Wednesday, July 28, 2010

Cara didikan warnai dunia anak

Saya tertarik dengan artikel yang saya baca di sini..jadi saya ingin berkongsi dengan anda semua pembaca yang dihormati..

Cara Didikan Warnai Dunia Anak

Menjadi ibu bapa bukan semudah ABC. Mendidik mereka pula bukan seringkas 123. Didikan yang baik mampu mewarnai kehidupan mereka malah memudahkan anda untuk memerhatikan mereka. 10 tip ini mungkin boleh memandu anda untuk merancang cara didikan kepada anak anda.

1. Kanak-kanak insan naif. Apa sahaja yang anda katakan kepada mereka akan dipercayai bulat-bulat. Berhati-hati dengan setiap tutur kata dan maklumat yang anda berikan kepada mereka. Jangan biarkan mereka percaya kepada sesuatu yang tidak benar kerana keupayaan mereka mengingat lebih jauh dari sangkaan anda.

2. Kanak-kanak gemar cabaran. Jika anda melarang mereka membuat sesuatu maka mereka menganggap itu sebagai cabaran untuk melakukannya dan meloloskan diri dari hukuman. Jangan anggap itu sebagai satu tekanan, tanganinya dengan tenang dan rasional.

3. Jangan gunakan rasuah sebagai ganjaran! Bimbang nanti mereka menganggap rasuah adalah salah satu cara untuk mendapatkan apa yang diingini.

4. Jangan paksa mereka berjanji. Kanak-kanak tidak pandai berjanji, jadi jangan memberi tekanan kepada mereka dengan janji yang dibuat dan kemudian menghukum mereka jika tidak menunaikan janji. Beri mereka peluang untuk melakukan yang terbaik.

5. Permudahkan sesuatu yang sukar. Jangan kelirukan kanak-kanak dengan menyuruh mereka sesuatu yang banyak dalam satu masa.

6. Jangan terlalu memanjakan anak dengan memberi apa yang dimahukan. Mereka akan mula mengharapnya setiap masa.

7. Jika anda mengadakan satu pertandingan bersama anak, jangan menukar aturan pertandingan sesuka hati. Mereka akan fikir aturan boleh ditukar pada bila-bila masa.

8. Jangan biarkan mereka berasa bersalah. Mereka akan membesar dengan memaksa diri membuat keputusan sukar dan menyalahkan diri sendiri di atas kegagalan dialami.

9. Berhati-hati dengan apa yang anda pinta anak anda lakukan. Beri arahan jika benar-benar penting. Jangan memberi arahan sebagai satu jenaka kerana mereka akan mengambil jalan endah tak endah walaupun pada perkara serius.

10. Jangan memberi arahan seperti anda di dalam pasukan tentera, memberi arahan dan mengharapkan tindak balas on the spot. Lebih baik jelaskan apa yang anda mahu dan biarkan mereka belajar membuat mencari sendiri cara untuk menyelesaikannya. Mungkin anda boleh memerhatikan mereka dari jauh.

saya berharap info ini dapat diaplikasikan dalam mendidik anak-anak.maklum la anak zaman siber ni advance sikit.saya pun kadang-kadang 'tersasul'..'terlajak'..macam-macam terr..
sama-sama la kita menambah pengetahuan ya..sekian.

Cukur Jambul?

2 Julai 2010 di pagi jumaat yang hening..hehe.saya dan mak cukur rambut damia.rambut damia lebat.jadi mak ambil keputusan untuk gunting dulu baru cukur.sebenarnya saya tak tau nak panggil apa.cukur jambul?cukur rambut?apa-apa je la kan.ni la rupa damia masa proses bercukur..


Sebelum bercukur..



Selepas bercukur..

pada hari yang sama,nabil pun membotakkan kepala dia..rambut dia pun dah panjang sangat sebenarnya.rimas.ni dia rupa hero mama yang botak.hehe.


setelah sebulan,beginilah rupa damia.rambut pun dah tumbuh sikit..

Sekian.

Tuesday, July 27, 2010

Pantang II

Yeahoooooo...!!!

Seksanya nak menyudahkan 44 hari berpantang ni.akhirnya...huhu.
Sebenarnya saya tak kisah sangat bab-bab makan ni.ye la,segala-galanya warna plain je.hehe.hari-hari makan sup ikan, sup sayur, ikan bakar..saya tak kisah pun.tapi part yang paling seksa nak buat ialah melilit bengkung.huhu.memang rasa best kat badan.tapi jenuhnya nak melilit hari-hari.

Part paling best ialah mak saya akan sediakan air rebusan daun-daun untuk mandi.segarnya.. saya tak tau la daun apa.yang saya tau salah satunya serai wangi..erm..daun pandan..yang lain-lain saya tak ingat.hehe..hm..harum..

Saya rasa yang paling suka bila tempoh berpantang saya berakhir ialah nabil dan damia.nabil memang menunggu je saya dukung dia..mandikan dia..masak untuk dia..suap makan..macam dulu-dulu..kesian dia.damia pula dah mula nak mengempeng.aduh..lenguh.kesian kat abang nabil tu damia..nak manja mama juga.damia ngempeng malam je ye sayang..

Sekian.

