26 Julai 2010.pagi yang redup.nabil bangun awal hari ni.pukul 5.45am.haha.nasibla ayah dia kena layan.mata mama ni macam ada gam la nabil.
lepas enSuami pergi kerja, nabil memulakan aktiviti dia.main.mulut becok dia memang tak berhenti bercakap.kalau tak bercakap,dia menyanyi.kadang-kadang dia siap tukar lagi lirik lagu tu.aduss..layan je la.
tiba-tiba nabil cakap nak pakai baju raya.aku ambilkan baju raya yang dah siap tempah tu.sebenarnya baju tu terbesar.dekat-dekat raya kang baru nak alter.dia nak pakai juga.dah la seluar tu sangat panjang.saya pun lipat la kaki seluar tu.dia marah.
mama: memang kena lipat la sayang..panjang sangat..
nabil: taknak..
mama: tunggu la dekat raya kang nenek potongkan.
nabil: nak tunjuk dekat nenek
mama: ok..(sambil dia berlari pakai baju dan seluar yang labuh tu)
1 minit kemudian..
nabil: mama,nenek pegi mana?
mama: nenek buang sampah (saya main jawab je..ehehe)
nabil: buang sampah dekat mana?
mama: belakang
nabil: belakang dekat mana?
mama: jauh.cuba nabil panggil (dia terus meluru ke dapur pastu aku taktau ape ceritanya)
5 minit kemudian..nabil bawak nenek ke depan..nenek cakap nak alter baju nabil.aik?apa cerita ni..rupanya dia jerit panggil nenek dia..
nabil: nenekkkkkk!!!
nenek: ye kenapa??(jerit juga sambil datang kat nabil sebab jauh)
nabil: potongkan seluar abin (pelat..hehe)
nenek: kenapa?mama suruh potong ke?
nabil: seluar abin panjang sangat.
nenek: ok..jom.
alamak..mama cakap bukan sekarang la nabil.dan berlangsungnya sesi meng'alter' baju melayu nabil.dia dengan excitednya pakai sampai petang.mana taknya, nenek siap letak kun warna gold kat hujung seluar dan tangan.alahai nabil..nabil..
malam tu dia cerita kat embah dia..
nabil: embah, abin pakai baju raya..cantik..
embah: ye?wah..
kami cuma mampu geleng kepala je.mulut dia sangat becok.tapi kalau dia takde,sangat sunyi.hm..buah hati pengarang jantung mama..
No comments:
Post a Comment