Showing posts with label Merepek Meraban. Show all posts
Showing posts with label Merepek Meraban. Show all posts

Monday, October 29, 2012

Mama, kakak nak adik lah

Damia macam dah ready je nak tambah adik. ehehe. sejak-sejak ni dia cakap nak adik pulak. sebelum ni bila tanya memang dia takmau. selalu cakap TAK PAYAH.

Dan sejak-sejak ni juga dia dah pandai mengurus diri. dah pandai mandi sendiri, sabun sendiri, syampu sendiri, gosok gigi pun sendiri. tapi maafla. tak sukses lagi bab free-diapers tu. tapi semalam lepas mandi kat rumah tokwan dia, dia meraung-raung cakap taknak pakai pampers. sebab nanti cikgu marah. haha. gitu pulak eh. sudahnya aku tak pakaikan la pampers. tapi sebab risau dia TERRR'melepas' enSuami pujuk dia pakai pampers. kat rumah tokwan dia banyak karpet woo..memang ku tak berani la. kang satu kerja pulak nak mencuci.

Tunggu la tahun depan ye kakak. hehe.

**sebenarnya taktau nak tulis apa. haha. dari tadi aku asyik la terpandang Durian Crepe kat fb. esok lusa wajib buat ni. adehh. ngencessssss..

kan..nampak tu..yummeh! gambar ni aku pinjam dari blog cahaya cintaku.


yang kat bawah ni pun sama..adoiilaaa...dah terasa dah kat tekak ni..gambar ni pulak aku pinjam kat blog masam manis.

ha, tengok yang bawah ni pulak. warna warni di Aidilfitri weh. sedapnye..resepi Dapur KakZu ni lebih kurang sama macam resepi kat blog cahaya cintaku. tapi warna durian crepe kakzu ni buat aku terrrliurr..huhuii


ada sesiapa dah buat durian crepe ni?? bak sini sikit. haha. nanti aku dah buat aku pulak buat entri ye. muehehehe.

p/s: sebenarnya nak cerita pasal Damia, macam mana la boleh melalut ke durian crepe nih????

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Sunday, January 22, 2012

hai hai bai bai

Hai semua. dah lama gile tak update blog. kesiannya engkau wahai blog. hehe.
ada mood cuma sempat jengah 2-3 blog kawan-kawan je. lepastu konon bizi sangat la kan terus bai bai je la.

terima kasih kawan-kawan yang sudi tanya khabar ye. kesihatan saya agak tidak mengizinkan buat masa ni. doakan saya cepat sembuh. sekarang ni masih kena follow up lagi kat Hospital. nasib baik la Hospital dekat je dengan rumah.

sakit apa ye? sakit puan la kot. hehe. ok ye kawan-kawan. jaga kesihatan. jaga diri. kang sakit macam saya dah susah nak baik pulak. babai ;)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Thursday, November 17, 2011

tukang tilik: boleh dipercayai?

seorang ofismate yang tak tua sangat dan tak muda sangat datang menilik tanpa diundang. anda suka? saya tak suka. oh ya. situasi ni bukan jadi sekarang. sebab sekarang ofismate saya cuma 2 orang kanak-kanak yang belum akil baligh pun. kehkeh. ni kejadian masa saya kerja kat pasir gudang dulu la.

nak tau si tukang tilik cakap apa?

1) nim, nanti ko kahwin anak pertama ko lelaki.
2) nim, nanti lepas ko kahwin ko gemuk.

masa tu saya belum kahwin lagi. dan saya terus bagi warning kat si tukang tilik, saya tak suka orang tilik-tilik saya. walaupun aku tau ko memang tak mintak duit pun masa tilik aku. huh! memang darah terus naik ke kepala.

kenapa saya tak suka ye? ye la, ada ofismate saya yang lain siap tanya kat si tukang tilik tu. 'en A, nanti kalau saya kahwin saya dapat anak apa..kahwin umur berapa..bla bla bla..' maknanya ada orang yang suka hidupnya ditilik kot.

