Thursday, March 24, 2011

aliff baa taa

jom ngaji sekejap :)

nabil selalu ajak saya ngaji.dia belum kenal huruf.jadi dia menghafal je la.kalau iqra' tu suka hati dia je la sebut macam mana.aliff di atas aa..baa di atas taa..haha.boleh gitu?

bila dengar azan cepat2 nabil pegi bilik air.abin nak ambik wuduk,kata abin.hihi.sejuk hati mama.sejak2 free diapers ni dah jadi 'ABANG' pulak.selalu manja lebih dari adik.

doa mama..nabil jadi anak yang soleh..taat perintah Allah dan ibu bapa..amiin..

video
~nabil baca alif baa taa masa enSuami telefon~

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

free diapers dapat upah.boleh gitu?

malam tadi kami jalan2 kat econsave, kluang.beli sayur2 sikit.beli aiskrim.beli buah2an.beli lauk.jalan2 pusing2.hehe.

tetiba saya terstop kat rak buku.saje tengok buku kanak2.dan tetiba juga nabil cakap.abin nak buku boleh?

hehe.mestilah boleh kan.sebab enSuami dah janji nak belikan buku kalau nabil free diapers.tapi kami beli satu je untuk dia.lain kali beli lagi ye.buku apa?

"SAYA SEEKOR ANAK DINASOUR- TYRANNOSAUR"








ada banyak pilihan buku.nabil nak yang ni jugak.dan kat dalam econsave tu jugak saya kena jadik pencerita.hihi.lantakla orang lalu lalang.dan mestila cerita itu ikut versi saya.ayat buku sangat skema kan?hihi.tetiba mama kamu jadi anak dinasour ^_^

Alhamdulillah..dah hampir 1 minggu potty training nabil.berjaya.anak mama hebat.buang air besar dan kecik pun kat toilet dah.memang wajibla kena bagi REWARD kan?tengah tidur pun kalau rasa nak membuang,nabil akan bangun dan lepastu sambung tidur balik.cuma saya tak konfiden sangat waktu tidur malam.saya pakaikan juga pampers sebab saya belum bersedia untuk dibanjiri.hihi.

nabil marah bila saya pakaikan pampers.nabil cakap dia nak sekolah.nak jadi anak bijak.abin dah tak pakai pampers.kenapa mama pakaikan.pagi tadi bagun tidur nabil terus pegi toilet.nak kencing.saya check pampers-kering.pandai nabil.malam nanti tidur tak payah pakai pampers la.jadi,malam ni saya terpaksa la bersedia untuk dibanjiri ^_^

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Monday, March 21, 2011

malang tidak berbau

lanjutan kisah semalam.

jam dah menunjukkan pukul 4.00pm.saya call mak.mak cakap baru nak gerak dari batu pahat.haih.rindunya tak tertahan kat nabil.

pukul 5.30 kami dah bersiap2 nak keluar sebab enSuami ajak pergi beli pokok pelam nak tanam depan rumah.sambil tunggu nabil kami bersiap2.hm,tak sampai lagi.saya telefon mak.

tak angkat.

call lagi.tak angkat.

last2 call baru angkat.mak cakap eksiden.hah!berderau darah saya.saya terus tanya nabil buat apa?ok tak?

mak cakap nabil tidur kat seat belakang.lena.tak sedar.saya macam tak clear sangat tentang apa yang berlaku sebenarnya.ish!tak puas ati ni.kena langgar ke langgar kereta orang?saya dengar kecoh2 kat telefon tu sebab mak lupa nak matikan telefon.ada suara perempuan marah2.

saya agak mesti bapak saya tersondol kereta orang.mak cakap nak pegi balai polis kluang je.jadi kami terus berdesup keluar.sampai balai,rupanya kereta yang bapak saya bawak kena sondol.yang langgar tu kereta wira.punya la berlagak marah2 rupanya dia yang sondol orang.eh,bukan perempuan tu yang bawak.laki dia ke abang dia tah.

bapak saya cakap dia malas nak gaduh dengan perempuan.jadi perempuan yang tak sopan ni tengah jerit2 membebel macam orang gila, bapak saya sudah panas di dalam hati..bapak saya cakap jomla pegi balai.cerita kat balai je.

perempuan ni tanya bapak 'pakcik bawak kereta macam mana ni???kan lampu dah hijau tu kenapa tak jalan,orang lain semua dah jalan'..bla bla bla bla...

perempuan tu pulak cakap dia bukan orang sini.saya ingatkan datang dari planet mana tah.berlagak mak aih.rupanya ornag kota tinggi.enSuami korek2 rahsia lagi rupanya si driver ni orang kota tinggi.kerja kat Majlis.ha,enSuami terus la tanya kenal tak pakcik dia kerja Majlis juga.hamek ko!kenal la kan.driver wira tu siap cakap dia penguatkuasa.pakcik enSuami cakap dia kenal driver wira ni.orang tu driver lori okeh!

dan sekarang siapa yang salah?tak kisah la siapa yang salah.yang penting sekarang....

*ALHAMDULILLAH..NABIL SELAMAT.MAK SELAMAT.BAPAK SELAMAT. (saya sampai balai polis tu nabil masih nyenyak tidur.hihi.celik je mata dia terus peluk saya dan tanya mama pegi mana.eh?macam salah je soalan tu..)
*kereta Nissan kepunyaan adik ke-3 saya kemik kat bumper.ha,dapat bumper baru bai!

*dah buat report siapa kena saman?ha,padan muka.berlagak lagi dengan orang tua.hormat la sikit.tak kira la siapa salah kan?kita kan ada adab.ada budi bahasa.
*nabil takde kat rumah,damia tak lena tidur.makan pun tak selera.bila jumpa,wah..suka bukan main.
~rindunya kat abang kan?~


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Sunday, March 20, 2011

:: aku rindu sayang kamu ::

hari ini.mak dan bapak saya datang rumah.

mak saya: nenek nak balik kampung batu pahat.nak ikut tak?
nabil: nak ikut.
mak saya: ayah bagi ke?
nabil: nanti ayah bagi la.

saya tak ikut.enSuami taknak ikut.sebab beliau cakap nak cuci kereta kesayangan beliau.hoh!jadi saya tak boleh la ikut kan?takkan nak ikut pulak.kang enSuami duk rumah.saya merayap.

mama: nabil nak ikut nenek ke?
nabil: nak.
mama: boleh ke?abin kan tak pakai pampers.
nabil: boleh.

saya dengan berat hati yang amat kemas baju nabil.dan bawak juga pampers sikit.standby.nabil selamba je babai kami.huhu.sangat sedih okeh.bapak saya cakap nabil kena belajar 'jauh' sikit dengan mama dia.kang mama dia nak kerja senang.soalan: kenapa saya yang sedih sangat ni?uwaaa...

baru je beberapa minit nabil ikut nenek dan embah dia saya dah tak keruan.siap 'banjir' air mata ha.saya salahkan enSuami sebab taknak ikut.sebab beliau la saya kena jauh dengan nabil.jahat ek?haha.

setiap beberapa minit juga saya call henfon mak.cakap dengan nabil.elok pulak dia tak kencing sampai batu pahat.siap tidur dalam kereta.seronok dapat jalan2.tengok mama kamu ni nabil.melayan perasaan kat rumah.huhu.sedihnya.mak cakap nabil bangun tidur baru kencing kat bilik air.bagus la anak mama ni.

tak sabar nak jumpa nabil.saya pesan kat nabil.ajak embah balik cepat2 tau.mama rindu.

nabil......mama rindu sayang kamu.lebiu..muahhhhhhhh!!!


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!