Saturday, June 25, 2011

Jom guling-guling hindustan

Hari sabtu ada cerita apa ye yang best?
Biasanya tv3 ada cerita Hindustan. nabil boleh layan pulak. harini ada Dil To Pagal Hai. saya tengok dulu tak pernah khatam. lama sangat. malas nak tunggu. 3 jam weh. lama tuuu..

tadi nabil main lari-lari kat laman rumah. tengah gelak-gelak boleh melalak pulak. meraung setaman boleh dengar. hadoi. saya tanya kenapa, dia cakap takde papae. haha. takut kena marah la tu. saya terus check lutut dia. rupanya dia terjatuh. ada la parut sikit. ape daa.. ingat kan besar sangat la luka tu. tu pun jadi gaduh. tak diam-diam. nangis je.

saya terus je sapu ubat. kalau ikutkan dia, memang taknak la sapu pape. bila fikir balik, dulu saya pun macam tu.hahaha. tak tahan sakit. kena gigit tebuan sikit dah meraung sekampung. adoila. ade juga yang mengikut perangai tak molek mama mu ni nak..

ni boleh pulak layan Hindustan. duduk depan tv diam-diam. lepastu agak-agak pelakon tengah guling-guling rancak sikit, dia dah lupa diri. menari sekali. hilang sakit tetiba. ape daa..


sekian. mari menonton sama-sama.hihi

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

10 comments:

nanakimie said...

lama dah xlyn industan..nk join nabil lah:)

aNiM said...

jom.
sanggup tahan mata ni tak tido.hihi

tiefazatie said...

alahai..cian nabil kak..xbw g klinik ke?

aNiM said...

eleh, sikit je tu. meraung je lebih.hihi.budak lelaki kena kuat.hahaha.mama dia boleh jadik misi kat rumah.jangan risau.ngee~

nanakimie said...

nana ambek pic nabil sis:)jom jengok blog nana,hehe

bunga said...

rasa nak menari gak..ahaa

mrs redzuan said...

aku tengok chori2 chupke2..astro zeel. ngehehe..hindustan dulu2 sedapla. skrg punye tak best kot...

aNiM said...

@nanakimie: tq dear.really appreciate that.terharu sangat2.huhu.

@bunga: lets dance together.weee~

@mrs redzuan: chori2 chupke2?best kan?preity zinta eh?hihi.aah kan..hindustan dolu2 boleh layan.sekarang tah pape je.hueh~

nanakimie said...

Sis nana da email:) tq..hehe

aNiM said...

ok nana.tq ^_^