Saturday, March 19, 2011

Potty Train III : Nabil hebat..

Lanjutan kisah Potty Train II

Hari ni enSuami cuti.jadi nabil agak maja sikit.semua benda tak boleh buat sendiri.haih.geram.jadi nak dijadikan cerita..2 kali 'banjir' sebab nak pegi kencing kat bilik air kena cari ayah dulu.mula2 dia main basikal tak ingat dunia.masuk rumah ter'banjir' depan pintu.mintak maaf,abin tak sempat nak pegi bilik air,kata nabil.errr..takpe mama bersihkan ye..

lepastu..

tau je la mulut nabil.pot pet pot pet..lepas tu sibuk tanya ayah mana.enSuami pegi senyap2 masuk bilik sebab nak sambung tidur.tengah becok mulut nabil bercakap tetiba 'banjir' saja kat depan tv.haih.ha,masa ni saya tercubit peha nabil.hihi.jahat kan?ye la.kalau ada ayah dia semua benda dia tetiba jadi tak reti.geram tau.lepas tu saya mintak maap ler.ihihi.

lepas2 tu..

dia ok je.pegi bilik air setiap kali nak kencing.bagus.enSuami pegi bandar.pegi kedai handphone.kami tak ikut sebab tak mau proses potty training terganggu.kami pakaikan pampers malam tadi masa keluar ke bandar.hihi.tak berani lagi.baru lagi kan.tidur malam pun masih pakai pampers.esok lusa la baru train.enSuami takde kat rumah elok pulak nabil ke bilik air nak kencing.

baru sekejap tadi dia cakap nak berak.hihi.kasarnya bahasa.ingatkan dia tipu.ye la dua tiga kali pegi tak keluar.last2 pegi tadi dia dah kelam kabut.mama,cepat..cepat..abin nak beyak ni..ihihi.comel.masuk bilik air.terus membuang.pandai.mama,abin berjaya la..kata abin^_^

tahniah muhammad nabil irsyad.misi membuang air besar juga berjaya^_^

**saya tertanya2 la.kenapa sebelum ni nabil tetap nak pakai pampers?tengok ha.baru 2 hari dah terer.sebelum ni saya memang cakap dengan dia hari2 sebelum tidur.masa dia mamai2 nak tidur tu saya bisik2 kat telinga dia..agaknya sebab tu kot.dan sekarang hasilnya?membanggakan ^_^

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Friday, March 18, 2011

Potty Train II : sesi potty training bermula lagi

ini adalah lanjutan kisah potty train I

malam tadi sebelum tidur saya berbual2 dengan nabil.

mama: nabil nak sekolah tak?
nabil: nak.mestilah nak.
mama: kat sekolah kawan2 tak pakai pampers tau.kalau nak sekolah tak boleh pakai pampers.esok abin tak payah pakai pampers lagi eh?
nabil: ok..

saya macam tak confident.cuba tanya2 lagi.

mama: betul eh esok tak payah pakai pampers?
nabil: (diam)
mama: nanti nak sekolah kena ada duit nak beli buku.banyak buku nak kena beli.kalau duit dah buat beli pampers macam mana nak beli buku? (ish,kejam ke ayat tu?huhu)
nabil: (diam lagi)
mama: nanti kalau dah tak pakai pampers, duit tu boleh beli buku abin banyak2 ok?
nabil: ok.esok abin tak pakai pampers eh?

hari ni.lepas mandikan nabil saya cuba tanya dia nak pakai pampers tak?nabil cakap tak payah.hihi^_^
15minit lepas mandi nabil terkencing dalam seluar.

nabil: mama, abin kencing dekat depan la.dekat seluar abin.mintak maaf.
mama: (sabar..hihi.tak boleh marah kan?)ok takpe.nanti mama cuci.

dan sekarang ni pulak.setiap 5 minit dia ke toilet.cakap nak kencing.haih.tapi tengok pandai pulak dia cebok sendiri.pakai seluar sendiri.hm,memang patutnya dah pandai kan?ke sebab dia manja sangat takmau cuba free diapers.hihi..

tahniah muhammad nabil irsyad.hari pertama yang menakjubkan.anak mama hebat kan?


