28 Jun 2010 tamatla tempoh 44 hari saya berpantang.lepas tu saya akan melepak pula kat rumah mertua untuk beberapa hari..barulah balik ke rumah sendiri.
Seksanya nak menyudahkan tempoh berpantang ni..hehe.maklumla, saya bersalin masa musim buah-buahan.siapa yang tak terliur tengok orang makan durian, rambutan, manggis..huhu.sabar je la.sebenarnya masa berpantang ni la makanan yang dalam kategori biasa-biasa pun saya nampak sedap.hahaha..
Sekian dulu ye.damia memanggil-manggil pulak.huhu.
Saturday, July 24, 2010
Thursday, July 22, 2010
Alhamdulillah..
15 jun 2010 Saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada jam 3.07am.
Sebenarnya saya berangan sangat dapatla anak kedua ni lahir sama tarikh dengan anak sulung saya (11 jun 2008) tapi takpe la.yang penting selamat..saya sangat-sangat bersyukur sebab dapat bersalin secara normal walaupun agak lama saya kat dalam labour room.maklum la ini pengalaman pertama saya bersalin normal.anak sulung saya (Muhammad Nabil Irsyad bin Marzarudin) dilahirkan secara pembedahan sebab saya ada masalah placenta previa (uri bawah).
Hm..ngeri bila diingat semula.saya selalu ditakut-takutkan sebab umur nabil baru mencecah 2 tahun semasa anak kedua dilahirkan.tapi saya nekad nak mencuba bersalin normal.Alhamdulilah..Allah izinkan saya bersalin normal.
Kami namakan anak kedua kami dengan nama Naurah Damia binti Marzarudin.
Sekian. (oh sungguh skema ayat-ayat saya kan.maklumla dah lama saya tak menulis.saya baru nak berjinak-jinak semula menulis blog, blog yang lama saya sudah lupa..hahaha)
Labels:
Buah Hati Pengarang Jantung,
Damia
Subscribe to:
Posts (Atom)