Mood nak berblogging di bulan puasa sangat merudum. adakah ini juga bermakna puasa berblogging? siapa yang rajin update blog? sila bagi tips ;D
hari ketiga bulan Ogos. iaitu 3 Ogos 2011 adalah hari lahir Bapak saya yang disayangi. semoga Bapak sihat sejahtera dan diberi kesihatan serta kekuatan untuk menjalani ibadah kepada-Nya.
hari kesebelas bulan Ogos. iaitu 11 Ogos 2011 adalah hari lahir adik ke-empat saya yang juga kami sayang, Pery. juga hari lahir makcik saya yang sangat berjasa kepada saya iaitu Cik Be. saya takkan lupa jasa beliau sehingga akhir hayat saya. insya Allah..
hari kesebelas ini juga saya dapat sepupu baru. makcik saya yang bongsu iaitu adik mak saya telah selamat melahirkan bayi perempuan. tahniah maksu. ramai pulak yang sambut birthday harini kan?
hari keduabelas bulan Ogos ialah hari lahir adik ipar saya Iwan yang dah bakal kahwin tahun depan.
23 Ogos 2011 adalah hari bersejarah buat kami sebab kami sambut Ulangtahun perkahwinan yang ke-4. Alhamdulillah..semoga perkahwinan kami kekal dan bahagia hingga ke akhir hayat dengan kehadiran putera dan puteri penyejuk hati :)
SELAMAT HARI LAHIR juga kepada semua yang sambut Ulangtahun Perkahwinan dan kelahiran di bulan ini.
Sebenarnya..saya sungguh tak larat. Nabil demam. sekejap-sekejap baring lepastu suruh saya urut kepala dia. sakit kepala katanya. kesian kan? kecik-kecik dah sakit kepala. damia pulak asyik kacau abang dia je. dengki tengok nabil terbaring tak larat. saya tanya Nabil, demam ni nak pandai apa pulak. nabil jawab 'abin nak pandai fikir resepi la..nanti nak masak-masak dengan mama..' (aik?)
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!
