macam dah lama sangat.huhu.