Wednesday, June 19, 2013

Abang tak suka jerebu :'(

Nabil: Mama, kenapa ada bau asap?
Mama: Kan mama dah cakap tadi. Jerebu. jangan keluar. bahaya. nanti sakit.

* * * * * * *
Nabil: Mama, apa kata kita suruh orang tutup je semua kilang. takde la asap banyak-banyak macam ni. bahaya kan untuk kanak-kanak?
Mama: Tak boleh la nak suruh orang tutup kilang. Memang tu salah satu sebab. tapi yang ni sebab ada kebakaran hutan kat Indonesia.
Nabil: Indonesia kat mana? dekat eh?
Mama: (Ah sudah aku kena tunjuk peta pulak)
Nabil: Mama, mama pegi la Indonesia. tolong padam api tu. abang tak selesa la asap macam ni.
Mama: Woi ingat indonesia tu dok sebelah rumah? Hahaha.

* * * * * * *
Nabil: Mama, kalau kita doa, Allah hilangkan tak jerebu ni?
Mama: In Shaa Allah.. abang doa la.
Nabil: Jom la kita doa sama-sama.
Mama: ok. jom doa..

(Doa sambil sebak-sebak gitu. haih. sedih mama mendengarnya nak oiii)

* * * * * * *
Nabil: Mama, jom la kita naik roket lepastu kita pegi dunia lain. mesti selamat. takde jerebu.
Mama: Dunia mana bang? Bumi ni je selamat untuk manusia. Planet lain mana ada manusia..
Nabil: Habistu siapa tinggal kat situ? Alien?

HAHAHAHA. pengaruh cerita Superman ke hape ni??

* * * * * * *
Nabil: Mama, jom doa lagi. esok pun doa lagi. sampai jerebu hilang.
Mama: Doa la abang. tak semestinya masa jerebu je abang kena doa. bila-bila pun abang boleh doa.

..................................................................................................................................................................
Macam masalah negara tak? Kusut betul muka dia harini sebab fikir masalah jerebu yang sangat tak menyihatkan ni.

Pening wooo nak jawab. Nabil dah 2 hari demam. memula damia demam. lepastu damia dah baik, dia pulak take turn. eheh.

Dah tu soalan-soalan yang dia tanya makin power. seram aihhh..

Semalam punya cerita pulak >>

I) Masa tengok tv3. Cerita: Teduhan Kasih.

Nabil: Mama, kan dulu mama cakap mama kawen dengan ayah baru dapat baby kan? Kenapa Mama Adam dengan Encik Ehsan dah ada baby baru nak kawen?
Mama: Adam tu bukan anak Encik Ehsan. dia anak Iffa dengan Rizal yang tak berapa baik tu. lepastu Iffa dengan Rizal berpisah. Iffa kawen dengan Encik Ehsan. paham?
Nabil: Habistu Encik Ehsan cakap Adam tu anak dia?
Mama: Dia dah anggap Adam tu anak dia. sebab tu dia kata Adam tu anak dia. ok? (Puhh..puhh..jangan la tanya soklan maut lagi)
Nabil: ok. (tapi muka macam tak puas ati je. hahaha)

II) Masa tengok tv3. Cerita: Kisah Cinta.

Nabil: Mama, cerai tu apa?
Mama: (Alamak tanya pasal cerai la pulakkkk) Cerai tu bla..bla..bla.. (aku cerita balik pasal kes Iffa dengan Rizal tu. adoilaaa..)

III) Masa makan kat KFC. order Chicky Meal. dapat mainan ni...


Nabil: Mama, kenapa superman ni tak pakai spender kat luar. selalu abang tengok kartun superman dia pakai spender kat luar?
Mama: Superman yang ni pemalu. dia pakai spender kat dalam -.-
Nabil: Oh yang kartun tu tak malu la eh?
Mama: Agaknya la.. (HAHAHAHA. kenapa la masa tengok wayang cerita Superman haritu tak tanya ponggg??)



Sekian.

*Mama pun tak suka jerebu. Tapi mama suka abang tanya mama macam-macam. hahaha.

#Moral of the story: kena sedia menjawab soklan bertubi-tubi dan sila sediakan jawapan bernas yang masuk akal. Juga TIDAK menggunakan bahasa 'kasar' dan mencarut. sebab lepastu anak pintar ni akan cuba bagi soklan kat adik dia. lepastu bagitau balik apa jawapan mama dia. Hhohoho :P

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!