Showing posts with label Raya 2011. Show all posts
Showing posts with label Raya 2011. Show all posts

Friday, August 26, 2011

Perang balik kampung

Raya rumah siapa dulu?
Rumah mak bapak sendiri?
Rumah mertua?
Raya mana dulupun tak kisah kot. yang penting anak-anak gembira. semua gembira.
Nasib baik sebelum kahwin kami dah sign agreement (tipu). kalau tak agaknya perang balik kampung juga kot. haha. tambah lagi kami sekampung. lagi la susah.

tahun pertama kahwin, kami raya kat kampung enSuami kat Penang (kampung abah-in-law). masa tu belum ada anak lagi. tapi enSuami dah start mabuk darat. kehkehkeh. cara kami kalau tahun tu turn beraya sebelah enSuami, jadi first day puasa mesti kat rumah mak saya. dan raya AidilAdha juga kat rumah mak saya dulu. heh adil kan? setakat ni dah nak masuk 5 kali beraya bersama. Alhamdulillah..takde masalah. tapi kekadang enSuami buat-buat lupa (nak mengelat la tu). saya pun selalu kira betul-betul. kalau 2 hari kat rumah MIL, kena 2 hari jugak kat rumah mak saya. kahkah. tapi saya taklah kejam sampai nak kira jam ke minit ke okeyyy..

tahun ni turn enSuami. tapi kami tak beraya kat Penang lagi dah. sebab tahun lepas Tok Nun kembali ke rahmatullah..jadi takde sesiapa kat rumah tu dah..jadi kami beraya kat Kota Tinggi (nenek sebelah MIL). maknanya, kami akan terus beraya kat Johor la kot sampai tua.

tak kira la kat mana pun kita beraya..dengan cara apa pun kita beraya..yang penting semua happy. semua baik-baik saja. semua selamat. insya Allah..

oh, raya ni mesti tak sempat nak berblogging. belum raya pun dah malas nak update. selamat bercuti raya. yeayy!

p/s: korang ada masalah tak pasal turn balik kampung ni? harap-harap takde yang bermasam muka la ye ^_^


SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI KEPADA SEMUA :)
sELAMAT MENYAMBUT MERDEKA JUGA ;)
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Tuesday, August 2, 2011

Baju raya dah basi. atik..atik..

salam Ramadhan semua..
baju raya saya dah siap lama dah. dah cuci. dah simpan dalam gerobok. ngee.
ahad lepas mak saya tunjukkan baju nabil dan damia yang dah siap. comelnyeeee..
nabil dan damia terus pakai. melaram weh. taknak bukak. nabil siap ikut bapak saya ke pasaraya dengan baju raya tu. damia pulak asyik cakap "atik.." (cantik). hehe. geram tau!

jom layan gambar kanak-kanak melaram baju raya. haih. dah basi la kan. dah tunjuk dulu kat u ols. takpe la. layaann..macam yang saya pernah cerita kat entri ini, baju raya nabil, damia dan enSuami mak saya yang tolong jahitkan. enSuami takmau beli sebab tak kena dengan selera. hehe.

baju damia yang tak cukup kain tu jadi macam ni la. tangan dan kain warna lain. cantik pulak. hehe.

~model cilik baju kurung dan baju melayu~

~seriusnya damia..berkerut ha~

~excited~

~hensem boy control macho. ihiks~

~damia sangat suka pakai baju kurung pulak. tadi dah basuh, dia jumpa baju ni lagi, dia pakai lagi. atik..atik..ape daa~

~naurah damia yang ayu. ahaks~

ok. selamat berpuasa. baju raya sudah dipakai hari pertama puasa lagi. hehe. lepasni kena sorok sebab kanak-kanak dua orang ni pantang nampak baju kurung dan baju melayu diorang. siapla..nak pakai je. adess..


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Sunday, July 10, 2011

Belum puasa dah sibuk fikir raya??

Baju raya saya dah siap. minggu lepas. harap maklum. haha. tapi alangkah keciwanya sebab saya cuma beli kain tu lebih setengah meter je. tak dapat buat baju damia. sedih kan? padan muka siapa suruh kedekut. perasan badan saiz S ke??? ku harapkan sedondon tapi tak kesampaian. dapat buat baju je. tapi tanpa tangan la.

nabil memang wajibla sedondon dengan ayah dia kan. mak saya yang jahitkan. agak-agak ada lebih tak kain tu ye? boleh buat baju damia sekali. huwaaa..

petang tadi kami ke Nagoya kat Batu Pahat. penuh harapan la pegi kedai tu balik nak cari kain yang sama dengan baju saya kan. tapi yilek! dah habis. saya beli juga corak dan warna seakan-akan baju saya. tapi tetap tak puas hati la kan. oh keciwa lagi.

kami pun nak beli kain langsir sebab tak cukup masa beli dulu. hambik kau. dah habis juga! mana pergi warna yang seakan sama? semua takde. semua orang beraya dengan tema langsir warna tu ke? adehh..tu la..lain kali nak beli tu ukur dulu la tingkap tu semua. ni tak, main agak-agak je. last-last kami beli la corak bunga-bunga pilihan hati enSuami. layan. harap-harap cantik la nanti.

sebenarnya sejak pindah sini Julai 2009 dulu, kami tak pernah tukar langsir. haha. teruk betul. ni la first time beli sendiri langsir sebab langsir dulu mak mertua yang belikan. haih.

balik Kluang singgah makan. wah, semua macam kebuluran. siap mintak nasi tambah. haha. enSuami order tomyam. beliau cakap dah lama gile tak makan tomyam. alamak, teruknya isterimu ini. huhu. maaf ye kanda, dinda tak sengaja. hari-hari masak ikut menu kanak-kanak je. hihi. damia dan nabil pun makan banyak. hm, sesekali nak kena makan kat luar kot. kat rumah mama masak apa semua tak laku dah. ke lepas ni masak ikut menu kedai pulak? adehh..

alahai..kenapa rasa tak best ni ye? sedih ni. kenapa boleh habis pulak kain tu kan. huwaaaa..
eh, bulan Ramadhan belum menjelma. ko dah sibuk-sibuk nak raya sangat ni pehal??
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!