Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU

Selamat Hari Guru buat semua cikgu yang telah mendidik saya hingga menjadi surirumah sepenuh masa yang bertauliah sekarang ni.hihi.

selamat hari guru buat cikgu-cikgu TADIKA KEMAS Bandar Tenggara, Kulai.
selamat hari guru buat cikgu-cikgu Sekolah Kebangsaan LKTP Ulu Penggeli, Kluang.
selamat hari guru buat cikgu-cikgu Sekolah Menengah Kebangsaan LKTP Belitong, Kluang.
selamat hari guru buat cikgu-cikgu Sekolah Menengah Bandar Tenggara, Kulai.
selamat hari guru buat pensyarah-pensyarah UiTM Kampus Segamat, Johor.

walaupun mungkin cikgu-cikgu tak ingat saya, tapi saya tetap ingat cikgu.huhu.
walaupun mungkin cikgu-cikgu ingat saya belajar tinggi-tinggi tapi ilmu tu saya tak applykan ke tempat kerja, tapi saya bangga sebab dapat jadi surirumah yang bertauliah.dapat mendidik anak-anak saya juga.
walaupun mungkin cikgu-cikgu rasa saya tak manfaatkan ilmu-ilmu itu, tapi jangan risau ye cikgu, saya akan jadi wanita berkerjaya semula sebab saya dah bersedia untuk ke arah itu(oh sedihnya mama nak tinggalkan kamu anak-anak)

masih segar dalam ingatan hari pertama saya bersekolah rendah.
cikgu cakap sesiapa yang nak ke bilik air sila angkat tangan!
semua murid angkat tangan.haha

masih segar dalam ingatan cikgu ketuk kepala pakai pembaris panjang warna kuning sebab lambat bagi jawapan.ish, memang tak boleh lupa cikgu Hadi.

masih segar dalam ingatan cikgu suruh berdiri atas kerusi sebab tak dapat jawab soalan matematik.tapi Alhamdulillah.matematik adalah subjek kegemaran saya.dan juga subjek yang saya selalu score A :)

masih segar dalam ingatan cikgu cubit kat dada (ish, dah la saya perempuan) sebab tak dapat jawab soalan akaun.adoiiii..

masih segar dalam ingatan momen-momen indah masa belajar kat UiTM Segamat dulu.memang terbaikk..

sekian.Selamat Hari Guru buat semua pendidik.masih terngiang-ngiang di telinga saat cikgu-cikgu berbaris atas pentas sambil menyanyikan lagu Kami Guru Malaysia..berikrar dan berjanji....lalalalalalaa...

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

No comments: