Saturday, June 25, 2011

Jom guling-guling hindustan

Hari sabtu ada cerita apa ye yang best?
Biasanya tv3 ada cerita Hindustan. nabil boleh layan pulak. harini ada Dil To Pagal Hai. saya tengok dulu tak pernah khatam. lama sangat. malas nak tunggu. 3 jam weh. lama tuuu..

tadi nabil main lari-lari kat laman rumah. tengah gelak-gelak boleh melalak pulak. meraung setaman boleh dengar. hadoi. saya tanya kenapa, dia cakap takde papae. haha. takut kena marah la tu. saya terus check lutut dia. rupanya dia terjatuh. ada la parut sikit. ape daa.. ingat kan besar sangat la luka tu. tu pun jadi gaduh. tak diam-diam. nangis je.

saya terus je sapu ubat. kalau ikutkan dia, memang taknak la sapu pape. bila fikir balik, dulu saya pun macam tu.hahaha. tak tahan sakit. kena gigit tebuan sikit dah meraung sekampung. adoila. ade juga yang mengikut perangai tak molek mama mu ni nak..

ni boleh pulak layan Hindustan. duduk depan tv diam-diam. lepastu agak-agak pelakon tengah guling-guling rancak sikit, dia dah lupa diri. menari sekali. hilang sakit tetiba. ape daa..


sekian. mari menonton sama-sama.hihi

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Friday, June 24, 2011

Projek Penang Char Kuey Teow #1

Projek Penang Char Kuey Tiow??
ini fakta bukan auta.

ok jom layan resepi. resepi ni saya tiru bulat-bulat dari sini

Bahan-bahan ( 2 org )
  • * UTK PASTE *
  • 200 gm udang
  • 250ml air
  • 4 ulas bawang putih di ketuk
  • 6 sb sos tiram
  • 3 sk kicap pekat
  • 3 sb kicap manis
  • 1 sk petis
  • 2 sb pati ikan bilis / pati udang
  • 2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
  • 1 sk gula
  • * UTK MEE *
  • 300 gm kuey teow
  • 1 sb cili boh
  • kerang
  • sedikit kucai & taugeh
  • 2 biji telur

Cara-cara

  1. UTK PASTE- Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....
  2. Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.
  3. UTK MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
  4. Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.
  5. **Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus mmg depa pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tp petis kena tambah lg, jd 1sb. Paste ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg garam n gula masa masak buat kuey teow tp kalau rasa cam tawar leh adjust eh......


sori gambar takde. sudah licin. ada apa dengan Penang Char Kuey Tiow ni ye? lain kali saya cerita. ngee~

p/s: hari pertama : 23 Jun 2011 berjaya. tahniah encik suami :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Tutorial Membuat Scroll Box di Bloglist & Html Widget

Mahu memperkemaskan lagi blog dengan memasang scroll up & down pada list blog yang berjela-jela?
Saya terjumpa tutorial ni kat http://www.ceritaindahkami.com. saya pun buat juga. hihi. maaf la saya tak reti sangat tulis tutorial. jadi saya cedok je ayat-ayat dari situ. maaf ye.

Mula-mula, korang kena dapatkan id widget yang ingin diletak scroll box.
Macam mana nak dapatkan id ni? Pegi kat Dashboard, Klik Design lepastu pilih page elements. kat sidebar korang ada list-list widget kan?


klik edit bloglist widget (contoh widget yang ingin diletak scroll box),


korang cari widget id kat atas tu. biasanya dia ada kat last sekali. macam kat gambar ni..

id widget ini ialah BlogList2

Dah dapat id tu, korang replace kat coding bawah tu. yang tulisan kaler merah tu ye. sila copy betul-betul. jangan dekatkan dot dengan id widget tu. nanti tak jadi. Yang kaler hijau tu, korang boleh adjust mengikut ketinggian yang korang nak.

**Paste kan dulu coding ni di notepad/ word atau buat la mana-mana yang menyenangkan korang ye :)

#BlogList1 .widget-content{
height:200px; width:auto;
overflow:auto;
}



Lepastu, korang pegi kat Edit Html, tick kat Expand Widget Templates,




 dan dengan menggunakan Control + F, search ]]> macam kat bawah ni..


Dah jumpa ]]>, maka bolehla korang ambik coding dari 1st step tadi dan paste di atas kod ]]>. Di atas ye, bukan di bawah..hihihi.. Buatla kat widget2 lain yang korang nak bagi pendek sikit..Tapi tutorial ni tak applicable pada blog archive. nanti saya buat entri lain untuk membuat scroll box di Blog Archive pulak :)


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Thursday, June 23, 2011

Majlis Yaasin @ Kota Tinggi Part 2

ngada2 nak buat part 2 pulak.
malas sebenarnya. adehh..

ini kisah sambungan entri jahat iaitu part 1 di sini.

takde nak cerita ape pun. jom layan gambar kami.haha.

