Friday, June 17, 2011

1 Tahun

11 Jun 2009.
Muhammad Nabil Irsyad = 1 Tahun.

15 Jun 2011.
Naurah Damia = 1 Tahun.

Dua-dua anak pintar ini tak tidur masa sambut umur 1 Tahun.
Dua-dua gambar diambil lebih kurang 12 lebih. mata buntang takmau tidur.

Bezanya??

Taknak beza-bezakan la. yang penting dua-dua buah hati pengarang jantung mama.
Dua-dua mama sayang sangat-sangat.
Dua-dua memang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. tapi mama harap kelebihan tu dapat membantu dan menutup kekurangan masing-masing.

yang paling mama ingat. Nabil belum pandai jalan lagi masa umur 1 tahun.
Damia dah laju jalan masa umur 1 tahun. ye la, damia ada sifu yang ajar damia macam-macam kan. abang rajin ajar adik itu dan ini walaupun abang agak sensitif :)


Semoga anak-anak mama membesar dengan kuat dan sihat.
Jadi anak soleh dan solehah.
Taat perintah Allah..mama dan ayah..
Jadi anak bijak harapan mama ayah..
ameennn..

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Birthday Damia @ Taman Seri Impian

15 Jun 2011.
Umur Damia genap 1 tahun
Malam sebelumnya takmau tidur. excited ke?hehe.tidur lambat. pukul 1 lebih. hadoila..

saya masak bubur putih dan merah. tapi kali ni guna pulut. dan gula melaka. masa birthday nabil saya buat guna beras je. dan gula merah. jadi hasilnya dah tentu sangat beza.

~bubur putih dan merah. saya taktau nak panggil apa.haha~

lepastu saya masak nasi jagung. nabil yang request. nasib baik jagung ada. harini sangat malas nak pergi kedai. jadi masak ikut apa bahan yang ada je kat rumah.hihi.

~nasi jagung simple mimple~

lepas tu nak masak lauk apa ye?biar kanak-kanak makan nasi je dulu.haha.kejam. nasib baik adik ke-4, Pery saya datang rumah. saya ajak beliau ke kedai. beli ayam, beli serbuk koko dan yang paling penting sekali, minyak masak yang dah hujung-hujung nyawa (ada hati malas nak ke kedai.haha).

sementara Pery ada, saya mintak tolong beliau jaga damia. saya masak ayam masak tomato dan buat kek. kek coklat moist kukus. dibantu oleh chef cilik, Nabil.

err..gambar ayam tomato lupa nak ambik. sila bayangkan mengikut daya imaginasi anda.kakaka~

oh ya.lupa. harini birthday girl pakai tema merah. dan si abang juga request nak pakai warna sama.hihi.

~damia in red~

~abang sayang adik~

tunggu enSuami balik kerja. baru boleh potong kek sama-sama. sementara tunggu ayah balik, kanak-kanak riang main basikal kat luar.



enSuami dah balik. yeayy..ayah beli kek..


~kek untuk anak dara chantek jelita. wahh.. merah juga?~

nabil cakap 'waahhhh..kek Love la..'
~mama jadi tukang ambik gambar je la. tengah tak cun.hihi~

oh ye, kena tunjuk juga hasil kek coklat moist kukus yang saya sempat buat dengan nabil. siap toping dan hias sekali tawwwww ^_^


resepi kek coklat moist kukus boleh tengok kat sini.
sebelum ni saya tak buat toping. tapi kali ni saya buat toping.

cara-cara nak buat toping.
1) masak atas api kecik : 1/2 cawan serbuk koko, 1/2 cawan susu manis dan 1 sudu besar minyak masak.saya tambah butter sikit.haha.gatal.
2) nak toping tu pastikan kek dah sejuk ye. lepas toping sukahati la nak hias macam mana. saya tabur coklat rice warna-warni tu je ^_^

ok.sekian. entri masak-masak dan makan-makan :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Thursday, June 16, 2011

Aikkk?? baki 30sen je??

