Showing posts with label Santai-santai. Show all posts
Showing posts with label Santai-santai. Show all posts

Thursday, June 16, 2011

Aikkk?? baki 30sen je??

Pukul 6.00pm. mama, ada bau apa ni? abin macam ada bau-bau je..
Ooooohh..hari ni hari khamis. ada pasar malam rupanya. kuat betul deria bau Muhammad Nabil Irsyad ni la.

ok. siap ala kadar. sarung tudung express. anak-anak pintar dah senyum-senyum sebab mama dah pakai cantik sikit. suka la tu dapat jalan-jalan. saya malas nak drive. jalan kaki saja. lagipun 5 minit je jalan. bakar lemak yang dah mula bermaharajalela ni.

nabil: 'kesian kita tak naik kereta kan mama..'

eleh, malas nak jalan la tu..haha.

sampai je pasar malam, nabil dah nampak sesuatu. hadoi. dalam hati dah doa dah, janganla dia nampak benda tu.hish, tu juga yang dia nampak dulu.apa dia??

nabil dah jerit 'mamaaaaa..ada belon doraemon tu!!!'

adoiii..terpaksa pujuk dia. cakap nak jalan tempat lain dulu. nasib baik ok. eh lupa, saya bawak RM15 je.hihi.kena budget betul-betul ni.sebenarnya nak belanja RM10 je. tapi tak berjaya..hukhuk.

mula-mula saya beli ikan. satu pinggan = RM5. satu pinggan sama dengan 1 kg. disebabkan kanak-kanak sangat suka makan ikan. jadi menu wajib harian pulak tu..saya beli la juga ikan tu. nak beli 3 ekor je. ada ke orang tu tak jual. kena beli 1 pinggan juga.haih.

~makcik tu cakap ni ikan kerapu. anak ikan kerapu kot.~

lepas tu nampak kedai jual keropok, budu, cencaluk bagai. nabil nak keropok. beli la satu. keropok segera = RM1.50.
~keropok ni selalu beli masa study dulu.hihi~

lepas tu..eh, terlalu lagi kat kedai belon.adodoi..tangan kecik dah kuat tarik tangan mama dia je ni. kena la singgah.

saya: berapa ringgit belon doraemon ni dik?
adik penjual: RM5 kak.
saya: hah?? RM5?? mahalnya. nabil, beli makanan ni kenyang tau.

tapi, saya bayar juga la.huwaa..
~doraemon..ang ang ang~

lepastu jalan lagi.kena beli makanan wajib setiap kali pegi pasar malam. apa dia? keropok lekor la. anak-anak pintar suka gila makan ikan. jadi keropok lekor tu makan selalu juga tanpa rasa jemu. haih.

~keropok lekor panas-panas~

ok. last. ada duit lagi tak? mama nak beli air soya panas.nanti dah makan keropok mesti dahaga. mesti nak air super-sedap pulak.


berapa belanja harini? jom main kira-kira.haha.

ok. bawak berapa ringgit tadi? RM15 kan? baki ada 30sen. nah nabil, pegi masuk dalam tabung.hihi.

**sebenarnya ada nampak nasi kerabu. macam nak beli. tapi fikir nasi kat rumah ada lagi. so, tak jadi beli. kalau korang, korang suka beli apa ye? dah selalu sangat pegi pasar malam, taktau dah apa yang special.ngee~

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Wednesday, May 25, 2011

Yeahoooo!! tiket sudah beli!!

enSuami balik awal hari ni.
Sebab nak hiburkan hati anak teruna yang tengah tak sihat.
bila la ulser kat mulut nabil nak baik. menjadi-jadi la pulak manjanya.
hari ni satu hari taknak makan. nak tau dia mintak lauk apa?

'abin bau manis-manis ketam la..mama ada masak ketam tak?'

adodoi..anak..anak..
saya terpaksa jadi mama garang harini. saya paksa nabil minum air. 
saya juga terpaksa ugut dia. ish. kejam.
saya cakap kalau mulut dia tak baik lagi, sabtu ni nabil tak boleh potong kek besar. tak boleh makan kek.sebab mulut sakit. lepas tu baru la dia nak minum air banyak-banyak.

kami ke Kluang Parade. jalan-jalan. nabil asyik tanya je. 

'kita nak tengok Kungfu Panda ke?'

haih. enSuami pun pergi bawak kami ke tingkat atas sekali. beli tiket wayang. tapi untuk tayangan esok la kan? sebab Kungfu Panda 2 mula ditayangkan 26 mei.

nak tengok tiket?

nak?

nak?

hehe.

excited!

tadaaaaa...








