Thursday, May 19, 2011

aktiviti hujung minggu part 2

ini adalah sambungan entri aktiviti hujung minggu part 1.

ahad lepas kami ada aktiviti bersama keluarga lagi.bangun lambat.hihi.pukul 2 petang kami pegi Kluang Parade sebab encik akob suami puan suraya nak belanja main bowling.err..saya adalah jaguh main bowling.haha.tipu.ratu longkang ada laa.adooooiii..

jom layan gambar sampai muntah!

sampai je kami pegi kfc dulu.nabil nak makan pulak.sebelum keluar mama suruh makan kata dah kenyang.saje la tuu..

~nabil makan nasi ayam.damia makan nuget~

~bergambar dulu.itu yang wajib.hihi~

~err..semua nampak 'belakang' je yek?nak main bowling.jadi wajibla jangan pandang belakang kan?si baju belang merah putih iaitu encik akob yang belanja.yeahh!~

~nabil paling excited.paling semangat nak main.siap bodek tokwan dia.bila tokwan baling je, dia jerit 'terrrbaaeekkkk!! haha~

~damia pulak tak boleh duduk diam.adoii..nak lepas je kang ada bayi masuk lorong kang~

~kami pegi Kluang Mall pulak lepas tu.singgah kedai.beli kasut comel kaler pink untuk damia.nak warna putih design lain takde saiz pulak.tibai je yang ni.hihi.happy sangat dapat kasut.ini adalah kasut pertama damia.hoorrraaayyy!!~

~makan kat pizza hut.kali ni puan suraya aka mak lang nabil dan damia pulak belanja.wahh.terima kasih.semoga bertambah la rezeki u ols ye~

~makan sampai licin.hihi.lepas makan kami main kereta langgar-langgar.best! sebab main ramai-ramai.lepastu balik rumah.sampai rumah, damia dan nabil tidur.kepenatan~

*terima kasih sue & akob sebab jadi penaja aktiviti di hujung minggu.kekeke~

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Wednesday, May 18, 2011

aktiviti hujung minggu part 1

sabtu lepas kami ikut enSuami pergi kerja kat Kota Tinggi.kami lepak kat rumah atok sebelah enSuami, Tokyah.jom layan gambar (^_^)v

enSuami ajak nabil memancing udang.ada la setengah jam.lepas tu saya panggil balik rumah.haha.enSuami sambung balik pergi kerja.beliau takut anak bujang nan seorang ni kebosanan.jadi beliau curi masa sikit bawak anak pergi memancing.boleh gitu?

dapat udang seekor.sampai rumah excited gile cerita.haha.terus goreng.lepas balun sorang-sorang, nabil ajak ayah dia pegi pancing udang lagi.hahaha.


lepas lunch, kami ikut enSuami pergi office.lepak-lepak sekejap.ambik gambar kanak-kanak.lepastu damia dah risau sebab dia tak boleh lepas bebas main kat bawah.jadi kami pergi ke rumah makcik sebelah enSuami, Cik Ina.


 kami balik ke rumah selepas enSuami siapkan kerja.adoi.penat jadi penunggu.kami bertolak pukul 6 .30 petang.fuhh.kami singgah karnival kat Bandar Tenggara.ada kuda! bayar RM5, nabil dapat naik kuda 3 pusingan.mula-mula muka cuak.lepastu ok :)

kami jalan-jalan kat karnival dengan FIL.abah,mak,dhiah, akob, mak lang sue dan syawal yafiq yang hensem :)

 kami singgah rumah abah.lepak-lepak sampai pukul 11 malam, terus balik rumah.fuhh! penat yang amat!


sekian.sampai rumah terus pengsan (^_^)v

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Monday, May 16, 2011

nabil dah 2 tahun 11 bulan.damia dah 11 bulan.cepat sungguh masa berlalu~


~muhammad nabil irsyad~

* minat upin ipin sudah beralih kepada BoBoiBoy pulak.adehh..mama dah tak de chance nak menonton tivi.
* makin banyak keluar ayat-ayat yang tak disangka-sangka.sungguh pedih menusuk kalbu.huhu
* dah pandai baca doa makan, doa nak tidur, doa bangun tidur, doa nak mandi dan doa naik kenderaan..terbaiikkk :)
* dah pandai berdikari.ececeh.teman adik main.pujuk adik kalau adik sedih.jaga adik..