Pukul 6.00pm. mama, ada bau apa ni? abin macam ada bau-bau je..
Ooooohh..hari ni hari khamis. ada pasar malam rupanya. kuat betul deria bau Muhammad Nabil Irsyad ni la.

ok. siap ala kadar. sarung tudung express. anak-anak pintar dah senyum-senyum sebab mama dah pakai cantik sikit. suka la tu dapat jalan-jalan. saya malas nak drive. jalan kaki saja. lagipun 5 minit je jalan. bakar lemak yang dah mula bermaharajalela ni.

nabil: 'kesian kita tak naik kereta kan mama..'

eleh, malas nak jalan la tu..haha.

sampai je pasar malam, nabil dah nampak sesuatu. hadoi. dalam hati dah doa dah, janganla dia nampak benda tu.hish, tu juga yang dia nampak dulu.apa dia??

nabil dah jerit 'mamaaaaa..ada belon doraemon tu!!!'

adoiii..terpaksa pujuk dia. cakap nak jalan tempat lain dulu. nasib baik ok. eh lupa, saya bawak RM15 je.hihi.kena budget betul-betul ni.sebenarnya nak belanja RM10 je. tapi tak berjaya..hukhuk.

mula-mula saya beli ikan. satu pinggan = RM5. satu pinggan sama dengan 1 kg. disebabkan kanak-kanak sangat suka makan ikan. jadi menu wajib harian pulak tu..saya beli la juga ikan tu. nak beli 3 ekor je. ada ke orang tu tak jual. kena beli 1 pinggan juga.haih.

~makcik tu cakap ni ikan kerapu. anak ikan kerapu kot.~

lepas tu nampak kedai jual keropok, budu, cencaluk bagai. nabil nak keropok. beli la satu. keropok segera = RM1.50.
~keropok ni selalu beli masa study dulu.hihi~

lepas tu..eh, terlalu lagi kat kedai belon.adodoi..tangan kecik dah kuat tarik tangan mama dia je ni. kena la singgah.

saya: berapa ringgit belon doraemon ni dik?
adik penjual: RM5 kak.
saya: hah?? RM5?? mahalnya. nabil, beli makanan ni kenyang tau.

tapi, saya bayar juga la.huwaa..
~doraemon..ang ang ang~

lepastu jalan lagi.kena beli makanan wajib setiap kali pegi pasar malam. apa dia? keropok lekor la. anak-anak pintar suka gila makan ikan. jadi keropok lekor tu makan selalu juga tanpa rasa jemu. haih.

~keropok lekor panas-panas~

ok. last. ada duit lagi tak? mama nak beli air soya panas.nanti dah makan keropok mesti dahaga. mesti nak air super-sedap pulak.


berapa belanja harini? jom main kira-kira.haha.

ok. bawak berapa ringgit tadi? RM15 kan? baki ada 30sen. nah nabil, pegi masuk dalam tabung.hihi.

**sebenarnya ada nampak nasi kerabu. macam nak beli. tapi fikir nasi kat rumah ada lagi. so, tak jadi beli. kalau korang, korang suka beli apa ye? dah selalu sangat pegi pasar malam, taktau dah apa yang special.ngee~

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Wednesday, June 15, 2011

Selamat Ulangtahun pertama Naurah Damia :)


"Happy Birtday to You..
Happy Birtday to You..
Happy Birtday to Damia..
Happy Birtday to You.."

saat ini.
detik ini.
15 jun 2011.
hari rabu. jam 3.07 pagi.
bersamaan 13 Rejab 1432H.
Dah 1 tahun dah anak dara mama.
gigi sudah 7 batang..
kaki sudah melangkah laju..
mulut sudah semakin becok..
dah pandai memilih makanan..
dah pandai gaduh dengan abang..
dah boleh tolong mama buat kerja.haha.rajin damia mengemas.
dah faham arahan. lepas minum, damia pandai letak cawan atas meja. good girl.
dah pandai salam orang..pandai juga tadah tangan masa berdoa..lepas tu ameeennn..

