Saturday, August 13, 2011

Bulan Ogos yang istimewa

Harini dah masuk hari ketigabelas dalam bulan Ogos. juga puasa ketigabelas dalam bulan Ramadhan yang penuh berkat.

Mood nak berblogging di bulan puasa sangat merudum. adakah ini juga bermakna puasa berblogging? siapa yang rajin update blog? sila bagi tips ;D

hari ketiga bulan Ogos. iaitu 3 Ogos 2011 adalah hari lahir Bapak saya yang disayangi. semoga Bapak sihat sejahtera dan diberi kesihatan serta kekuatan untuk menjalani ibadah kepada-Nya.

hari kesebelas bulan Ogos. iaitu 11 Ogos 2011 adalah hari lahir adik ke-empat saya yang juga kami sayang, Pery. juga hari lahir makcik saya yang sangat berjasa kepada saya iaitu Cik Be. saya takkan lupa jasa beliau sehingga akhir hayat saya. insya Allah..

hari kesebelas ini juga saya dapat sepupu baru. makcik saya yang bongsu iaitu adik mak saya telah selamat melahirkan bayi perempuan. tahniah maksu. ramai pulak yang sambut birthday harini kan?

hari keduabelas bulan Ogos ialah hari lahir adik ipar saya Iwan yang dah bakal kahwin tahun depan.

23 Ogos 2011 adalah hari bersejarah buat kami sebab kami sambut Ulangtahun perkahwinan yang ke-4. Alhamdulillah..semoga perkahwinan kami kekal dan bahagia hingga ke akhir hayat dengan kehadiran putera dan puteri penyejuk hati :)

SELAMAT HARI LAHIR juga kepada semua yang sambut Ulangtahun Perkahwinan dan kelahiran di bulan ini.

Sebenarnya..saya sungguh tak larat. Nabil demam. sekejap-sekejap baring lepastu suruh saya urut kepala dia. sakit kepala katanya. kesian kan? kecik-kecik dah sakit kepala. damia pulak asyik kacau abang dia je. dengki tengok nabil terbaring tak larat. saya tanya Nabil, demam ni nak pandai apa pulak. nabil jawab 'abin nak pandai fikir resepi la..nanti nak masak-masak dengan mama..' (aik?)
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

9 comments:

fieda said...

abin demam ker...siannya...
haaaaa......dia ckp demam sb nk pandai pikir resepi...?biar btul anak teruna anim srg ni..ni dh nmpk dh ni bakal2 seorang chef..

fieda said...

anim..kak fieda skrg ni mood ok plk..
tgh x busy lagi ni ok la..mggu dpn start la busy nk buat kue raya..hehe..nak rasmikan oven baru ni...x sabo..

mrs redzuan said...

alahai abin..abin....bagusla pandai masak macam mama yek...=)

aNiM said...

@fieda: tu la kak fieda. saya tak terfikir pulak dia nak bagi jawapan tu.ish..ish..ish..ni ayah dia ada lega sikit. masa malam pertama demam tu sedih betul. ngadap sorang2..

bestnya dapat oven baru. selamat membaking kak. saya beli je kak. yang penting tat gulung kena ada :)

@mrs redzuan: senang la kalau dia betul2 pandai masak nanti. silap2 aku yang mengembang nanti ;P

syawalsimpsons said...

akak...abin nak pandai nak g school kot...kikikiki...damia kan mmg pantang tengok abg dier senang..tu la damia..kikikikiki...nntkan kami raya ke-tiga ye...

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam anim..K.atie pon dah slow join GA?contest nie..tgk lapang la.Dh nk mula buat sekut ke?K.atie pon plan nk buat sekut gak..tp anak dara k.atie suh tggu dia blk bercuti br buat sekut raya..hadoiiii..

aNiM said...

@syawalsimpsons: abin memang hari2 cakap nak pegi sekolah. tapi dia suruh mama dia ikut sekali. takut sekolah runtuh macam kat video klip maher zain tu..ape daa..

@ ♥♥azatiesayang ♥♥: saya tak buat biskut pun kak. hehe. tunjuk je kat kedai. kak atie buat ke? rajinnya anak dara kak atie :) saya macam2 versi tat gulung ada. beli dengan lain2 orang.hehehe

anismelon said...

salam..ade join contest "anis kami nak duit raya" kan..anis nak alamat and nama penuh..nak bg kad raya..

email kan..anis_melon89@yahoo.com

dah email nanti inform anis kat blog erk..tq..:)

aNiM said...

@anismelon: ok dear. saya dah email. bestnya dah lama tak dapat kad raya :)