Raya 2010 I : Raya Oh Raya

26 Julai 2010.pagi yang redup.nabil bangun awal hari ni.pukul 5.45am.haha.nasibla ayah dia kena layan.mata mama ni macam ada gam la nabil.

lepas enSuami pergi kerja, nabil memulakan aktiviti dia.main.mulut becok dia memang tak berhenti bercakap.kalau tak bercakap,dia menyanyi.kadang-kadang dia siap tukar lagi lirik lagu tu.aduss..layan je la.

tiba-tiba nabil cakap nak pakai baju raya.aku ambilkan baju raya yang dah siap tempah tu.sebenarnya baju tu terbesar.dekat-dekat raya kang baru nak alter.dia nak pakai juga.dah la seluar tu sangat panjang.saya pun lipat la kaki seluar tu.dia marah.

mama: memang kena lipat la sayang..panjang sangat..
nabil: taknak..
mama: tunggu la dekat raya kang nenek potongkan.
nabil: nak tunjuk dekat nenek
mama: ok..(sambil dia berlari pakai baju dan seluar yang labuh tu)

1 minit kemudian..

nabil: mama,nenek pegi mana?
mama: nenek buang sampah (saya main jawab je..ehehe)
nabil: buang sampah dekat mana?
mama: belakang
nabil: belakang dekat mana?
mama: jauh.cuba nabil panggil (dia terus meluru ke dapur pastu aku taktau ape ceritanya)

5 minit kemudian..nabil bawak nenek ke depan..nenek cakap nak alter baju nabil.aik?apa cerita ni..rupanya dia jerit panggil nenek dia..

nabil: nenekkkkkk!!!
nenek: ye kenapa??(jerit juga sambil datang kat nabil sebab jauh)
nabil: potongkan seluar abin (pelat..hehe)
nenek: kenapa?mama suruh potong ke?
nabil: seluar abin panjang sangat.
nenek: ok..jom.

alamak..mama cakap bukan sekarang la nabil.dan berlangsungnya sesi meng'alter' baju melayu nabil.dia dengan excitednya pakai sampai petang.mana taknya, nenek siap letak kun warna gold kat hujung seluar dan tangan.alahai nabil..nabil..

malam tu dia cerita kat embah dia..

nabil: embah, abin pakai baju raya..cantik..
embah: ye?wah..

kami cuma mampu geleng kepala je.mulut dia sangat becok.tapi kalau dia takde,sangat sunyi.hm..buah hati pengarang jantung mama..

Monday, July 26, 2010

Happy Birthday Mak



25 Julai 2010 adalah hari lahir mak mertua saya yang ke-55 tahun. saya tak dapat nak celebrate sebab saya masih berpantang kat rumah mak saya. hari ni juga suami saya kena kerja. jadi saya ingatkan la enSuami supaya dia beli kek untuk mak. tapi enSuami lupa.memang pagi-pagi saya dah wish. tapi saya cuma hantar SMS je.hehe.

Kesian mak mertua saya kan. tak pe la mak, kami doakan mak sihat walafiat, dipanjangkan umur, dilimpahkan rezeki yang halal, dan diberkati Allah sentiasa. Insya Allah, habis berpantang kami balik rumah mak dan kita boleh celebrate birthday mak ye (belated la ni).

Dikesempatan ini, saya nak wish juga birthday rakan-rakan saya yang menyambut hari lahir pada bulan Julai..

"Happy Birthday!!!!!!"

Sunday, July 25, 2010

Batuk Oh Batuk

Dah hampir 3 minggu baby Damia batuk. macam-macam cara dan petua kami cuba tapi tak baik juga. aku siap makan ubat batuk lagi walaupun aku tak batuk (teori sendiri sebab aku breastfeeding Damia..hehe). maklumla Damia masih dalam hari - aku masih dalam tempoh berpantang so memang takde ubat nak bagi direct kat dia. bila tanya nurse dan doktor mestila diorang cakap bf je baby selalu sebab baby membina antibodi dari susu ibu. tapi ibu mana tak risau bila dengar apatah lagi tengok baby sekecil Damia kena batuk.akhirnya aku baru terfikir nak search kat Mr.Google petua menghilangkan batuk bayi (sebenarnya hari-hari aku terfikir sebab hari-hari online tapi nak dijadikan cerita gaknya~hehe..coverline).

Semalam lepas Damia batuk dengan teruknya tengah-tengah malam, aku terus teringat nak search petua tu. akhirnya aku cuba satu petua yang aku jumpa kat sini..


Menghilang Batuk Pada Bayi

Anak yang sihat menjadi idaman setiap ibu bapa. Jika anak anda mengalami batuk berkahak dan selsema, pasti anda tidak dapat tidur lena. Amalkan petua ini. Ramaskan daun kaduk yang dicampur sedikit kapur sirih dan air. Kemudian, lumurkannya di atas dada dan perut bayi anda. InsyaAllah kahak tersebut akan keluar bersama najisnya.


Alhamdulillah..setelah mencuba petua tersebut, batuk Damia berkurangan. perkembangan yang sangat-sangat positif. kenapa la aku tak tanya Mr.Google dari awal lagi kan..hm..sebenarnya ada juga petua-petua lain yang aku jumpa. tapi aku dengan yakinnya nak cuba yang ni.

Harap-harap lepas ni Damia sihat walafiat. Amiin..