Cuti-cuti di Langkawi berjalan seperti yang dirancang.Alhamdulillah.selamat pergi dan balik.kami bertolak dari Kluang jam 7.50pm hari Isnin 6hb Disember 2010.Singgah Putrajaya dan terus berkonvoi dengan Akob and family.Sampai Kuala Kedah jam 6.30am kami terus beli tiket feri ke Langkawi jam 7.15am.
Day 1 : 7.12.2010
kami sampai di jeti Langkawi jam 9 lebih.masing-masing muka tak semenggah sebab tak mandi.haha.kami cari port untuk sarapan.sebab kami cuma boleh check-in jam 12 tengahari.hah?lama lagi seyyyyy!!!
Kak Long and family dah nak berangkat balik.kami jumpa kat jeti je.Aliyah anak kak long nangis nak ikut kami.wahh..Innova dah jadi macam tin sardin ni..hahhaha.kami dah letih menunggu.terus check-in tapi kena tunggu sebab bilik tu baru nak dihousekeeping.room #408.uwaaa..aktiviti hari pertama adalah menghilangkan sengal di badan.malam baru kami keluar.pegi shopping mall.sambar sepasang baju untuk nabil dan damia.lepas tu kami jalan-jalan cari makan.balik bilik tidoooo..
Day 2 : 8.12.2010
Bangun pagi-pagi cari sarapan.siap-siap.pegi Makam Mahsuri.kami ambil gambar.tempah t-shirt dan pinggan.gambar kami sefamily.beli minyak gamat.beli krim gamat.beli bedak sejuk.jalan-jalan cari makan.
lepastu kami pegi mangrove.naik speedboat..
eagle feeding (sebenarnya tengok je.takboleh bagi makan)..
gua buaya (kot..hehe) dan gua kelawar..
tgk mimi si ikan pari..dan ikan-ikan lain..
sebelum balik kami singgah Pantai Cenang.makan laksa.yummy!minum cendol.malamnya kami buat BBQ kat #408.illegally.huehue.
Day 3 : 9.12.2010
sarapan.nasi kuning.bersiap-siap untuk next activity.aktiviti kecut perut.hehe.kami naik cable car.ha..rasa macam nak gugur jantung tawww..nabil dan damia la yang paling cool sekali.hahaha.cukupla sekali.saya takmau naik lagi..huhu.fobia seh!
pukul 3pm baru nak makan.semua dah letih.muka memasing kelat je.jadi kami lalu je kat Telaga Tujuh.tak singgah pun.kami terus pegi Beras Terbakar.shopping souvenir untuk sedara mara yang jauh di mata dekat di hati.lepas tu baru tengok tapak kawasan beras terbakar.eh?mana dia?ooooo..dalam pinggan rupanya.huhuhu..
aktiviti di malam hari adalah mencuci mata sambil bershopping kat uptown selepas makan.huehue.
Day 4 : 10.12.2010
hujan di pagi hari.hukhuk.kami jalan-jalan cari coklat.sebelum tu kami pegi makam mahsuri sekejap.cari barang-barang yang tak cukup.heheh.kami borong coklat sampai kena beli 1 beg untuk isi coklat saje.huhu.oh,hari ni adalah hari jumaat.jadi kami bergegas balik sebab encik-encik yang bernama suami nak ke masjid.kaum wanita duduk kat rumah diam-diam ye.
petangnya kami bersiap-siap ke rumah pakcik kepada biras saya puan suraya.juga merangkap pemandu pelancong kami.tapi pemandu innova iaitu kenderaan rasmi kami ialah suami beliau (adik ipar saya) encik mohd yaakob.hehehe.
kami singgah kat Pantai Cenang sekali lagi sebab abah nak makan laksa lagi..
aktiviti di malam hari adalah mencari kasut baru untuk saya.hehe.sebab kasut saya sudah uzur minta diganti.sebenarnya saya nak beli sebelum ke langkawi tapi tak sempat.lepas beli kasut kami merambu kat uptown sekejap.oh lupa,aktiviti kami tak disertai oleh mak dan abah sebab mak dan abah nak berehat saje sambil packing barang sebab esok pagi dah nak balik ke Johor.
Day 5 : 11.12.2010
bangun pagi-pagi.kemas-kemas.siap-siap.check-out pukul 8.30am.beli tiket feri jam 9.30am.sebelum naik feri kami isi perut dulu.mak aihhh..banyak betul barang kami.sebelum pegi kami cuma sewa 1 troli.balik ni kami sewa 3 troli.huhu.sampai Putrajaya kami terpaksa tinggalkan stroller damia dan baby seat nabil kat rumah encik akob.huehue.
sampai rumah terus pengsan.huhu.penat yang amat.
sebenarnya banyak tempat kami tak sempat pegi.especially Dataran Helang.hm..takpela.next time kalau ada rezeki kami sampai lagi.
Sekian.cuti-cuti Malaysia 2010.