Friday, December 31, 2010

Kek Coklat Moist Kukus


Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan A

1 cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak

---> gaul sebati dan masak atas api perlahan.bila dah sebati, 'rehatkan' sekejap adunan tersebut.

Bahan B

3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

---> ayak semua sekali

Bahan C

4 biji telur

---> pukul. (saya guna blender..hehe)

Cara-cara membuatnya:

1. satukan bahan B dan C ke dalam bahan A secara selang-seli.jangan gopoh ye.
2. gaul dengan senduk bila dah sebati.
3. masukkan dalam loyang yang disapu minyak.
4. kukus selama 40-60 minit.
5. dah masak sila makan.hehehe.saya tak buat topping.kalau nak topping sila tanya chef Google.

Selamat mencuba.saya rajin nak buat sebab adik ke-6 saya jadi assisstant.dan si kecik nabil dan damia turut 'ringan tulang' membantu.huhu.


model kek coklat moist kukus.huehue.

2 comments:

rose said...

pukul telur gune blender...nice idea...

nak try la kek ni...rajin2 la update resepi,,boleh aku tumpang belajor nim....

kalau ble resepi guna cawan sbb kalau kene timbang takut x jadi la.....

aNiM said...

rose ko try la.sedap gile.ko isi dalam acuan kecik2 pun bole.aku mmg slalu cari resepi yg gna cawan.sbb klu guna gram slalu x jadi.wuwu..xtau la aku yg xreti msk ke..penimbang rosak ke..haha