Friday, March 18, 2011

Potty Train II : sesi potty training bermula lagi

ini adalah lanjutan kisah potty train I

malam tadi sebelum tidur saya berbual2 dengan nabil.

mama: nabil nak sekolah tak?
nabil: nak.mestilah nak.
mama: kat sekolah kawan2 tak pakai pampers tau.kalau nak sekolah tak boleh pakai pampers.esok abin tak payah pakai pampers lagi eh?
nabil: ok..

saya macam tak confident.cuba tanya2 lagi.

mama: betul eh esok tak payah pakai pampers?
nabil: (diam)
mama: nanti nak sekolah kena ada duit nak beli buku.banyak buku nak kena beli.kalau duit dah buat beli pampers macam mana nak beli buku? (ish,kejam ke ayat tu?huhu)
nabil: (diam lagi)
mama: nanti kalau dah tak pakai pampers, duit tu boleh beli buku abin banyak2 ok?
nabil: ok.esok abin tak pakai pampers eh?

hari ni.lepas mandikan nabil saya cuba tanya dia nak pakai pampers tak?nabil cakap tak payah.hihi^_^
15minit lepas mandi nabil terkencing dalam seluar.

nabil: mama, abin kencing dekat depan la.dekat seluar abin.mintak maaf.
mama: (sabar..hihi.tak boleh marah kan?)ok takpe.nanti mama cuci.

dan sekarang ni pulak.setiap 5 minit dia ke toilet.cakap nak kencing.haih.tapi tengok pandai pulak dia cebok sendiri.pakai seluar sendiri.hm,memang patutnya dah pandai kan?ke sebab dia manja sangat takmau cuba free diapers.hihi..

tahniah muhammad nabil irsyad.hari pertama yang menakjubkan.anak mama hebat kan?


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

3 comments:

syawalsimpsons said...

baguih....abg abin dah boleh g school

Ila said...

tahniah nabil...jimat sduit pampers....

aNiM said...

mak lang: baguih kan?abin ckp abin kan dah besar.tp nabil karaoke kat dataran.lagu baik2 sayang.cewah,bangga dapat nyanyi depan org ramai.hihi

ila: betul.lepasni beli pampers adik dia je la^_^