Ya Allah excitednya nak pegi bercuti minggu depan. hehe. harapnya masa tu anak-anak sihat wal'afiat..takde aral melintang. cuaca juga harapnya cantiklaaa...amiinnn..
Dulu pegi hanimun tahun 2007. kononnya nak mengimbau memori
Insya Allah.. kami pergi berempat. eh tambah lagi tiga. MIL, Abah-In-Law & Diah si adik ipar :)
Heee tak sabar! tak sabar! tak sabar! -----> bajet Lisa Surihani. puiii!
Nabil dah 2 hari tak sekolah. sebab demam. ni ada la saki baki batuk sikit. Jumaat dah cuti. damia join cuti sekali sebab dia cakap mana aci abang tak sekolah, kakak nak kena sekolah. ape daa.
Isnin pun nabil terpaksa cuti juga. sebab masih hangat. suhu dah tak tinggi macam 3 hari lepas. hari-hari suhu 39.5. kalut kami dibuatnya. tengah malam pun aku suruh dia mandi. berendam dalam besen. Alhamdulillah..dah semakin sembuh.
Tapi damia pegi sekolah. wahhhh..terer la kakak. damia cakap biarla abang tak sekolah. abang kan tak sihat. tapi mama bawak kereta, ayah duduk belakang dengan kakak. hoh! jadik mem beso la pulak.. Alhamdulillah..semangat kakak pegi sekolah. senyum-senyum je dapat jumpa kawan-kawan :)
ps: menghitung hari..siap termimpi-mimpi :P
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!