Thursday, July 7, 2011

panjat sana panjat sini

selamat malam semua..
sebenarnya tak de nak cerita apa hari ni. tapi tangan ni sangat gatal nak menaip. hehe.

siapa yang suka panjat sana panjat sini ye?
anak dara saya yang ganas ni suka memanjat. seram la nak tinggal pegi mandi ke..pegi sidai kain ke..
sebelum ni dia selalu panjat sofa lepas tu terjun masuk dalam baby cot.
panjat sofa turun sofa tu dah kira terer sangat dah.
sejak-sejak ni ada aktiviti baru. sebab dia selalu nampak nabil panjat kerusi lepas tu enak-enak duduk menikmati makanan. dia pun mulakan langkah pertama.

pergh.. kecik-kecik pun lepas juga. adehh. paling tak boleh lupa, dia dah dapat panjat kerusi tu, terus bukak tudung saji..lepas tu cakap 'waaaahhhh..'.

masalahnya sekarang, pandai panjat kerusi tu tapi tak pandai turun lagi. sebab tinggi. tak ke bahaya? hadoila..

~opps! cekci la pulak. nak pegi mandi tapi tersinggah kat keja makan pulak.haih~

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Spontaneous Thursday #1

sana resepi sini resepi mana pergi idea nak masak harini??


Asal usul ST ? Tanya kat Syafiq Rosli

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Monday, July 4, 2011

100gram je???

pagi tadi saya bawak kanak-kanak riang pegi klinik kesihatan.
mak, bapak dan adik bongsu saya baik hati turun padang temankan saya bawak nabil dan damia.

tapi bapak saya tunggu kat rumah saya je. mak dan adik saya je ikut. sebab takut nabil buat drama. haha. damia yang nak kena inject sebenarnya.

bila damia jatuh dan luka, nabil yang nangis beria-ria. damia selamba je. kenapa ye?
bila damia kena paksa makan ubat, nabil yang sedih sangat-sangat. kenapa ye?
sebab tu saya takut, proses nak inject damia terganggu. takut nabil yang meraung masa damia nak kena inject. haha.

sesi menimbang kanak-kanak bermula. damia naik 100gram. nabil pun naik 100gram (je?).adoyai. berjanji ke hape. 2 bulan lepas, damia 7.4kg. nabil pulak 11.2kg. susahnya nak naik. haih.

lepas siap timbang, saya suruh nabil ikut pakcu dia. saya bawak damia untuk injection pulak. tunggu sikit punya lanma, baru ada misi terhegeh-hegeh siapkan peralatan nak inject. muka memang kelat la. agaknya kenapa ye misi government macam tu? saya tak la cakap semua. ramai juga yang ok sebenarnya. tapi hati saya terus rasa tak sedap bila misi dah buat muka macam tu.

masa nak inject damia, saya pegang damia kuat-kuat. damia meronta juga. misi tu cakap cicak..cicak..takutnya cicak.. (motif???). masa jarum dah dicucuk ke tangan damia yang kiut tu, saya tengok misi tu tekan la ubat tu kan. tetiba jarum suntik tercabut dari picagari tu. ubat tu terpercik kat saya. kena mata. misi tu cuma cakap 'ya Allah..' lepastu dia cakap dah siap. gitu je? saya cepat-cepat cuci mata kat paip. damia tak nangis cuma meronta je. agaknya sebab tu jarum tu boleh tercabut. tapi saya yang terkesima tak mampu nak kata pape dah. terus je keluar klinik.

saya cerita kat mak. mak cakap tak pe la. doa banyak-banyak. insya Allah tak apa-apa. kalau Allah tak izinkan jadi pape, tak jadi pape. damia kan kuat, mungkin damia perlukan ubat tu sikit je.hm..

lepas tu, saya susukan damia. terus tidur. singgah kedai kain sebab mak nak beli kain ela untuk buat blouse. damia lena sampai kami balik.

tapi..

sampai sekarang hati saya tak tenteram. kenapa ya?

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Ole ole ole ole~

Saya balik kampung jumaat minggu lepas. berjimba ramba kat kampung sebab tak payah masak.haha. balik kampung mestila nak makan masakan mak. betul tak? err..tu bukan alasan malas masak ye.hihi.

saya jumpa adik bongsu saya yang baru pulang bercuti sampai raya nanti. insya Allah. Damia macam takut-takut masa awal jumpa. tapi lepas tu dah ok. nabil? tak payah cerita la. dah besar kan. mesti la ingat rupa parasmu yang kacak wahai pakcu.

sampai rumah mak, adik bongsu saya tanya nak perfume tak?hah? ada ke dia tanya nak ke tak. cissss.. mesti la nak kan?haha. ada 4 botol. saya pilih yang ni..hihi. wangii.. hm, damia dah pandai angkat ketiak bila nampak minyak wangi. dia akan cakap 'nak..'.

ish, kanak-kanak zaman sekarang advance kan? lipstick saya pun dia dah pandai hulur dan cakap nak. siap sapu-sapu kat bibir. adehh.. kamu baru setahun dikk..nabil usah cerita. deodoran saya pun dia sibuk nak guna. haih~


lepas tu mak saya punya yang ni. besar gedabak kotak dia. mak punya mesti la special kan. ada losyen sekali. wangiii juga.


lepas tu saya sambar juga FM dan keychain. ada FM Garfu dari Malta. tapi nabil dan pecahkan. adeh..sungguh sedih. nabil pujuk pakcu. nabil cakap pakcu, abin mintak maaf. pakcu jangan sedih-sedih eh.. (amboi..ingat senang la nak dapat benda tu)


dan ole-ole wajib tiap tahun.. coklat. adess..makan berapa ketul dah sakit gigi. umur dah nak masuk 3-series ni tak tahan manis pulak.



tak lupa juga untuk penggemar kopi iaitu bapak saya..ada 3 kotak. tahun lepas bawak teh. tahun ni takdak.hihi. enSuami cakap student oversea kalau balik bawak ole-ole macam orang dah kerja ek?haha. ye la, mesti la nak sama-sama rasa dan share apa yang ada kat negara orang kan. tak banyak sikit pun jadila..


ok. sekian. saya dah makan bagi pihak anda semua wahai rakan-rakan yang sudi membaca.hihi.

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!