
Apa tu? sebenarnya mood saya untuk memasak datang tiba-tiba.boleh gitu? eh,boleh la kan..sempena birthday enSuami yang ke-30 tahun,saya terfikir nak masak pulut kuning.makan dengan kari daging..hm..sedap kan?
Malam sebelum tu saya dah rendam beras pulut.enSuami kerja.sebelum tengahari saya dah beria-ia turun ke dapur masak pulut kuning.lepas siap masak agaknya mak saya pun tak sangka saya nak menghias pulut kuning sampai jadi begini..

hehe..kreatif tak?dah lama saya tak menunjukkan bakat seni yang ada.yang ni apalah sangat..hehe.
'Fuiyooo..meriah..'kata mak saya.pulut kuning itu akan dimakan bersama kari daging yang kaw-kaw (ehehe..sedap ke?)..dan sambal telur burung puyuh.

sekian.masak-masak untuk enSuami..