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Tuesday, March 15, 2011

9 bulan!

** hari ini 15 mac 2011.naurah damia dan nabil irsyad semakin membesar.semakin comel.semakin bijak.
** naurah damia dah 9 bulan.
** muhammad nabil irsyad dah 2 tahun 9 bulan.
** sayang anak2 mama ketat2!

~hi,nama saya naurah damia~

~malu2 kucin~

~happy.terlebih happy pulak hari ni.hehe~ 

~bayi ini sudah berusia 9 bulan.hehe.happy 9 months dear~

~abang sayang adik~

~err..abang hulur pipi suruh adik kiss,adik bolayan la pulak.hihi~

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Monday, March 14, 2011

aduhhh..sudah bersawang rupanya..

dah lama tak update blog.malas.alasan.takde idea.alasan lagi.aktiviti hujung minggu sangat penuh.penat.

jumaat 11 mac 2011
ayah mertua kepada kakak ipar saya kembali ke rahmatullah.takziah.semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.al-Fatihah..


sabtu 12 mac 2011
enSuami tak kerja harini.kami lepak2 di pagi hari.pukul 11am bersiap2 nak ke majlis perkahwinan anak mak ngah sebelah suami.kat bandar tenggara.tahniah.kami pakai sedondon biru dan kelabu.sampai sana makan2.lepak2 (malasnya nak rewang.hihi).saya kena jaga damia yang takmau dengan sesiapa.alasan.hehe.lepas pengantin bersanding,kami bersiap2 balik rumah pulak.


sampai rumah kami bersiap2.eh takde la bersiap sangat.pakai baju yang sama lagik.haha.nabil cakap nak main layang2.layang2 dah beli tapi takde tempat luas nak main.kami pergi dataran kluang sebab luas sikit.jom layan gambar.hihi.
~mula2 main basikal dulu~

~ambik gambar jap.nyenyak betul damia tidur.panas pun tak hirau dah~

~kayuh nabil kayuhhh~

~hehe.dah penat.terlepek pulak~

~ok..jom main layang2 pulak~

~excited!~

~yeahh!~

~damia dah bangun.nangis pulak.uwaaa~

~adik ketiga saya dan farah yang preggy 9 bulan.datang join the club.hihi~

~dah tak nangis dah.ayah pujuk.tapi muncung panjang sedepa.hihi~

ahad 13 mac 2011
ohh..harini ada jemputan kahwin lagi.wahh..tak payah masak lagi.hahha.eh tak malas tau.kami sarapan juga kat rumah.mi goreng dan nasik goreng.err..gambar belum transfer.kami pakai sedondon pink.sori.hihi.
sekian.episod malas masak makan nasik minyak ^_^

**update : gambar kami pegi jemputan kahwin sedondon pink.ngee~

~err..pink + putih la kot ek..hehe~

~susahnya nak suruh damia senyum time bergambar..ni pun ayah dia agah baru nak gelak~

isnin 14 mac 2011
err..harini ada appointment dengan cik2 puan2 misi kat klinik.timbang berat kanak2.hihi.enSuami masuk keje lambat la harini.kena jadik suami mithali ye.hantar kami gi klinik dulu.malas pulak saya nak drive sendiri.kang kalut nak melayan kanak2 yang over-active ni.hihi.

saya bangun pagi2 (eleh takla pagi sangat).masak sarapan.mihun goreng dan apam pelangi.wahh..rajin pulak haku masak.huahua.nak timbang kena makan banyak2.sampai klinik pukul 8.45am.tak ramai orang.mula2 timbang damia dulu.dua bulan lepas 6.6kg.tadi timbang dah 7kg.ha,naik la 400gram.lepastu timbang nabil pulak.11.1kg.haih..bila la nak naik banyak2 ni nabil.cukupla naik 200gram.dua bulan lepas 10.9kg.takpela yang penting anak2 mama sihat :)

okeh anak2..nabil dah 2 tahun 9 bulan.damia dah 9 bulan.:) sayang anak mama ketat2.muahhh!
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!