Raya rumah siapa dulu?
Rumah mak bapak sendiri?
Rumah mertua?
Raya mana dulupun tak kisah kot. yang penting anak-anak gembira. semua gembira.
Nasib baik sebelum kahwin kami dah sign agreement (tipu). kalau tak agaknya perang balik kampung juga kot. haha. tambah lagi kami sekampung. lagi la susah.
tahun pertama kahwin, kami raya kat kampung enSuami kat Penang (kampung abah-in-law). masa tu belum ada anak lagi. tapi enSuami dah start mabuk darat. kehkehkeh. cara kami kalau tahun tu turn beraya sebelah enSuami, jadi first day puasa mesti kat rumah mak saya. dan raya AidilAdha juga kat rumah mak saya dulu. heh adil kan? setakat ni dah nak masuk 5 kali beraya bersama. Alhamdulillah..takde masalah. tapi kekadang enSuami buat-buat lupa (nak mengelat la tu). saya pun selalu kira betul-betul. kalau 2 hari kat rumah MIL, kena 2 hari jugak kat rumah mak saya. kahkah. tapi saya taklah kejam sampai nak kira jam ke minit ke okeyyy..
tahun ni turn enSuami. tapi kami tak beraya kat Penang lagi dah. sebab tahun lepas Tok Nun kembali ke rahmatullah..jadi takde sesiapa kat rumah tu dah..jadi kami beraya kat Kota Tinggi (nenek sebelah MIL). maknanya, kami akan terus beraya kat Johor la kot sampai tua.
tak kira la kat mana pun kita beraya..dengan cara apa pun kita beraya..yang penting semua happy. semua baik-baik saja. semua selamat. insya Allah..
oh, raya ni mesti tak sempat nak berblogging. belum raya pun dah malas nak update. selamat bercuti raya. yeayy!
p/s: korang ada masalah tak pasal turn balik kampung ni? harap-harap takde yang bermasam muka la ye ^_^
SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI KEPADA SEMUA :)
sELAMAT MENYAMBUT MERDEKA JUGA ;)
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!
Friday, August 26, 2011
Wednesday, August 24, 2011
Rabu Kedu #7
jom like FanPage Wordless Wednesday dan follow Official Blog Wordless Wednesday
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!
Labels:
Wordless Wednesday
Monday, August 22, 2011
4 tahun berumahtangga :)
23 Ogos 2011. Selasa.
Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke-4 kepada saya dan suami. muehehehe..
4 tahun melayari bahtera.
4 tahun menyulam cinta.
4 tahun suka duka bersama.
4 tahun segalanya dikongsi bersama.
Semoga perkahwinan kami kekal hingga ke syurga.
Semoga kehadiran anak-anak menguatkan cinta kami berdua.
Semoga kami sentiasa diberkati oleh-Nya.
Semoga Allah mengurniakan yang terbaik untuk kami sekeluarga.
insya Allah..amiin..
p/s: nak bagi hadiah apa ye? takde idea laaaa..tolongggg..
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!
Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke-4 kepada saya dan suami. muehehehe..
4 tahun melayari bahtera.
4 tahun menyulam cinta.
4 tahun suka duka bersama.
4 tahun segalanya dikongsi bersama.
Semoga perkahwinan kami kekal hingga ke syurga.
Semoga kehadiran anak-anak menguatkan cinta kami berdua.
Semoga kami sentiasa diberkati oleh-Nya.
Semoga Allah mengurniakan yang terbaik untuk kami sekeluarga.
insya Allah..amiin..
p/s: nak bagi hadiah apa ye? takde idea laaaa..tolongggg..
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!
Labels:
Anniversary
Subscribe to:
Posts (Atom)