Saya tertarik dengan artikel yang saya baca di sini..jadi saya ingin berkongsi dengan anda semua pembaca yang dihormati..
Cara Didikan Warnai Dunia Anak
Menjadi ibu bapa bukan semudah ABC. Mendidik mereka pula bukan seringkas 123. Didikan yang baik mampu mewarnai kehidupan mereka malah memudahkan anda untuk memerhatikan mereka. 10 tip ini mungkin boleh memandu anda untuk merancang cara didikan kepada anak anda.
1. Kanak-kanak insan naif. Apa sahaja yang anda katakan kepada mereka akan dipercayai bulat-bulat. Berhati-hati dengan setiap tutur kata dan maklumat yang anda berikan kepada mereka. Jangan biarkan mereka percaya kepada sesuatu yang tidak benar kerana keupayaan mereka mengingat lebih jauh dari sangkaan anda.
2. Kanak-kanak gemar cabaran. Jika anda melarang mereka membuat sesuatu maka mereka menganggap itu sebagai cabaran untuk melakukannya dan meloloskan diri dari hukuman. Jangan anggap itu sebagai satu tekanan, tanganinya dengan tenang dan rasional.
3. Jangan gunakan rasuah sebagai ganjaran! Bimbang nanti mereka menganggap rasuah adalah salah satu cara untuk mendapatkan apa yang diingini.
4. Jangan paksa mereka berjanji. Kanak-kanak tidak pandai berjanji, jadi jangan memberi tekanan kepada mereka dengan janji yang dibuat dan kemudian menghukum mereka jika tidak menunaikan janji. Beri mereka peluang untuk melakukan yang terbaik.
5. Permudahkan sesuatu yang sukar. Jangan kelirukan kanak-kanak dengan menyuruh mereka sesuatu yang banyak dalam satu masa.
6. Jangan terlalu memanjakan anak dengan memberi apa yang dimahukan. Mereka akan mula mengharapnya setiap masa.
7. Jika anda mengadakan satu pertandingan bersama anak, jangan menukar aturan pertandingan sesuka hati. Mereka akan fikir aturan boleh ditukar pada bila-bila masa.
8. Jangan biarkan mereka berasa bersalah. Mereka akan membesar dengan memaksa diri membuat keputusan sukar dan menyalahkan diri sendiri di atas kegagalan dialami.
9. Berhati-hati dengan apa yang anda pinta anak anda lakukan. Beri arahan jika benar-benar penting. Jangan memberi arahan sebagai satu jenaka kerana mereka akan mengambil jalan endah tak endah walaupun pada perkara serius.
10. Jangan memberi arahan seperti anda di dalam pasukan tentera, memberi arahan dan mengharapkan tindak balas on the spot. Lebih baik jelaskan apa yang anda mahu dan biarkan mereka belajar membuat mencari sendiri cara untuk menyelesaikannya. Mungkin anda boleh memerhatikan mereka dari jauh.
saya berharap info ini dapat diaplikasikan dalam mendidik anak-anak.maklum la anak zaman siber ni advance sikit.saya pun kadang-kadang 'tersasul'..'terlajak'..macam-macam terr..
sama-sama la kita menambah pengetahuan ya..sekian.
No comments:
Post a Comment