Monday, October 10, 2011

Hari Ini dan Semalam

Hari ini, enSuami mula kerja kat company baru. lepas seminggu lebih membanting tulang empat kerat kat kebun . mungkin anak-anak akan terasa kehilangan sebab hari-hari dapat jumpa ayah mereka. lepasni enSuami terpaksa balik seminggu dua kali macam dulu-dulu.

Semalam, enSuami sambut ulangtahun kelahiran beliau yang ke-31. beliau request nasi ayam. tapi bukan saya yang masakla. MIL yang masak. kehkeh. saya celik mata je pagi tu dah bau nasi ayam. awal betul MIL masak. jadi, sarapan nasi ayam la kami pagi tu. kek? kami tak beli pun. beli yang dah potong kecik-kecik tu je. bagi kat anak-anak makan. sebab orang dewasa semua dah muak makan kek.

Hari ini dan semalam. hari yang cukup bermakna untuk enSuami juga kami. semoga beliau sukses dan diberkati Allah selalu. kami sayang kamu ;)


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!