sebabnya dulu masa saya study, ada seorang prebet sapu tu bagi 'khidmat tilikan percuma' kat saya. sampai sekarang saya terngiang-ngiang lagi kata-kata pakcik tu. dulu kat kampung saya susah nak dapat bas. saya terpaksa naik teksi sapu tu sebab takut tertinggal train. salah satu yang pakcik tu cakap, awak nak naik keretapi kan? tiket dah beli tu.. (hah!!! tiket tu ku simpan elok-elok dalam beg tau!!) saya tak rasa pakcik tu teka sebab tanpa diminta dia dengan 'bermurah hati' cerita kisah hidup saya dari saya kecik. nak tau apa yang saya rasa masa tu?? sakit kepala. sakit hati. pakcik ni bela hantu ke hape??

oh ya. saya sakit hati sebab pakcik ni 'bocorkan' kisah hidup saya sedangkan ada seorang lagi penumpang lelaki kat depan. saya duduk seat belakang. bila fikir balik, alangkah beraninya saya naik teksi sapu tu kan. sebab takde penumpang perempuan pun. bayangkan perjalanan nak ke bandar ambik masa setengah jam. berapa banyak kisah yang pakcik tu bagitau? ohh sungguh menyakitkan hati. pakcik tu siap tanya saya 'nak tak pakcik bagitau seluruh kisah hidup awak??

hah?? siapa nak? engkau nak?

okeh. berenti membebel macam mak nenek. tetiba saya terbaca entri Puan Zahidah pasal si kurus dan si gemuk. *eh dah berapa hari ni aku nak tulis pasal gemuk ni weh. instinct kuat beb! sebenarnya saya teringat pasal kata-kata ex-ofismate saya encik A tu. gemuk lepas kahwin. sekarang ni lemak saya agak berlebihan. spare tyre tu agak ketara la kelihatan. tapi kenapa nak percaya kata-kata dia kan? betulke memang ada manusia macam tu. boleh nampak 'kehidupan' orang lain. tapi kan...ish..geram pulak kan..

masa saya mengandung anak pertama. encik A cakap ko ingat tak dulu aku cakap apa? anak pertama  ko lelaki. MEMANG ANAK PERTAMA SAYA LELAKI OK! PUAS HATI?? sekarang ni saya sudah gemuk. kenapa saya sibuk cakap pasal gemuk ni? sebabnya sabtu lepas saya pergi kenduri kahwin sepupu saya kat Batu Pahat. semua orang sibuk cakap kuat-kuat.. EH GEMUKNYA KO NIM..(!!!!!)

ok. dah. jom sejukkan hati. percaya pada Allah. percaya pada Qada' dan Qadar. tu yang wajib. kan..kan..kan..korang penah tak alami benda ni? huwaaa...

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Tuesday, July 26, 2011

Kenapa dia tak approve??

Saya ada seorang kawan.
kami sama-sama naik bas sekolah tiap-tiap pagi satu ketika dulu. seingat saya, kami agak rapat. saya selalu juga pegi ulangkaji kat rumah dia dulu. saya baik juga dengan parents dia.

seingat saya juga, saya selalu mengalah bila datang 'angin' tak baik dia pagi-pagi. sukahati dia nak buat muka masam mencuka macam tak kenal saya. jalan menonong sampai ke kelas. lepastu bila 'angin jahat' tu hilang ditelan bumi, dia tegur saya macam takde apa-apa yang berlaku.

seingat saya, dia sambung belajar pun saya masih baik dengan family dia. walaupun kami tak sama tempat pengajian tapi kadangkala kami contact juga dan berkogsi kisah suka duka kehidupan.

seingat saya, masa saya nak kahwin, saya sendiri naik motor pergi hantar kad jemputan ke rumah dia. memang dia takde tapi saya titipkan kad itu kepad ayah dia. masa majlis kat rumah saya, parents dia datang. dia tak datang mungkin sebab dia sibuk. takpe la. saya tak kisah bab tu.

seingat saya juga, masa dia kahwin, saya tak pergi sebab saya tak dapat kad jemputan. memang mak bapak saya datang. tapi saya tunggu juga kad dari dia. sebab saya pun teringin nak tengok dia di hari bahagianya. ke saya patut datang je sebenarnya?

