Muhammad Nabil Irsyad selamat dilahirkan secara pembedahan.
masih terkenang detik itu.
masih segar dalam ingatan.
wajah suci putih gebu selepas 2 jam dilahirkan.hehe.
11 Jun 2009.
Umur nabil genap 1 tahun.
Montel.gebu juga.
Perkataan pertama yang nabil pandai sebut ialah abillll.
Hm, pandai sebut nama sendiri. tapi sekarang sudah bertukar jadi abin pulak.haha.
masa nabil sambut 1st Birthday, kami tengah sibuk buat persiapan sambut menantu.siapa menantu tu ye?dah tentu la Puan Suraya aka Ibu syawal.hihi.
11 Jun 2010.
Nabil sambut ulangtahun ke-2.
Mulut semakin petah bercakap.non-stop.
kami sambut 2nd Birthday Nabil awal sebab saya tengah gelabah nak sambut Naurah Damia pulak masa tu. 9 jun 2010 dah sibuk beli kek bagai. 11 jun saya dah masuk wad sebab ngada-ngada masuk awal.haha.takde la.sepatutnya due 13 Jun 2010. tapi saya kan takde pengalaman bersalin normal masa tu. jadi saya pegi hospital terus sebab saya rasa baby macam kurang gerak.
lepas orang cakap memang macam tu. dah dekat due baby memang kurang gerak. sudahnya duduk ko diam-diam dalam wad. nangis sorang-sorang sebab rindu kat nabil. dah la tak pernah pisah.
15 Jun 2010. hadiah hari lahir untuk nabil. mama bagi nabil adik yang gegurl yang comel. hehe.nak cerita macam mana Naurah Damia lahir kena tunggu entri hari ulangtahun pertama Naurah Damia la pulak ^_^
~eh, perasan tak kek masa 1st birthday dan 2nd birthday sama?kek coklat. tulisan je warna lain.haha~
~comot!~
~lepas potong kek pegi main pokok-pokok bunga nenek. dah la pakai sandal terbalik~
11 Jun 2011.
hari ini dalam sejarah.
umur nabil sudah genap 3 tahun.
berjaya melawan segala bakteria-bakteria jahat yang mengganggu kesihatan.
berjaya membesar dengan kuat dan sihat (walaupun berat badan abin tak ideal.hehe)
~kek untuk ulangtahun ke-3. sekali dengan kek damia. lain sikit. dah pandai request nak kek macammana. sambut awal juga sebab sambut masa majlis aqiqah sepupu nabil, Luqman~
~masa birthday 1 tahun & 2 tahun, nabil potong kek dengan ayah je. gambar mama takde langsung. baru ni dapat bergambar sama.hehe~
~nabil manja ayah. damia pun manja ayah. dua-dua memang 'anak ayah'. kalau ayah dia ada, memang tak pandang la mama dia ni.ngee~
Happy 3rd Birthday Nabil.
Semoga menjadi anak soleh.
taat perintah Allah dan mama ayah :)
semoga membesar dengan sihat. takmau sakit-sakit dah. pergi buang jauh-jauh.
makan banyak-banyak nanti cepat besar.
sayang nabil sangat-sangat.
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!