~naurah damia~

* gigi yang dulunya cuma 2 batang kat bawah.tetiba mau tumbuh serentak 4 batang kat atas.sekali lagi tengok sudah 5 batang kat atas.ish..tak sabar-sabar.tapi sungguh tak cantik la bila semua berebut nak keluar.ada pendek, ada panjang sikit.macam rongak pun ada.kakaka~


* tengah gigih menapak.sekali menapak dapat la dua tiga langkah.abang nabil rajin ajak damia bertatih.tu yang semangat sangat. tapi macam berat je kaki tu nak melangkah.haha.
* dah pandai berposing bila orang nak ambik gambar dia..

~tapi gaya macam ni je la.lentok-lentok sikit.haha~

*dah pandai offer barang atau makanan yang ada kat tangan dia kat orang lain..nak?nak?hehe.
*dah pantas panjat dan turun katil.pantas juga naik turun tangga.pantas juga keluar masuk walker sendiri.haih.anak dara yang ganas :)


*bulan depan nabil dah 3 tahun.damia pulak 1 tahun.cepatnya masa berlalu..

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

SELAMAT HARI GURU

Selamat Hari Guru buat semua cikgu yang telah mendidik saya hingga menjadi surirumah sepenuh masa yang bertauliah sekarang ni.hihi.

selamat hari guru buat cikgu-cikgu TADIKA KEMAS Bandar Tenggara, Kulai.
selamat hari guru buat cikgu-cikgu Sekolah Kebangsaan LKTP Ulu Penggeli, Kluang.
selamat hari guru buat cikgu-cikgu Sekolah Menengah Kebangsaan LKTP Belitong, Kluang.
selamat hari guru buat cikgu-cikgu Sekolah Menengah Bandar Tenggara, Kulai.
selamat hari guru buat pensyarah-pensyarah UiTM Kampus Segamat, Johor.

walaupun mungkin cikgu-cikgu tak ingat saya, tapi saya tetap ingat cikgu.huhu.
walaupun mungkin cikgu-cikgu ingat saya belajar tinggi-tinggi tapi ilmu tu saya tak applykan ke tempat kerja, tapi saya bangga sebab dapat jadi surirumah yang bertauliah.dapat mendidik anak-anak saya juga.
walaupun mungkin cikgu-cikgu rasa saya tak manfaatkan ilmu-ilmu itu, tapi jangan risau ye cikgu, saya akan jadi wanita berkerjaya semula sebab saya dah bersedia untuk ke arah itu(oh sedihnya mama nak tinggalkan kamu anak-anak)

masih segar dalam ingatan hari pertama saya bersekolah rendah.
cikgu cakap sesiapa yang nak ke bilik air sila angkat tangan!
semua murid angkat tangan.haha

masih segar dalam ingatan cikgu ketuk kepala pakai pembaris panjang warna kuning sebab lambat bagi jawapan.ish, memang tak boleh lupa cikgu Hadi.

masih segar dalam ingatan cikgu suruh berdiri atas kerusi sebab tak dapat jawab soalan matematik.tapi Alhamdulillah.matematik adalah subjek kegemaran saya.dan juga subjek yang saya selalu score A :)

masih segar dalam ingatan cikgu cubit kat dada (ish, dah la saya perempuan) sebab tak dapat jawab soalan akaun.adoiiii..

masih segar dalam ingatan momen-momen indah masa belajar kat UiTM Segamat dulu.memang terbaikk..

sekian.Selamat Hari Guru buat semua pendidik.masih terngiang-ngiang di telinga saat cikgu-cikgu berbaris atas pentas sambil menyanyikan lagu Kami Guru Malaysia..berikrar dan berjanji....lalalalalalaa...

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!