Showing posts with label Makan-makan. Show all posts
Showing posts with label Makan-makan. Show all posts

Friday, November 30, 2012

Saat Ku Idamkan

Ok. saat ku idamkan.
Durian crepe yang terngidam.. eh salah. yang teringin tahap maksima dah dapat makan. 
Nasib baik ada orang kluang jual. ehhehe.
Sedap gilos.
23hb November haritu pepagi laju-laju pergi beli kat rumah elin Sentuhan Kasihku. 
Tapi aku beli 1 peket je sebab takut tak sedap. sebabnya kakak daku yang nun jauh di Melaka beli 2 peket sebab ngidam yang teramat tapi hampa sebab tak sedap. heheh.
Kesimpulannya, minggu depan nak beli lagi. hewhew.

Tadaaaa..



Yummehhhh!!

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Monday, August 1, 2011

Sahur daging landak. pernah makan tak?

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak teman-temanku semua :)
Semoga Ramadhan kali ini disambut dengan penuh keinsafan dan keberkatan. Selamat berterawih juga :)

malam tadi nabil tidur awal sebab cakap nak puasa tapi tak terbangun pulak. hehe. ngantuk sangat la tu.
kami sambut puasa kat kampung. untuk makluman, saya dan enSuami sekampung. ngee~
kami buat keputusan untuk bersahur di rumah MIL dan berbuka di rumah mak saya ^_^.
petang semalam kami pergi kedai. ada jual daging landak. alamak! enSuami boleh pulak beria nak beli. saya ikutkan je la. enSuami pun tak pernah makan. nak cuba katanya. tapi kat kepala terbayang macam-macam. apa rasanya..macam mana rupa daging tu..boleh makan ke tak (kalau takboleh takkan la makcik tu jual kan?)

sampai rumah terus Google. haha. apa la kan? sebenarnya macam berani-berani takut nak cuba.
saya jumpa info ni kat Koleksi Soal Jawab Fiqh. alamak! landak tu spesis tikus ye? haha. baru tau. sungguh tak cukup ilmu di dada la kan. credit to encik Aizuddin.


Makan Daging Landakhttp://solatjemaahjumaat.blogspot.com/2009/06/makan-daging-landak.html

Halal.

walaupun landak itu dari species tikus (rodentia) tapi bukan semua species di bawah rodentia semuanya haram. Kerana dasar pengharaman ialah:

AQT 7:157 [...dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk]

Apa yg baik dan apa yg buruk itu kekadang datang dari nas (amat sedikit) dan yg selebihnya datang dari akal sihat dan adat budaya bangsa tsb.

Sejak dulukala, kaum kita makan landak dan ia bukanlah haiwan yg buruk (yakni memberi mudharat dan binatang yg kotor)

kura2 mmg tak boleh makan dalam madzhab syafi'iy kerana ia adalah haiwan dua alam (dia hidup di darat dan di dalam air sama banyak), dalam AQ dan as-Sunnah, tak ada istilah dua alam ni...
yang benar, kita tidak makan kura2 kerana ia tidak membangkitkan selera kaum kita...kita merasa jijik. itu je...

di Malaysia, kura2 memang dimakan oleh bangsa lain spt org China dan keturunan Siam.

Tenggiling atau ant-eater ni kalau kita terserempak dengannya atau kita menyentuhnya, ia secara otomatik akan bergulung. Kerana kulitnya bersisik keras, maka tujuan dia bergulung ialah sebagai protection.

Tenggiling tidak di makan oleh orang melayu, bukan kerana hukum tetapi kerana adat. Dalam hukum tak disebut apa-apa. Ini kerana kaedah menentukan halal/haram sesuatu makanan ialah banyak, antaranya perasaan jijik, dan kaedah yg paling masyhur dalam madzhab syafi'iy ialah standard makan orang arab kota. maksudnya, jika orang arab merasa jijik dgn sesuatu, maka ia dianggap haram.

"Artinya : Atau darah yang mengalir" [Al-An'Am : 145]

Sekalipun darah adalah haram, tetapi ada pengecualian yaitu hati dan limpa berdasarkan hadits Ibnu Umar di atas tadi. Demikian pula sisa-sisa darah yang menempel pada daging atau leher setelah disembelih. Semuanya itu hukumnya halal. Syaikul Islam Ibnu Taimiyyah mengatakan: " Pendapat yang benar, bahwa darah yang diharamkan oleh Allah adalah darah yang mengalir. Adapun sisa darah yang menempel pada daging, maka tidak ada satupun dari kalangan ulama' yang mengharamkannya". [Dinukil dari Al-Mulakhas Al-Fiqhi 2/461 oleh Syaikh Dr. Shahih Al-Fauzan]

** MIL masak rendang daging landak tu. ok la. sedap juga. cuma kat kepala ni asyik terbayang wajah landak tu. haha. boleh ke tak ek?adehh..


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Wednesday, June 22, 2011

jambu gelas

siapa pernah makan jambu gelas?
suka tak?

mula-mula saya makan jambu gelas ni lepas kahwin dengan enSuami. sebelum ni tak pernah jumpa. jadi, agak jakun sikit la. haha. selalu jumpa jambu ball je.

abah-in-law ajar makan dengan garam. saya makan dengan kuah rojak petis.ngee~



jambu gelas ni besar. kalau saiz perut besar boleh habiskan satu biji tu sorang-sorang.haha. bila tiba musim jambu gelas ni, abah akan panjat pokok tu dan petik banyak-banyak dan bahagi-bahagikan kepada jiran-jiran. semua dapat merasa. insya Allah. rezeki dikongsi bersama.

saya tak pernah nampak buah jambu gelas ni dijual kat gerai-gerai buah. kenapa ye? baru-baru ni kawan ofis enSuami mengidam buah ni. nasib baik la ada kan?hihi. rezeki baby :)

ok. jemput makan.

p/s: kalau korang suka makan jambu gelas ni dengan apa ye?

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!