Wednesday, May 18, 2011

aktiviti hujung minggu part 1

sabtu lepas kami ikut enSuami pergi kerja kat Kota Tinggi.kami lepak kat rumah atok sebelah enSuami, Tokyah.jom layan gambar (^_^)v

enSuami ajak nabil memancing udang.ada la setengah jam.lepas tu saya panggil balik rumah.haha.enSuami sambung balik pergi kerja.beliau takut anak bujang nan seorang ni kebosanan.jadi beliau curi masa sikit bawak anak pergi memancing.boleh gitu?

dapat udang seekor.sampai rumah excited gile cerita.haha.terus goreng.lepas balun sorang-sorang, nabil ajak ayah dia pegi pancing udang lagi.hahaha.


lepas lunch, kami ikut enSuami pergi office.lepak-lepak sekejap.ambik gambar kanak-kanak.lepastu damia dah risau sebab dia tak boleh lepas bebas main kat bawah.jadi kami pergi ke rumah makcik sebelah enSuami, Cik Ina.


 kami balik ke rumah selepas enSuami siapkan kerja.adoi.penat jadi penunggu.kami bertolak pukul 6 .30 petang.fuhh.kami singgah karnival kat Bandar Tenggara.ada kuda! bayar RM5, nabil dapat naik kuda 3 pusingan.mula-mula muka cuak.lepastu ok :)

kami jalan-jalan kat karnival dengan FIL.abah,mak,dhiah, akob, mak lang sue dan syawal yafiq yang hensem :)

 kami singgah rumah abah.lepak-lepak sampai pukul 11 malam, terus balik rumah.fuhh! penat yang amat!


sekian.sampai rumah terus pengsan (^_^)v

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

3 comments:

fieda said...

besonya udang nabil dapat tu....
damia comeyy la main kg bwh tu...
seronok kan seharian bersama family...

aNiM said...

nampak beso sebab tangan kecik yang pegang.haha.
damia memang suka main bawah meja tu kak.balik je rumah tokwan, itu la port dia.hihi.

tempat tu mak susun piala banyak2.dia turunkan satu2.sampai kosong.lepastu dia duduk bawah tu :)

masa ni ada sepupu dia,berebut la tempat tu.hihi.

seronok.anak2 paling hepi bila ayah dia cuti..

syawalsimpsons said...

syawal n damia dah hampir sama tinggi dah..uhuhuu...dah la 2..dah kire dah jadi port baru syawal lak kat bwh 2..hahahha....ni tunjuk ajar ku sifu damia ni..hahahah