Friday, April 1, 2011

29th Birthday Giveaway by aNiM

~banner GA yang sempoi~

Ini adalah percubaan pertama.hari2 join giveaway dan contest orang.maka,hari ni dan saat ini saya nak anjurkan GA pulak.saya nak bagi hadiah yang taklah seberapa sempena ulangtahun kelahiran saya :)tajuknya adalah "29th Birtday Giveaway by aNiM".GA ini berlangsung selama 3 hari sahaja :)

kenapa 3 hari?

*sebab saya malas nak buat lama2 untuk percubaan pertama.hihi.kejam.
*sebab saya dah nak mencecah umur 29 tahun (terus terang sehh..) pada 1 April ni.nak buat 29hari lama sangat pulak. 1 April dah dekat dah ni (^_~)v

NAK JOIN??senang je..ada ke orang nak join ni??

KLIK SINI UNTUK JOIN!!

>>>>>>ini adalah Sticky Post.sila scroll ke bawah untuk entri terbaru<<<<<<

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Wednesday, March 30, 2011

100!!!!!!!

tahniah! anda berjaya menjadi follower ke-100 blog ♥ Cerita Ceriti ♥



siapa yang bertuah ni??

jeng..jeng..jeng..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
V

*semoga berjaya dunia akhirat & semoga berjaya pilih course mana yang sesuai dengan diri anish..tengok gambar follower tu ingatkan male.rupanya female.hehe

err..ada hadiah ke untuk follower ke-100?

hehe.tunggu encik nuffnang bagi saya kaya dulu la eh.join la giveaway saya mana tau ada rezeki menang..(^_~)v


dan terima kasih tak terhingga kepada semua follower yang saya sayang sebab tanpa u ols, mana nak capai angka 100 ni kan?thanks a lot (^_~)v

SAYANG KAMU SANGAT2 =D


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Tuesday, March 29, 2011

Apam pisang idaman hatiku :)

ini adalah sambungan entri mengidam apam pisang ^_^

kelmarin balik kampung.mak tanya.

mak: pisang dah masak, kaknim nak tak?
saya: eh,nak..nak..(excited)
mak: ambikla tu mak dah bekaskan (1 plastik beras beb)
saya: eh,banyaknya.

saya pun ambikla sikit2 masuk dalam plastik lain (konon).yang ni untuk buat apam, yang ni untuk jemput2, yang ni untuk lepat, yang ni untuk lempeng (hamboi tekak..)..err..rupanya satu plastik beras 10kilo tu juga saya bawak balik.kakaka.

balik rumah saya tetiba mak sms.'pisaaaaaang'

hah?alamak.sedihnya.lupa nak angkut sekali.esoknya adik ke-4 saya PERY hantar ke rumah saya.YEAYYY!!!

ni dia hasilnya.apam pisang idaman hatiku.hehe.puas hati sebab dah dapat makan :)




resepi Apam pisang

4 biji telur
1 cawan gula
2 cawan pisang kapas
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
garam secukup rasa

CARA-CARA MEMBUATNYA:


1.lenyek pisang dengan soda bikarbonat.
2.pukul telur dan gula hingga kembang.
3.masukkan tepung dan baking powder (ayak dulu).gaul.
4.masukkan pisang yang dilenyek bersama soda bikarbonat tadi.
5.masukkan garam secukup rasa.gaul.masukkan dalam loyang yang dah disapu minyak.
6.kukus selama 45 minit.
7.dah sejuk.potong dan makan.

tapi saya makan panas2.sebab dah tak sabar.nabil dan damia pun sama.sedap gileeee..senang je kan?
sekian.jemput makan.

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

yeayy! dapat adik lanang :)

berita baik harini.nabil dan damia dapat adik lanang :) hehe.suka tak?adik ketiga saya, Jauhari dah jadi bapak.Alhamdulillah..beliau post kat family distribution's wall facebook:

"Alhamdulillah Siti Farah dah selamat lahirkan baby boy mlm smlm kul 10:58pm..berat 3.31kgs & panjang 52cm... =)"

tahniah untuk kamu berdua.pak uda dan acik farah.bertambah lagi sorang cucu lanang dalam family kami.saya dan kakak saya pun dapat anak sulung lelaki.




nama siapa?belum tau lagi.hehe.semoga menjadi anak yang soleh nanti ye baby.tak sabar nak jumpa.lama lagi la jawabnya.dapat tengok gambar pun jadila..maklumla baby kat perak.kami kat johor.huhu.

MUAHHH dari kami ^_~

*update: baby kena kuning pulak.cian baby.tapi tak tinggi sangat.cepat baik ye baby :)


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!