SELAMAT HARI LAHIR NAURAH DAMIA.
MAMA, AYAH & ABANG SAYANG KAMU SANGAT-SANGAT.

Semoga menjadi anak yang solehah.
jadi anak yang berguna dan berjasa besar nanti.
jadi anak yang taat perintah Allah & mama ayah.
semoga sihat selalu.
amiin..
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Tuesday, June 14, 2011

Seharian bersama birthday boy :)

Sabtu 11 Jun 2011.
Ulangtahun kelahiran nabil yang ke-3.
kami sambut kat rumah kami je.
sebab 28 mei 2011 hari tu dah sambut. in advance.hihi.

bangun lambat. bermalas-malasan dulu. ayah nabil kerja. jadi sambut lepas enSuami balik kerja la.
saya masak menu wajib hari lahir.

1) bubur putih dan merah.(gambar belum transfer la pulak.upload kendian.ngee~)
2) pulut kuning
3) kari daging.
~bubur putih dan merah.nampak coklat pekat sebab guna gula merah~

~pulut kuning.ambik doraemon yang ada kat atas kek. pinjam sekejap buat hiasan.hihi~

enSuami belikan juga kek kecik untuk nabil. punya la happy. nabil sangat suka makan kek. lepas potong kek, kami makan kek dan bubur putih merah. lepas tu makan pulut kuning pulak.burrrpp..Alhamdulillah..kenyang amat.

lepas maghrib kami siap-siap.jalan-jalan kat Econsave.beli barang sikit untuk masak-masak hari Ahad. enSuami nak masak Penang Char Kue Tiow untuk kami.fuiiyyooo..

lepas tu kami terus ke Dataran. sesi menggembirakan hati birthday boy belum berakhir. kena layan nabil main basikal pulak. bawak juga basikal untuk damia. dah penat main, nabil cakap nak makan nasi impit.adoi..kena la juga pegi makan.
~kaki tak sampai la pulak.hihi~

~ok. ayah tolong tolak. nabil sedih sebab ayah tolak basikal adik. tapi tak tolak basikal dia. hadoi. nabil ni. sentimental betul la~

~ayah penat. damia relaks je. vroomm..vroommm..haha~

~sekali terbalik daaa~

~birthday boy agak moody harini. ni baru la nak senyum~

~abang dah penat kayuh basikal, damia pulak meluru kat basikal abang. selalu berangan nak naik basikal abang.hehe~

~huhu. gambar mama takde. terpaksa ambik gambar sendiri. jom pegi makan~

sampai kedai makan, kami order sate macam biasa. tapi sungguh tak bernasib baik malam tu sebab penjual sate tak berniaga. hm, takde rezeki. jadi, kami order nuget ayam dan kentang goreng je.nasib baik nabil tak kisah. buatnya dia nak juga nasi impit tak ke haru nak cari.hihi.

~nuget dan kentang goreng. amboi menternak lemak di malam hari wehh~



dah lepak. dah menari. dah menyanyi..nabil ajak balik.sampai rumah, layan lagi birthday boy main. damia dah tidur. penat main basikal kot.haha.

sekian.seharian bersama birthday boy. 11 jun 2011. hari sabtu. muhammad nabil irsyad = 3 tahun :)
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kenangan 1 tahun yang lalu..

Mengimbau detik kelahiran Naurah Damia setahun yang lalu.