~kami sedondondondon merah.lalalala~

~anak-anak ayah yang manja~

~nabil dan ayah~

~tengah makan bubur kacang.eh, motor kat belakang tu pun kaler merah.hihi~

~damia mengepak. sekarang bila bergambar dia suka angkat tangan macam ni..tiak masyam.haha~

~mama dan nabil (^_^)v ~

~mama peace guna jari. damia peace guna tangan. kakaka~

~nabil dan maksu dhiah~

~damia dan maksu dhiah. damia tengok siapa ye? ooo..tengok ayah~

~bersama pakcik2 nabil.hihi. muda2 dah kena panggil pakcik~

~damia bersama maksu, acik angah dan acik fitri~

~dahaga~

~makan lagi sebelum berangkat pulang.haha~

sekian.takde sambungan.hahaha~

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Wednesday, June 22, 2011

Majlis Yaasin @ Kota Tinggi Part 1

Sabtu lepas, kami pergi rumah makcik sebelah enSuami. ada majlis Yaasin. sampai sana, semua dah siap.hihi.
memang la kan. kalau sampai sana dah pukul 12. ish, tak patut betul. sampai je duduk sekejap lepas tu terus makan. ngee~

jom layan menu hari tu. banyak weh.

~soto nasi impit. sedap. saya makan banyak. sebab lapar gile.tapi saya tak makan dengan sambal kicap tu pun. sebab saya suap damia sekali. hihi~

~mi goreng. mi ni pun sedap. simple tapi sedap gile. mak ngah yang masak~

~pencuci mulut. buah tembikai~

~ehem, apam pelangi tu saya yang buat. harap maklum. koci dan kole kacang tu sedap sangat. tapi bukan saya yang buat.orang bagi.hihi~

~abok2, agar2 santan dan karipap.semua orang bagi.makcik saya takde buat kuih pun. rezeki~

~kuih kasui tu makan dengan kelapa parut. puding tu saya taktau puding apa. tak sempat rasa. pulut dan serunding tu sedap. semua tu pun orang bagi. best kan. murah rezeki makcik~

~air penghilang dahaga. sirap sunquick. pernah minum? kalau tak pernah, boleh cuba buat lepas ni.ngee~

ok. entri makan-makan. semua makanan sedap. saya makan dan makan dan makan lagi. majlis yaasin ni unik sikit. lepas bacaan yaasin dan doa selamat ada ceramah agama pulak. tak ingat nama ustaz tu. hihi.

sekian. jumpa lagi di Part 2 nanti :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

jambu gelas

siapa pernah makan jambu gelas?
suka tak?

mula-mula saya makan jambu gelas ni lepas kahwin dengan enSuami. sebelum ni tak pernah jumpa. jadi, agak jakun sikit la. haha. selalu jumpa jambu ball je.

abah-in-law ajar makan dengan garam. saya makan dengan kuah rojak petis.ngee~



jambu gelas ni besar. kalau saiz perut besar boleh habiskan satu biji tu sorang-sorang.haha. bila tiba musim jambu gelas ni, abah akan panjat pokok tu dan petik banyak-banyak dan bahagi-bahagikan kepada jiran-jiran. semua dapat merasa. insya Allah. rezeki dikongsi bersama.

saya tak pernah nampak buah jambu gelas ni dijual kat gerai-gerai buah. kenapa ye? baru-baru ni kawan ofis enSuami mengidam buah ni. nasib baik la ada kan?hihi. rezeki baby :)

ok. jemput makan.

p/s: kalau korang suka makan jambu gelas ni dengan apa ye?

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Tuesday, June 21, 2011

row row row your boat

mari berimaginasi bersama kanak-kanak riang.
nak main apa hari ni?

bahan-bahan yang diperlukan:
tudung saji
pemukul lalat

jom layan. lagu dah hafal? belum? jom nyanyi sama-sama..


cara-cara nak guna :)



hihi. apa aje la kan? nabil ajak damia main row row row your boat. mula-mula fikir juga apa la yang kanak-kanak berdua ni buat. habis la tudung saji mama. patutla takde kat dapur. nabil terus suruh mama ambik gambar.hahaha.

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Sunday, June 19, 2011

Selamat Hari Bapa :)

Untuk mereka-mereka yang sangat saya sayang.
Yang bergelar ayah..
Yang bergelar bapak..

Yang bergelar abah..

Yang bergelar Abi..

Happy Fathers Day.
Encik Suami yang dicintai Marzarudin Ahmad.
Bapak saya Encik Mohd Seran bin Lawan.
Abah-in-law saya Encik Ahmad bin Yusof.
Adik ketiga saya Encik Jauhari bin Mohd Seran.

oh ya. adik ipar saya Encik M Yaakob bin Ahmad.
juga kepada semua pakcik-pakcik saya yang banyak berjasa kepada saya.
juga kepada semua kaum bapa di luar sana.

SELAMAT HARI BAPA.
Semoga bahagia milikmu selamanya.
Semoga dilimpahi rezeki halal untuk sama-sama dikongsi bersama keluarga.
Semoga semakin sihat, gigih dan gagah perkasa mencari rezeki.
ameeenn..

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!