Saturday, February 19, 2011

CONTEST ME AND HIJAB – KHUMAERA ISMAIL


Saya join contest ni.kalau nak join jom terjah blog Miss Librarian.kat bawah ni gambar me and hijab.hehe.



saya suka pakai hijab  seperti di atas sebab simple.cepat.mudah dan tak perlu brooch pun.ala2 Hana Tajima gituu..haha.

Saya tag:


Tarikh Luput: 1 April 2011 (birthday saya ni..nak hadiah boleh tak?huhu)

Contest Besday Kad Untuk Safiyya


Happy 4th Birthday Safiyya..
Ini besday card untuk Safiyya dari kami sekeluarga :)


ataupun kad yang kat bawah ni ye (klik kat kad tu)..nak dua2 pun boleh :)



Kalau nak join klik kat blog Anamarza.
Tarikh tutup: 28.2.2011
Keputusan: 3.3.2011

Dah seminggu demam,bila nak baik ni..


~gambar kanak2 manja dengan adik ke-4 saya~

huhu.sedihnya muka si anak dara.demam dah seminggu.hari ni dah ok dah.tapi keluar pulak ruam2 kat seluruh badan.

kami bergegas bawak gi klinik.doktor cakap tak demam dah.bagi la ubat tahan gatal dan ubat sapu kat dia.doktor suruh sejuk2kan badan damia.contohnya:

1) duduk dalam air-con (haih kanak2 zaman siber ni memang nak berair-con memanjang).hm,kalau kat rumah sendiri boleh la.ni kat kampung berkipas je la jawabnya.

2) mandikan supaya sentiasa selesa (hadoi)

3) sentiasa tukar bedsheet.baru tukar kan sejuk je.(hai anak kesian nenek kamu nak kena keluarkan segala tok nenek bedsheet yang ada)

** Naurah damia bila la kamu nak baik ni dikk.penat sangat ke?nenek cakap damia dah susut dah..

Ape pulak ni???


" Your computer might catch a virus if you visit this site.

Google has found malicious software may be installed onto your computer if you proceed. If you've visited this site in the past or you trust this site, it's possible that it has just recently been compromised by a hacker. You should not proceed, and perhaps try again tomorrow or go somewhere else."

Alamak ni apa pulak ye?
Nak proceed ke tak payah?Saya join giveaway.saje nak melawat blog tuan rumah blog tu balik.tapi..

JOM SERTAI BLOGLIST IR @ BLOG LEBAH


Kenapa saya nak join?sebab saya suka lebah.haha.
Saya suka belog beliau sebab banyak info.simple.dan sweet.nak join sila klik blog lebah ni.

Friday, February 18, 2011

18 Februari 2011 = 31 tahun!

Selamat Menyambut Ulangtahun Perkahwinan yang ke-31 emak dan bapak!

Wah,kami yang excited ni.walaupun takla terer sangat memasak,saya cuba juga buat 'sesuatu' untuk parents saya.(eleh kunun la tu).

Sebenarnya mak saya yang excited.hhaha.cover line.mak saya siap post kat wall fb beliau sehari lebih awal.takpe la mak.yang penting mak dan bapak bahagia dan semakin berbunga2 cinta hingga ke akhir hayat.hingga ke syurga.amiin..

Terima kasih sebab jadi parents yang mendidik kami tanpa jemu.membesarkan kami tanpa ragu.juga melimpahkan kasihsayang kepada kami adikberadik yang seramai 7 orang ni.

1.Puan Zahidah - umur 30tahun
2.Saya - umur 29tahun
3.Encik Ajoe - umur 28tahun
4.Encik Firdaus - umur 27tahun
5.Encik Sidek - umur 25tahun
6.Cik Tt - umur 23tahun
7.Encik Idris - umur 22tahun

Hebat kan parents saya.saya baru anak 2 orang dah kelam kabut.parents saya ada 7 orang.rapat2 pulak tu.macam mana nak handle?huhu.


~ehem..ehem..hasil seni tangan kayu.brownies lapis pandan kukus dan pulut kuning~



~terpaksa tunjuk gambar tangan saje ye.empunya Anniversary tidak mahu gambar mereka diambil sebab mereka tak bersedia jadi artis(haha.nampak kain batik tu)~




~kanak2 yang memang suka potong kek.haha.muka bangga je kan dapat potong kek~




Brownies Lapis Pandan Kukus - Resepi saya ambil kat nooranaali (terima kasih daun keladi)

Bahan-bahan

Butter 190gm,

Gula Kastor 1 cawan,

Susu Cair 1/2 tin,

Telur 2 biji (dipukul),

Tepung Gandum 1 1/2 cawan,

Serbuk Koko 1/4 cawan,

Baking Powder 1/2 sudu teh,

Baking Soda 1/2 sudu teh,

Vanilla Esen 1 sudu teh,

Pewarna Hijau 1 sudu teh,

Estrak pandan (kisar dari daun pandan) atau pandan paste secukup nyer

Cara-cara Penyediaan

Mula mula campurkan gula kastor,butter, susu cair dan esen vanila di dalam periuk dan jerang kan diatas api sederhana kacau sehingga gula dan butter cair. Kemudian biar ia sejuk (suhu bilik).