11 Jun 2010.
Saya menyerah diri ke Hospital Kluang sebab saya rasa bayi dah kurang bergerak. maklumla. jakun. hehe.
saya taktau macam mana contraction. macam mana air ketuban. macam mana yang orang kata keluar tanda nak bersalin tu. sebabnya saya lahirkan nabil pun secara pembedahan. jadi, bila sepatutnya due 13 jun 2010, saya dah naik seram. ye la, bayi kurang gerak pulak. rupanya bila saya tanya kawan-kawan, semua cakap, dah dekat lahir memang bayi kurang gerak. gitu eh?haha.

doktor: tanya nak operate ke nak normal?
saya: saya nak cuba normal.
doktor: ok. boleh.

kenapa doktor tanya macam tu?sebab selepas lahirkan anak secara pembedahan, kita dinasihatkan untuk tunggu anak pertama berumur 3 tahun baru boleh bersalin lagi. tapi saya dapat rezeki awal (alasan) jadi kena redha la kan. lebih-lebih lagi doktor cakap anak kedua ni perempuan. tambah la happy. dapat sepasang.

malam tu tidur berendam air mata sebab rindu kat nabil. sedihnya.

12 jun 2010.
saya di induce untuk kali pertama. doktor cakap kalau nak bersalin cepat kena jalan banyak-banyak. saya pun round la wad tu sampai misi tengok pun penat.hihi.sakit sikit-sikit tapi takde tanda nak bersalin lagi.hadoi.duduk kat wad sungguh bosan. nak jumpa nabil pun kena tunggu waktu melawat. duduk kat wad pun tunggu mak datang bawak makanan sedap-sedap.haha. saya mengidam nasi kerabu. percaya tak? mak dan bapak saya sangat baik hati cari untuk saya. tapi tak dapat nasi yang warna biru. dapat nasi putih dan lauk kerabu. jadila..Alhamdulillah..

13 jun 2010.
saya paling ngeri dan tak boleh lupa sampai sekarang pun. doktor lelaki yang tukang cek 'laluan' dah ada ke belum tu. sangat ganas. pagi ahad tu biasa la ibu-ibu mengandung yang nak kena check bukaan dah berapa cm. mula beratur. saya dah dup dap dup dap sebab orang cakap doktor tu ganas. memang dia nampak 'awww' tapi tangan dia besar.uwaa..

tiba turn saya, dia dengan ganasnya check dan dia cakap dia 'TOLONG' bukakan jalan. saya menjerit sebab sakit sangat. boleh ke gitu? jahat!

hari ketiga duduk dalam wad, macam-macam yang saya nampak dan jumpa. hm, tapi tetap tak boleh lupa pengalaman dua bulan berkampung kat Hospital Sulatan Ismail masa nak lahirkan nabil dulu.

saya di induce buat kali kedua. saya taktau doktor masukkan apa. yang pertama tu masukkan tablet. yang ni doktor cakap macam kayu. kayu tu akan 'tolong' buka jalan nanti. tah la, saya tak faham sangat.hihi.

hari ni sempat lagi makan nasi beriani dan kambing aqiqah sepupu-sepupu nabil. teruk kan? mertua buat kenduri tapi saya duduk kat wad pulak.

malam tu tak boleh tidur sebab dah mula sakit-sakit. baring sini salah. pusing sana salah.adehh..

14 jun 2011.
bila la nak bersalin kan?tengahari tu saya rasa air ketuban dah pecah. saya tak bagitau nurse lagi. sempat lagi makan-makan. mak dan bapak saya datang melawat.tapi sakitnya Allah aje yang tahu. saya bagitau nurse air ketuban dah pecah. tapi 'kayu' tak keluar lagi. nurse cakap kena tunggu doktor la. diorang tak boleh check sebab kayu tu ada kat dalam.

petang tu lebih kurang pukul 5 saya nampak doktor yang masukkan 'kayu' tu, saya jumpa dia. dia pun tanya macam mana. saya cakap la air ketuban dah pecah. kelam kabut doktor tu panggil saya masuk bilik. buang kayu, check bukaan dah 4 cm. lepas tu buat ECG. saya dah tak tahan. sakit sangat. contraction sangat kuat. saya diam je.