dan sekarang, bila saya tengok kat fb, saya selalu cari nama dia tapi takde. rupanya dia guna nickname lain. saya nampak dia komen sana sini kat status kawan-kawan lain. saya cuba add dia sebagai friend saya. tapi sampai sekarang dia tak sudi nak confirm. kenapa ye? agaknya mungkin ada salah faham kat mana-mana, sebab saya tau tu memang dia.

kepada dia yang saya anggap sebagai kawan, kenapa ye sebenarnya?

tapi, saya fikir positif je la ye.
1) mungkin dia tak perasan nama saya. tapi saya tak guna nama pelik pun. saya guna nama saya. agaknya saya kena tukar nama Amy Mastura kot. hahaha.
2) mungkin dia busy sebab dia tergolong dalam warga pendidik.
3) mungkin dia rasa saya ni manusia tak penting dalam hidup dia..

nota kaki: korang ada masalah macam ni tak? saya tak kisah sebenarnya pasal fb tu. tapi saya terfikir apa silap saya :( nak masuk Ramadhan ni tetiba ter-touching lebih sikit. hehe

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Thursday, June 16, 2011

Aikkk?? baki 30sen je??

Pukul 6.00pm. mama, ada bau apa ni? abin macam ada bau-bau je..
Ooooohh..hari ni hari khamis. ada pasar malam rupanya. kuat betul deria bau Muhammad Nabil Irsyad ni la.

ok. siap ala kadar. sarung tudung express. anak-anak pintar dah senyum-senyum sebab mama dah pakai cantik sikit. suka la tu dapat jalan-jalan. saya malas nak drive. jalan kaki saja. lagipun 5 minit je jalan. bakar lemak yang dah mula bermaharajalela ni.

nabil: 'kesian kita tak naik kereta kan mama..'

eleh, malas nak jalan la tu..haha.

sampai je pasar malam, nabil dah nampak sesuatu. hadoi. dalam hati dah doa dah, janganla dia nampak benda tu.hish, tu juga yang dia nampak dulu.apa dia??

nabil dah jerit 'mamaaaaa..ada belon doraemon tu!!!'

adoiii..terpaksa pujuk dia. cakap nak jalan tempat lain dulu. nasib baik ok. eh lupa, saya bawak RM15 je.hihi.kena budget betul-betul ni.sebenarnya nak belanja RM10 je. tapi tak berjaya..hukhuk.

mula-mula saya beli ikan. satu pinggan = RM5. satu pinggan sama dengan 1 kg. disebabkan kanak-kanak sangat suka makan ikan. jadi menu wajib harian pulak tu..saya beli la juga ikan tu. nak beli 3 ekor je. ada ke orang tu tak jual. kena beli 1 pinggan juga.haih.

~makcik tu cakap ni ikan kerapu. anak ikan kerapu kot.~

lepas tu nampak kedai jual keropok, budu, cencaluk bagai. nabil nak keropok. beli la satu. keropok segera = RM1.50.
~keropok ni selalu beli masa study dulu.hihi~

lepas tu..eh, terlalu lagi kat kedai belon.adodoi..tangan kecik dah kuat tarik tangan mama dia je ni. kena la singgah.

saya: berapa ringgit belon doraemon ni dik?
adik penjual: RM5 kak.
saya: hah?? RM5?? mahalnya. nabil, beli makanan ni kenyang tau.

tapi, saya bayar juga la.huwaa..
~doraemon..ang ang ang~

lepastu jalan lagi.kena beli makanan wajib setiap kali pegi pasar malam. apa dia? keropok lekor la. anak-anak pintar suka gila makan ikan. jadi keropok lekor tu makan selalu juga tanpa rasa jemu. haih.

~keropok lekor panas-panas~

ok. last. ada duit lagi tak? mama nak beli air soya panas.nanti dah makan keropok mesti dahaga. mesti nak air super-sedap pulak.


berapa belanja harini? jom main kira-kira.haha.

ok. bawak berapa ringgit tadi? RM15 kan? baki ada 30sen. nah nabil, pegi masuk dalam tabung.hihi.