Setelah sejuk masukkan telur dan kacau. Ayak 1 cawan tepung, baking soda, baking powder dan masukkan kedalam adunan tadi. Ambil 2 cawan dari adunan tadi dan campurkan dgn serbuk koko.

Adunan yang selebihnya tadi dicampurkan dengan 1/2 cawan tepung,ekstrak daun pandan dan pewarna hijau. Panaskan pengukus. Lingsir acuan (greased), dan masukkan adunan koko tadi dan kukus dan tutup acuan dengan kertas timah agar air pengukus tidak masuk kedalam adunan. Selepas 30 minit masukkan adunan pandan dan tutup semula dengan kertas timah.Kukus selama 30minit .

** saya toping.tapi tak cun sangat.huhu.memang tangan kayu!

Thursday, February 17, 2011

Hijab



Berangan?Ya.haha.

Saya cuba2 pakai hijab macam Hana Tajima.saya cuba style yang ni sebab macam senang.juga simple.haha.sekali perasan macam Hana Tajima daaa..(eleh muka jawa pun ada hatikah?hahaha)

kalau nak try boleh klik kat StyleCovered hijab short pashmina tutorial ni.sejak2 ni brooch cun2 yang i beli macam tak berguna pulak.haha.

SEGMEN KHAS UNTUK BLOGGER BARU : 100 FOLLOWER KE BAWAH


hihi..bro Ben Ashaari buat segmen khas untuk blogger2 baru macam saya ni.saya nak join :)
kalau u all nak join sila klik Blog Ben Ashaari ye..

p/s: tq bro!

Wednesday, February 16, 2011

Trilogi Cinta @ TV1


Disebabkan saya ni tak menonton tv1 untuk sekian lamanya sebab kat rumah saya tak clear sangat, jadi saya agak ketinggalan sikit pasal drama baru ni.

Dan sejak2 ni bila saya balik rumah PIL,takpun balik ke Kota Tinggi rumah saudara mara kat sana,semuanya sibuk cerita pasal drama baru kat tv1.apa lagi kan?Trilogi Cinta la..

dulu masa study selalu gak baca novel2 Sharifah Abu Salem ni.tak sangka pulak dah didramakan.Drama Trilogi Cinta ni adalah gabungan dari 3 buah Novel Sharifah Abu Salem iaitu Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian, dan Tiada lagi Mimpi.


Para pelakon dalam drama Trilogi Cinta ni ialah, Rosyam Nor, Fauziah Gous, Siti Fazurina, Aida Khalida, Raisuddin Hamzah dan Roslan Salleh dan Amyza Adnan.

Anda boleh baca sikit2 sinopsis drama ini kat sini.

Selamat beremosi.haha.mana taknya, FIL saya sanggup tunggu depan tv nak layan drama ni.pastu baru MIL join the club.

Kuih Ketayap

Dah lama tak buat kuih ni.seingat saya kali terakhir saya buat masa mengandungkan Damia.tu pun sebab mengidam.hehe.

Petang ni saya rajinkan diri buat lagi.walaupun penyakit 'M' saya masih menular dalam diri.haha.saya tak sempat ambik gambar sebab dah licin dimakan oleh kami bertiga.jadi saya 'meminjam' gambar dan saya juga masak ikut resepi dari sini.


Bahan A
1 cawan tepung gandum
2 biji telur (saya guna 1 biji je..hehe)
2 helai daun pandan
1 1/2 cawan susu cair atau santan (saya guna santan segera)
1 sudu teh garam,
pewarna hijau
2 sudu besar minyak masak

Inti
1/2 biji kelapa parut putih
3/4 cawan gula merah
sedikit air
1 helai daun pandan
1 sudu besar tepung pulut/jagung

Cara Penyediaan

1. Untuk inti: Masukkan kelapa parut,air dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan.
2. Masak hingga pekat dan taburkan sedikit tepung untuk kentalkan intinya. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.
3. Untuk dadar : Satukan semua bahan A dan kisar dengan blender hingga halus dan tidak berketul. Tapis
4. Panaskan kuali, leser dengan sedikit minyak dan sendukkan 1/2 senduk adunan tadi dan layangkan kuali agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung.
(Cara gulung; lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis.)

** Damia suka kuih ketayap rupanya.agaknya sebab masa pregnant aritu saya siap mengidam nak kuih ni kot.Nabil pun laju je makan.tapi dia taknak inti.jadi dia makan macam tu je.pun sedap.

contest anak & ayah serasi bersama

Meh join contest lagik!hehe.klik kat banner untuk join ye..


ok tak gambar yang saya pertaruhkan ni.memang serasi kan?hehe.ini gambar hero2 saya iaitu anak dan hubby saya semasa mandi kat Ulu Tiram Indoor WaterPark.