lebih kurang pukul 6pm saya ditolak masuk ke labour room. saya tak bawak pun handphone. saya pesan kat pelatih jururawat tolong bawakkan handphone saya. dia cakap ok tapi tak sampai-sampai pulak.hadoi. saya tau mak saya dan enSuami ada kat luar.nabil pun ada sama.

saya demam pulak. tapi lambat betul bukaan tu nak bertambah.sangat sakit. dah la sakit. adik-adik misi pelatih berkerumun keliling lepastu berborak tak hengat. cerita boipren la..cerita baju raya la..cerita uniform la..adoila. saya doa banyak-banyak dalam hati janganla terbersalin masa pelatih ni ada. pelatih-pelatih balik pukul 9pm.lepas mereka balik, hati sangat lega.

maaf, saya bukan nak burukkan pelatih jururawat ke apa, tapi saya ngeri bila 'jiran' yang sama wad dengan saya cerita pengalaman mereka bersalin masa ada pelatih. oh sungguh ngeri. saya tak sanggup. ada yang salah jahit la..salah tu la..salah ni la..hm..

dah pukul 12 malam, dah masuk 15 jun 2011. masih macam tu juga.ya Allah..sengsara. saya mula bernazar.dan satu jam lepas tu bukaan jadi 6cm. pukul 2 pagi pulak. Alhamdulillah..bukaan bertambah lagi menjadi 8cm. sakitnya.. setiap kali saya mengerang sakit, jururawat tanya sakit kat tempat operate dulu ke memang sakit nak bersalin? ye la, saya faham, saya nak lahirkan anak kedua secara normal walaupun nabil baru masuk 2 tahun. Syukur, takde rasa sakit kat tempat operate dulu pun.

dah hampir pukul 3. bukaan dah 10cm. saya dah tak sanggup tanggung sakit. semua dah ready. saya pun selamat lahirkan bayi perempuan secara normal. tepat jam 3.07 pagi. hari selasa. ya Allah.. setelah berjam-jam saya berjuang dan bertarung dengan sakit. saya bernasib baik sebab bidan yang menyambut kelahiran damia sangat baik dan bertimbang rasa. nasib baik juga ada 2 orang yang tengah nak bersalin, tak bersalin dalam masa yang sama.hihi. jadi perhatian tu lebih sikit la. lepas damia dilahirkan, kakak katil sebelah pulak bersalin.lepas tu katil sebelahnya pulak.

sedih sebab enSuami takde sama untuk temankan saya. enSuami dah balik pukul 10 malam sebab nabil dah ngantuk. takpela. agaknya kalau enSuami ada pun, saya rasa beliau akan pengsan.hhaha.

lega selepas bersalin. rasa macam tak percaya Naurah Damia yang ditunggu-tunggu ni dah lahir menjengah dunia.

proses jahit-menjahit yang sangat saya takuti bermula. oh sungguh lama okeh. hadoi. saya dah kehabisan tenaga. lepas siap semuanya, saya diberi biskut dan milo (aje?hihi). saya habiskan sebab sangat lapar. nasib baik ada tenaga masa nak bertarung sebab saya tak makan dari tengahari semalam.

saya ditolak masuk ke wad pulak. tapi tak dapat bersama damia sebab damia diasingkan ke wad bayi. kenapa? doktor cakap saya pecah air ketuban awal dan demam dan nak check takut ada jangkitan kuman kat baby ke tak. hm..sedih.

saya hampir pitam dalam toilet. sebab tak makan kot. jadi saya baring je la diam-diam. doktor tak bagi balik harini. sebabnya kesihatan saya belum stabil. kaki dah sengal.badan dah sakit. saya mintak mak urut kat hospital.hihi. duduk wad, tapi pelawat yang datang tak dapat tengok baby. enSuami je yang boleh pegi tengok baby. saya tak pergi susukan damia lagi. sebab saya tak larat nak bangun. huwaa..

hari rabu 16 jun 2011. Alhamdulillah. hari ni dah boleh balik. enSuami tak dapat jemput. jadi adik ipar saya, Diah yang datang jemput. bawak nabil, mak dan adik saya Siti sekali. saya pergi tengok Damia. comel. hari pertama tak dapat ambik gambar. enSuami nak ambik gambar, nurse tak bagi.hehe. sampai rumah mak..oh sungguh lega. saya berpantang 44 hari kat rumah mak :)

~hari kedua dilahirkan.sayang kamu ketat-ketat dear~

Nama Naurah Damia dah lama kami sediakan. mula-mula saya nak bagi nama Naurah Saffeyya. sebab saya terberkenan dengan nama Naurah ni masa mengandungkan Nabil dulu. tapi dapat tau baby boy. jadi simpan dulu nama ni. tapi enSuami taknak. enSuami nak nama Damia. last-last kami combine nama tu. jadi la Naurah Damia.

Naurah = bunga
Damia = bijak, berkat

sekian.semoga menjadi anak yang solehah dan bijak ye sayang ;)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Monday, June 13, 2011

Pon! Pon! Macaron sudah sampai :)

Petang tadi kami tengah lepak-lepak.
Tiba-tiba..

Pon! Pon!
Van Poslaju sampai. nabil terus jerit 'cepat mama, hadiah mama tu..'
haha.ye la tu kan. pandai-pandai je.

ok..suspen ni.hadiah apa ye..

 tadaaa...


damia cakap 'waahhhhhh..'
haha.kelakar la damia ni..

hadiah macaron yang saya menang dalam Giveaway MACARON: By Imaan09 & Cik Ims.
saya menang untuk penyertaan saya di sini. Alhamdulillah..
nak tengok gambar lagi cun versi penaja hadiah sila klik sini.
ada 16 ketul macaron yang filling dia bercampur-campur untuk dinikmati. jemput makan.


damia tak sabar-sabar nak makan.haha.semangat.
nabil pun sama. macam la tak makan satu hari. makan cepat-cepat. tapi nabil cakap yang rasa mint tu tak sedap. hehe. memang la kan. kanak-kanak suka rasa manis. mint kan berangin sikit.


ha, siapa yang makan paling banyak tu?
mesti la nabil. sebenarnya dah tinggal berapa ketul je. ni gambar yang sempat snap tadi. terpaksa sorok sebab nak bagi enSuami rasa pulak nanti. hehe.


oppss! ni je la yang tinggal. susun cantik-cantik sikit. untuk tatapan dan 'santapan' mata anda semua.ngee~

~comel kan macaron ni?warna-warni.cantikkk~

~nampak tak filling tu?macam-macam flavor ada~

soalan: sedap ke macaron tu?
jawapan: sedap. tapi tak boleh makan banyak. manis. 

soalan: apa flavor yang sedap?
jawapan: saya suka filling yang ada rasa masam-masam sikit. sebab macaron tu dah manis. sebenarnya saya pun tak pasti yang saya makan tu apa filling dia.hihi. yang paling confirm, ada rasa mint. dan ada rasa peanut butter.ngee~

soalan: macam mana nak dapat rasa macaron sedap buatan cik Ims?
jawapan:

1) cik Ims cakap tak lama lagi nak buat giveaway. jom la join ramai-ramai. beliau baik hati nak bagi macaron free kat u ol.
2) pegi order jangan segan kat kat http://i-macaron.blogspot.com.


ok.kaunter pertanyaan ditutup. sila tanya cik Ims untuk maklumat lanjut.hehe.
terima kasih cik Ims dan penganjur Giveaway MACARON :)
maafla, saya tak pandai komen pasal makanan. yang saya tau komen : sedap atau tak sedap. tu je. ngee~

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!