**sebenarnya ada nampak nasi kerabu. macam nak beli. tapi fikir nasi kat rumah ada lagi. so, tak jadi beli. kalau korang, korang suka beli apa ye? dah selalu sangat pegi pasar malam, taktau dah apa yang special.ngee~

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Thursday, June 9, 2011

Siapa suka makan cendol?? sila angkat kaki..

~gambar curi kat Google.terima kasih~

Saya teringin nak makan cendol.
Lebih-lebih lagi masa cuaca panas ni.perrghh..sedapkan?

Kelmarin kami keluar jalan-jalan. berhenti jumpa kawan saya sekejap sebab nak tempah baju raya kat mak dia.hehe.

tetiba enSuami tanya..

nak makan cendol tak? nak rojak tak?

saya macam dengar tak dengar je.rupanya ada gerai jual cendol dan rojak manis dekat-dekat situ.

ha?ok ke cendol kat sini? dah pernah makan?

belum sempat enSuami jawab, kami ternampak penjual cendol tengah hembus hingus. bukan hembus kat tisu ke..kat kain ke.. tapi hembus macam tu je kat tepi jalan.

uwweeekk..taknak la.

enSuami pun terdiam.haha.kami tengok je apa aksi seterusnya. heeeee..penjual tu tak cuci tangan pun.huh! pangkah terus gerai tu.lepasni saya tak teringin dah nak makan cendol kat gerai. tak pasal-pasal gerai lain pun kena pangkah! kami terus angkat kaki. balik rumah. minum sirap ais bancuhan sendiri. huhu.

sebenarnya saya teringin nak makan sebab saya terbaca kat blog ni. pasal makan cendol Leman Dawi yang femes tu. yang siap boleh tambah free je tu.

~gambar curi kat sini.terima kasih~

dah.tobat la takmau makan cendol tepi jalan.huwaa..balik kampung mintak jasa baik mak buat cendol.hihi.sedap.boleh tambah banyak kali jugak. boleh makan bila-bila masa.weee~

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Thursday, February 24, 2011

Entah mengapa hatiku gundah gulana~

sebenarnya takde idea pun nak tulis apa kat entri ni.saje nak buat excercise.jari ni kalau tak menaip rasa macam gatal je.anak2 dah tidur.saya pulak yang terkebil2 tak boleh tidur.entah kenapa hati rasa tak tenteram.rasa gundah gulana pun ada (ceh poyo je).

enSuami masih busy.maklumla projek juta2 abah tak siap lagi.jadi kami terpaksa la berkorban masa sikit untuk abah.

facebook?hm,takde apa yang menarik pulak.malam ni keje 'like' komen orang je.mana2 post yang tak berkenan di hati tu saya pandang sebelah mata je la.hehe.rasa macam dah takde yang menarik kat facebook tu.kadang2 orang saje nak cari glemer dengan post yang tahpape.memang la kita berfacebook untuk suka2.tapi tak perlu kot sampai nak cerita pasal rumah dan tangga yang tak perlu dijadikan tatapan umum.simpan2 la sikit untuk diri sendiri ek?ah,lantak.

tapi tak kisahla kan.pendapat memasing.ada yang suka.ada yang tak.eh,apa yang kecoh sangat ek?saya kan dah join faceblog?takmau berfesbuk pegi la berfesblog pulak.tak gitu?

hm,dah dah.berenti la merepek meraban.sape yang suka nak baca entri macam ni?

Tuesday, February 22, 2011

Mengidam apam pisang

hari2 saya akan tanya mak.


saya: dah masak ke pisang kat depan rumah mak tu?

mak: belum lagi.mak pun hari2 tengok kot2 dah masak.

saya: adehh..teringin buat apam pisang ni..

mak: ha'ah mak pun terliur.hari2 dok tengok resepi apam pisang kat Kongsi Resepi.


haha.apa la kan?saya dah siap tampal resepi apam pisang kat peti sejuk.yang simple.dan confirm sedap la.boleh je kalau nak beli pisang kat kedai.tapi nak pisang yang kat depan rumah mak jugak.hahaha.

Eh eh.jap ye.mengidam?bukan mengidam untuk orang preggy ye.ni anak tekak yang mengidam macam2.hadoi.

