Thursday, July 21, 2011

suka.duka.benci

suka.
1) damia dah sihat. dah makin ceria. mulut makin becok :)
2) masak special harini. sebab mood nak masak sudah mari ;D
3) damia dah selera nak makan. weee~

duka
1) nabil pulak demam. selsema. batuk. arghhh! nightmare! kenapa la ambik alih demam damia tu yang oii..
2) nabil taknak makan. nabil cakap saya masak tak sedap harini. sebab dia cakap dia batuk. huwaaa..
3) bawak nabil pegi klinik. on the way balik, saya jadi tak tentu arah masa drive sebab damia mengamuk. nangis macam kena histeria. adoila. tak penah macam ni. selalu ngantuk dia boleh je tido sendiri.

benci
1) bila tiba masa nak kena bagi nabil makan ubat. saya jadi macam orang gila. terjerit-jerit suruh nabil makan ubat sebab dia taknak makan ubat. cara terakhir, saya buat-buat merajuk. masuk dalam bilik lepastu kunci pintu (adoi janganla lepasni anak-anak tiru pulak episod mengada-ngada mama ni.huhu). nabil jerit panggil saya, suruh keluar dan janji nak makan ubat. haha. settle.
2) saya tak suka bila anak jatuh sakit. sangat tak tenteram. sangat risau. sangat sedih. sebab saya akan emo lebih sikit. silap-silap anak nangis - mama pun nangis sama.
3) saya masak apa pun nabil taknak makan. harini saya masak macam-macam lauk feveret nabil. tapi? saya yang kena habiskan semua. sebab nabil takde selera nak makan. last-last tadi pegi pasar malam, beli soto. baru nabil nak makan. kesimpulannya: mama makin 'sihat', anak macam tak cukup zat. huwaaa..

* tadi singgah pasaraya Econsave. hiburkan hati anak-anak. nabil nak ikan keli - oke, mama beli 2 ekor yang besar punya. nabil nak air soya - oke, mama beli 6 kotak, nanti minum banyak-banyak ye. nabil nak PappaRoti - oke, mama beli dua, nanti habiskan tau. sampai rumah, eh ada pasar malam pulak. nabil nak soto - mama beli 1. nabil share dengan adik ye? nabil nak belon - ok. beli belon spongebob RM3, lepastu nabil janji nak makan ubat. okey..set!

p/s: kenapa la lembut pulak hati saya harini kan? anak nak itu ini saya ikutkan je. saya siap terlepas pasar malam tu, siap patah balik sebab nabil dah mencebik nak pegi jugak. huhu. korang macam ni tak bila anak tak sihat?

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Tuesday, July 19, 2011

Damia Oh Damia

Jumaat 15 Julai 2011.
Naurah Damia genap 13 bulan. iaitu 1 tahun 1 bulan.
petang tu Damia demam. bagi la ubat demam kan.
ingatkan ok la lepas tu. eh tak baik-baik pulak. sabtu saya outing dengan adik ke-enam sebab dia nak cari kasut baru untuk kuliah nanti. enSuami pulak sibuk dengan projek baru beliau. Berbudi pada bumi, berbakti pada tanah katanya. jadi saya pergi dengan anak-anak je la.

hati tergerak nak bawak baju damia lebih sikit. kenapa ye? rupanya damia berak-berak pulak. setiap tempat yang kami pergi, setiap kali tu juga dia berak. cirit-birit? damia makan apa je ye? saya rasa takde la makan apa sangat pun. damia agak choosy sekarang ni. tu taknak ni taknak.

lepas siap shopping bagai, kami balik rumah mak. enSuami dah call je. haha. kami keluar tak ingat nak balik kot. mintak tolong mak urut damia. kesian damia dah lembik je. tak de mood.

malam tu kami bawak damia pegi klinik. dapatla ubat demam, kembung, antibiotik, cirit-birit, vitamin dan serbuk garam ke hape tah untuk bancuh dengan air. susahnya nak bagi ubat. damia pulak jadi fobia dengan mama dia. sebab mama jahat paksa makan ubat. hehe.

