Saturday, June 8, 2013

Jun yang dinanti

Jelesnya tengok kawan-kawan rajin updet blog memasing. hoh.

Kenapa yang ku tunggu sangat bulan Jun ni ya?

Tadaaaaa...









Birthday kekanak riang u olss...
Macam biasa la. pakej tiap tahun ku sambut dua-dua serentak. jimat. hahaha. tahun lepas buat birthday party kat rumah. jemput jiran-jiran terdekat dan family dua belah pihak. eceh.

Tapi tahun ni disebabkan kekanak dah sekolah, sambut kat sekolah je la dengan kawan-kawan. lagi seronok kot. Aku bungkus air mineral dan jajan atau junk food yang agak tak menyihatkan untuk kawan-kawan nabil dan damia. heheh. lepastu plan nak buat kuih sikit hantar kat sekolah. tu je kot. tapi nabil request masakkan nasi sedap untuk kawan-kawan. huwaa..tengoklah tahap kerajinan mama nanti ye nak :P

Cuti sekolah berakhir esok. isnin mula la episod bangun pagi. sekolah macam biasa. sebenarnya cuti sekolah tak rasa mcam cuti sangat kot. homework nabil sangat banyak. dia asyik mengadu penat. aku tengok pun kesian. tapi aku pujuk la suruh dia buat sikit-sikit. lama-lama siap la. pengsan juga tengok homework kanak-kanak tadika banyak macam tu. hahaha.

Damia pun ada homework juga. tapi dia dah siapkan awal. minggu kedua cuti sekolah dia dah rileks. dia siapkan awal sebab dia cakap tak siap homework nanti cikgu marah. nanti cikgu bagi roti panjang (rotan). hahaha. abang dia tak sihat masa minggu pertama cuti. rehat je la tiap hari tak bukak beg sekolah langsung. ni dengan eksennya damia ulang-ulang cakap kat abang dia.. 'Homework kakak dah siap dah..abang tak siap lagi..habisla nanti cikgu bagi abang roti panjang..' hahaha.

Selasa 11 Jun 2013, genaplah umur nabil 5 tahun. Alhamdulillah.. semoga abang jadi anak yang soleh. taat perintah Allah..Mama sayang abang sangat-sangat. Mama sanggup duduk rumah mengadap abang je sebab mama langsung tak percaya orang lain jaga anak mama. tak pela mama tak dapat bersenang lenang macam orang lain. asalkan anak mama happy.

Err.. hadiah yang abang request last year tak tertunai lagi. hahaha. sori abang. tahun ni request benda lain la ye. tahun lepas dia request nak adik boboi. maafla. mama terpaksa tangguh dulu. hahaha.

senyum tak jadi. heheh. sila abaikan bungkusan plastik kat belakang :P

Sambut sekali la dengan birthday kakak. beli 1 kek je. nasib baik dua-dua pilih kek yang sama. kalau tak, pening mama. heheh. 

Sabtu 15 Jun 2013, genap lah umur Damia 3 tahun. Semoga menjadi anak yang solehah ye kakak. Mama sayang kakak sangat-sangat. Rajin-rajin solat doakan mama dan ayah ya. Alhamdulillah, dah sekolah ni banyak doa kakak dah hafal. bacaan dalam solat pun kakak dah boleh baca walaupun sebutan tak berapa betul. Takpe..pelan-pelan..belajar dengan abang :)



gaya model katanya. cettt. rambut megi i ni mahal okeyyy :P

dua beradik ni kalau datang mood berkasih sayang alangkah comelnya. tapi bila bercekau..hadoi..macam nak pitam mama dibuatnya :P

20 Jun 2013 birthday adik bongsu aku aka pak ucu kekanak riang. lepasni korang potong kek sesama la ye.. suruh pakcu sponsor. heheh.

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!