~gambar ini adalah ilusi semata2..huwaaa.sumber dari sini~

Sunday, February 20, 2011

Aktiviti berenang di hujung minggu

Maaf ya sekiranya anda tertipu dengan tajuk di atas.
Berenang yang saya maksudkan adalah..


sebenarnya mata saya amat mengantuk.almaklumla anak dara saya yang tak sihat sangat tu tak tidur malam.anak tak tidur means mama kena jadi burung hantu la..haih!

enSuami pulak dah 3 hari sibuk kat rumah PIL.tolong abah siapkan projek juta2 abah tu..dah setahun tak siap.nanti dah siap saya upload gambar projek abah tu ye.tengahari tadi kami cuma keluar ke bandar sebab nak hantar adik ke-6 saya kat bus stand.nak balik gombak.huhu.

dan sekarang..si anak teruna dan si anak dara sedang nyenyak tidur.berenang di atas katil.mamanya?silakan tidur juga ya.jangan nak berblogging tak hengat dunia.kang malam kena jadi burung hantu lagik jangan merungut macam orang gila.paham???!!


Thursday, February 17, 2011

Hijab



Berangan?Ya.haha.

Saya cuba2 pakai hijab macam Hana Tajima.saya cuba style yang ni sebab macam senang.juga simple.haha.sekali perasan macam Hana Tajima daaa..(eleh muka jawa pun ada hatikah?hahaha)

kalau nak try boleh klik kat StyleCovered hijab short pashmina tutorial ni.sejak2 ni brooch cun2 yang i beli macam tak berguna pulak.haha.

SEGMEN KHAS UNTUK BLOGGER BARU : 100 FOLLOWER KE BAWAH


hihi..bro Ben Ashaari buat segmen khas untuk blogger2 baru macam saya ni.saya nak join :)
kalau u all nak join sila klik Blog Ben Ashaari ye..

p/s: tq bro!

Saturday, February 12, 2011

Sabtu


Oh malasnya harini.

Saya masak 2 sarapan yang berlainan walaupun malas melanda.
1 untuk nabil.1 untuk mama.
mi goreng simple untuk nabil.nasi goreng yang pedas untuk mama.
opss lupa.bubur blender special untuk si anak dara.
dan..

ya.itu dia.pengaruh iklan 1 malaysia.nabil order kopi tarik 1 malaysia..(huhu..tak perasan ke mama kamu malas harini?).eh,mana ade kopi kat rumah kita yang oii..teh tarik okeh?
okeh!teh tarik 1 malaysia..siap!!!

M lagi?
Ya.masih malas.enSuami balik kerja takkan nak makan menu yang sempoi tu je kan?so saya rajinkan diri masak nasi.masak lauk.

menu harini:
1) ikan pari bakar
2) air asam sebagai pencicah (cili padi+tomato+bawang beso+belacan+garam+gula+air asam)
3) udang masak lemak.

sekian.jemput makan.

Tuesday, January 11, 2011

11.1.11

Bangun pagi-pagi.

Mula-mula masak bubur special si anak dara.yang bergigi dua.bubur+karot+ikan bilis+bawang putih.siap.blend.

Masak nasi untuk orang yang bergigi penuh.lauk:
1) sup kaki ayam
2) ayam goreng kunyit

lepas makan.mandikan anak-anak pintar.siap-siap. bertolak ke rumah PIL.sebelum tu kami jalan-jalan kat bandar dulu.sampai rumah PIL pukul 1pm.terus lunch okeh.haha.

menunya adalah:
1) nasi
2) kari kerang+kacang panjang
3) udang goreng kunyit
4) sup gearbox (perrrggghhh!)
5) ikan tongkol goreng

hamboi.berselera i makan.siap bertambah taww..hehe.lepas makan kami membuta (ish..teruk betul kan?).

sebelum balik kami dinner dulu.mak masak siput sedut masak lomak pulak.hehe.

alamak.entri kali ni ada kena mgena dengan tajuk di atas tak?yang sebenarnya nak bagitau.cantik betul date hari ni kan.11.1.11.

sekian.