ahad pun enSuami pegi jenguk kebun lagi, kami duduk diam-diam kat rumah. damia masih macam tu. baring sana. baring sini. tak larat. makan apa pun taknak. sedih. selalu tengok dia aktif je. lepas maghrib kami balik ke rumah. malam tu damia tak boleh tidur. sakit perut agaknya. pukul 3 pagi berak. pukul 6 pagi pun berak lagi. risau sangat.

isnin pagi enSuami pergi kerja. damia muntah pulak. banyak gile. sedihnya. enSuami suruh saya bawak damia pegi hospital. saya takut nak bawak pegi hospital. kena tahan kat wad kang haru je. ye la, badan dia pun dah lembik sangat. saya mesej kak fieda tanya pasal ni. kak fieda suggest suruh bawak gi hospital. saya seram sejuk dah. belum pegi hospital dah sedih. jadi mama memang macam ni ek. saya dah melalak je kat rumah sebab tengok damia dah tak bermaya macam tu. call mak. mak cakap nak datang. Hm, saya baru beranak dua dah kelam-kabut kan?

bapak saya datang hantar mak ke rumah saya. mak tenang je. gaknya dah tengok saya macam makcik gila tak siuman kot. hehe. dah la tak tidur. bapak saya belikan 2 biji kelapa. mak suruh bagi damia air kelapa. tapi kami paksa la sebab dia taknak minum. petang tu damia dah ok. nak makan sikit-sikit. lepastu dah 'bersuara' balik. dah mula panjat sana sini. lega sangat.

kalut-kalut macam tu pun sempat tengok Marimar episod akhir. Hepi ending. siapa tengok? sangat puas hati sebab si jahat Angelica kena makan dek buaya yang banyak. weee~

malam tu hantar mak balik kampung sebab mak cakap damia dah ok. hm, macam mana la kan. nasib baik mak ada. saya rasa bila ada masalah, bila cerita kat mak ke..bila mak ada ke..rasa macam semua masalah hilang. terima kasih mak. huhu *sebak.

agaknya damia ikut jejak saya kot. saya susah nak sakit. tapi bila demam atau sakit memang teruk. susah nak baik.

Damia..
cepat sihat dik..
takmau sakit-sakit lagi tau.
mama, abang dan ayah sayang damia sangat-sangat.








~damia dah susut sikit. lain pulak muka dia~

~abang nabil ikut pegi klinik, sibuk bawak jcb sebab nak tunjuk kat doktor.hueh~

p/s: semua cakap damia demam nak dapat 'upah'. agaknya damia nak pandai apa ye? yang saya perasan, lepas baik demam ni, dia rajin nak belajar cakap. makin banyak cakap. bila abang dia nyanyi, dia pun nyanyi sama. bila kami ajar dia sebut apa-apa dia akan cuba sebut. tanpa jemu :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Sunday, July 17, 2011

Header baru yeah..terima kasih Fiza :)

nampak tak header baru saya kat atas tu? hehe. cun kan?
saya menang tempat kedua Giveaway 1K yang dianjurkan oleh http://www.azhafizah.com. terima kasih sangat-sangat sebab sudi pilih saya sebagai salah seorang pemenang :) saya join Giveaway ni kat Blog CGL saya tu :)


hadiahnya adalah..



yang ni header lama. adik ke-enam saya yang tolong buat. saya memang tak berseni la kalau nak buat sendiri. hehe.


ok. yang bawah ni pulak header baru. yang di-designkan oleh penganjur Giveaway 1K. terima kasih Fiza :)



dan juga watermark untuk kedua-dua blog :) weee~


hadiah dah selamat sampai. cun dress tu. tapi saya hadiahkan pula kat adik ke-enam saya sebab dia dapat futher study. konon-konon hadiah pembakar semangat la kot. hihi. hm, gambar belum upload. saya pinjam dulu la gambar ni dari www.stuffy2u.com.




dan dapat juga 2 keping DVD-R.
Nak kenal lebih lanjut dengan penganjur Giveaway 1K ini? Kalau nak belajar bahasa jepun pun boleh belajar dengan Fiza :)


jom KLIK SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!