Nama anak: Muhammad Nabil Irsyad bin Marzarudin
Tarikh lahir anak: 11 jun 2008
Nama ibu: Zuraidah Hanim binti Mohd Seran

Tarik tutup: 20.2.2011 @ 8.49pm

Saya nak tag:

Tuesday, February 15, 2011

8Bulan

** Nama saye Naurah Damia.

** Hari ini umur saye 8bulan.
** Saye demam (nak pandai apa gaknye ek?)
** Saye kuat.
** Saye comel.saye cantek..(hehe..)
** Saye sayang mama saye,sayang ayah saye,sayang abang saye..saya sayang semua..
** Saye sudah pandai memanjat (ish..macam boboi la pulak)
** Saye suka makan.haha
** Saya dah pandai babai :)

Babai..jumpa lagi..

Selamat Menyambut Maulidurrasul 1432H

Salam,

saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Maulidurrasul kepada semua umat Islam seluruh dunia.

Jom kita hayati kisah Maulidur Rasul.

Kelebihan Nabi Muhammad.

Dari Jabir katanya : Berkata Rasulullah yang ertinya :

Aku telah diberikan 5 perkara yang tidak seorang pun daripada para nabi sebelum ku diberikan :

1. Aku ditolong dengan daya menakutkan musuh sejauh perjalanan sebulan.
2. Diuntukkan bagiku bumi ini ,dimana-mana sahaja boleh dijadikan tempat bersujud dan keadaannya suci .Maka sebarang umatku yang telah datang kepadanya waktu sembahyang,hendaklan tampil sembahyang.
3. Dihalalkan harta rampasan perang bagiku dan tidak halal bagi seorang pun sebelum ku.
4. Aku diberi kuasa untuk beri syafaat.
5. Setiap nabi dibangkitkan untuk menyeru kaumnya sahaja,tapi aku dibangkitkan untuk menyeru seluruh manusia.

RASUL-RASUL PENJAGA LANGIT

Lapisan 1 : Nabi Adam
Lapisan 2 : Nabi isa dan Yahya
Lapisan 3 : Nabi Yusuf
Lapisan 4 : Nabi Idris
Lapisan 5 : Nabi Harun
Lapisan 6 : Nabi Musa
Lapisan 7 : Nabi Ibrahim.

WASIAT NABI MUHAMMAD SAW kepada SAYIDINA ALI RA

Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
>1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
>2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
>3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia..

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:

>1) Jujur dalam berkata-kata.
>2) Menjauhi segala yg haram.
>3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:

>1) Merahasiakan ibadahnya.
>2) Merahasiakan sedekahnya.
>3) Merahasiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:

>1) Takut berlaku dusta dan keji.
>2) Menjauhi kejahatan.
>3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi itu ada 3 tanda2 AHLI IBADAH itu ada 3 tandanya:

>1) Mengawasi dirinya.
>2) Menghisab dirinya.
>3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.


**info ini saya share dari sini http://ahmadanghazali67.blogspot.com/2010/02/hayatilah-kisah-maulidurrasul.html. terima kasih.

Sunday, February 13, 2011

~Kenangan malam minggu,waktu jalan-jalan~

wah..tajuk entri tak hengat.kenapa?

sebab masa kami lepak kat Dataran selepas aktiviti Nabil mengayuh basikal, ada orang karaoke.nyanyi lagu Memori Daun Pisang.pheewiitt..Nabil siap join bergelek.hahaha.suwitt sangat.

enSuami dah geram sebab beliau nak 'sumbang'kan sebuah lagu.tapi saya tak bagi sebab takut hujan.haha.next time ye..


jom tengok gambar2 kami yang kononnya nak beriadah.lepastu isi perut dengan sate pulak.haha.lepas sesi membakar lemak kita menternak lemak pulak.


~sebelum keluar rumah,berposing2 dulu ler~


~damia dah penat duduk dalam stroller,ayah kena la dukung ye..hehe~


~kayuh..kayuh..kayuh..dahaga la pulak.kita minum dulu~


~kami pun dahaga juge.cari port.makan sate..ha..tengok tu kanak2 pun lapar~


~abin order lagi 1 set nasi impit.khas untuk dia.sambil makan sambil bergoyang (background song: memori daun pisang) hahaha.ok,dah kenyang?jom balik~

p/s: enSuami cakap next time kalau datang makan kat sini lagi beliau nak berkaraoke dengan Nabil.lagu Baik-baik sayang (gulp!)

Contest Kids & Cartoons




Nama hero saya: Muhammad Nabil Irsyad bin Marzarudin
Tarikh lahir: 11 jun 2008
Umur: 2 tahun 8 bulan
Kartun kegemaran: Wonder Pets!



"wonder pets..wonder pets..kami datang,
membantu kawan yang kesusahan,
kami tak besar dan kami tak kuat,
bila bekerjasama semua jadi mudah,
yeay..wonder pets!yeay!!"

Tarikh tutup: 20 Feb 2011

p/s: oohh..saya mahu comforter ituuu..