Saturday, October 20, 2012

Red Velvet Cake buat Chenta Hatiku

Testing! Testing!

Ya Allah..lamanya dah tak update blog. sangat bersawang sebab sangatlah lemau nye nak menaip. selalu bila dah menaip dapat la sekerat jalan je sebab berebut nak online dengan kanak-kanak riang. huih.

Sebenarnya dah lama dah ku buat aktiviti membaking ni tapi baru nak buat entri. eheh. poyos. konon nak guna la stand mixer yang baru tu kan. Jadi, masa birthday enSuami 9 Oktober lepas, ku gagahkan diri membaking. teka kek apa? eleh, dah tulis kat tajuk tu kan. ngengada :P

Memula buat tu sangatla berdebar-debar sebab selalu buat kek kukus je. haha. jakun. resepi ni aku pinjam kat blog Intan Berlian. ok la. sedap. enSuami cakap rupa tak menggambarkan rasa. cet. mentang-mentang la huduh ku make-up kek itewww..
err..huduh kan? muehehe. kat tengah tu buat bentuk LOVE. buat sama-sama dengan nabil dan damia. grrr..

BAHAN-BAHANNYA:
2 1/2 cawan (250g) tepung yang telah diayak (maksudnya ayak dulu baru timbang ye)
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar (15g) serbuk koko
1/2 cawan (113g) mentega (unsalted butter)
2 1/2 cawan (300g) gula (kalau tak suka manis sila kurangkan. aku guna 250g je. tu pun manis)
2 biji telur Gred A
1 sudu teh esen vanilla
1 cup (240ml) buttermilk*
2 sudu besar pewarna merah
1 sudu teh cuka @ white distilled vinegar
1 sudu teh baking soda

*buttermilk boleh buat sendiri. ambil susu segar pada suhu bilik sebanyak 240ml lepastu tambahkan 1 sudu besar cuka atau jus lemon. Biarkan selama 5-10 minit.

CARA MEMBUATNYA:

1. Panaskan oven: suhu 175c

2. Ayak 2 sudu besar serbuk koko dan 2 1/2 cawan tepung dalam satu bekas. kacau sebati. Ketepikan.

3. Campurkan buttermilk dengan 2 sudu besar pewarna merah. Ketepikan.

4. Masukkan butter dalam mangkuk mixer. putar sampai kembang dan creamy. Kemudian masukkan gula dan pukul lagi sampai kembang dan sebati. Masukkan esen vanila, mix lagi.
Masukkan telur satu persatu (lepas satu biji telur, mix. Kemudian masukkan satu lagi telur dan mix lagi).

5. Kemudian masukkan campuran tepung dan koko yang sudah diayak berselangseli dengan buttermilk (masukkan tepung, mix. kemudian masukkan buttermilk, mix lagi. masukkan tepung, mix. masuk lagi buttermilk, mix. sampai habis kesemuanya. mix sampai sebati). Ketepikan sebentar.

6. Campurkan 1 sudu teh baking soda dan 1 sudu teh cuka. campuran ini akan menghasilkan bubbles. jadi kena cepat-cepat masukkan dalam adunan dalam mixer tadi. Kacau sebati.
Kemudian terus masukkan dalam loyang @ springform loyang la sebaiknya. Bakar selama 25-30 minit.



7. Bila kek dah masak, sejukkan dalam peti ais selama beberapa jam. supaya senang nak belah. kalau tak sabar kang hancus pulak kek tu nanti.

8. Bahagikan kek kepada 3 atau 4 bahagian. lepastu sapu cream cheese frosting. hias la ikut kreativiti anda. aku memang tak kretip so menjelma lah kek tu menjadi kek yang comot. eheheh. siap hias, sejukkan dalam peti sejuk ye. lepastu boleh la makan. yummeh!

Cara nak buat Cream cheese frosting:

Bahan-bahannya:
250g cream cheese (biasa guna brand Philadelphia. aku guna Tatura sebab tu je yang ada)
30g butter
1 sudu besar perahan lemon
1 sudu besar esen vanila
1 sudu besar susu segar
100g gula icing

Cara membuatnya:

Gunakan electric mixer.
Pukul 250g cream cheese sampai creamy. Masukkan bahan-bahan lain-- butter, perahan lemon, esen vanilla, susu segar dan gula icing. Pukul sampai kembang.

kek ni sedap. tak tipu. sila abaikan rupa kek yang tak comel itu. hehe.

Sekian. Selamat mencuba Kek Baldu Merah :)

*Selamat Ulangtahun yang ke-32 buat enSuami yang comel dan hensem (bodek). ehehe. Semoga dilimpahkan rezeki yang halal. Semoga dirahmati Allah selalu. kami sayang kamu. ecececeh.. maaf la takde hadiah. terima kasih sebab bagi hadiah kat kami pulak. haha. selit gambar ni satuu (^_*)v

nabil over excited macam la birthday dia kan. damia takde mood sebab baru bangun tidur. eheh.

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!