Jom!
26 mei 2011 @ 9.00 malam.

weeeeee~

p/s: kesian Seth Tan kan? apa la Nora Elena ni. hihi. *tetiba

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Thursday, May 19, 2011

aktiviti hujung minggu part 2

ini adalah sambungan entri aktiviti hujung minggu part 1.

ahad lepas kami ada aktiviti bersama keluarga lagi.bangun lambat.hihi.pukul 2 petang kami pegi Kluang Parade sebab encik akob suami puan suraya nak belanja main bowling.err..saya adalah jaguh main bowling.haha.tipu.ratu longkang ada laa.adooooiii..

jom layan gambar sampai muntah!

sampai je kami pegi kfc dulu.nabil nak makan pulak.sebelum keluar mama suruh makan kata dah kenyang.saje la tuu..

~nabil makan nasi ayam.damia makan nuget~

~bergambar dulu.itu yang wajib.hihi~

~err..semua nampak 'belakang' je yek?nak main bowling.jadi wajibla jangan pandang belakang kan?si baju belang merah putih iaitu encik akob yang belanja.yeahh!~

~nabil paling excited.paling semangat nak main.siap bodek tokwan dia.bila tokwan baling je, dia jerit 'terrrbaaeekkkk!! haha~

~damia pulak tak boleh duduk diam.adoii..nak lepas je kang ada bayi masuk lorong kang~

~kami pegi Kluang Mall pulak lepas tu.singgah kedai.beli kasut comel kaler pink untuk damia.nak warna putih design lain takde saiz pulak.tibai je yang ni.hihi.happy sangat dapat kasut.ini adalah kasut pertama damia.hoorrraaayyy!!~

~makan kat pizza hut.kali ni puan suraya aka mak lang nabil dan damia pulak belanja.wahh.terima kasih.semoga bertambah la rezeki u ols ye~

~makan sampai licin.hihi.lepas makan kami main kereta langgar-langgar.best! sebab main ramai-ramai.lepastu balik rumah.sampai rumah, damia dan nabil tidur.kepenatan~

*terima kasih sue & akob sebab jadi penaja aktiviti di hujung minggu.kekeke~

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Wednesday, May 18, 2011

aktiviti hujung minggu part 1

sabtu lepas kami ikut enSuami pergi kerja kat Kota Tinggi.kami lepak kat rumah atok sebelah enSuami, Tokyah.jom layan gambar (^_^)v

enSuami ajak nabil memancing udang.ada la setengah jam.lepas tu saya panggil balik rumah.haha.enSuami sambung balik pergi kerja.beliau takut anak bujang nan seorang ni kebosanan.jadi beliau curi masa sikit bawak anak pergi memancing.boleh gitu?

dapat udang seekor.sampai rumah excited gile cerita.haha.terus goreng.lepas balun sorang-sorang, nabil ajak ayah dia pegi pancing udang lagi.hahaha.


lepas lunch, kami ikut enSuami pergi office.lepak-lepak sekejap.ambik gambar kanak-kanak.lepastu damia dah risau sebab dia tak boleh lepas bebas main kat bawah.jadi kami pergi ke rumah makcik sebelah enSuami, Cik Ina.


 kami balik ke rumah selepas enSuami siapkan kerja.adoi.penat jadi penunggu.kami bertolak pukul 6 .30 petang.fuhh.kami singgah karnival kat Bandar Tenggara.ada kuda! bayar RM5, nabil dapat naik kuda 3 pusingan.mula-mula muka cuak.lepastu ok :)

kami jalan-jalan kat karnival dengan FIL.abah,mak,dhiah, akob, mak lang sue dan syawal yafiq yang hensem :)

 kami singgah rumah abah.lepak-lepak sampai pukul 11 malam, terus balik rumah.fuhh! penat yang amat!


sekian.sampai rumah terus pengsan (^_^)v

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Tuesday, April 26, 2011

saat ku idamkan~

Sabtu lepas kami pergi ke Putrajaya.dengan PIL sekali.sebab adik ipar saya yang berdarah manis eksiden.jatuh motor.sebenarnya dah 1 week dia eksiden.haih.lambat bebeno kamu bagitau omak ye iwan?

sabtu petang lepas enSuami balik dari kerja,kami bersiap-siap bawak la baju sikit sebab malam tu kami tidur kat rumah mak lang kanak-kanak riang.nak dijadikan cerita tengah bersiap-siap tu damia main-main kat tepi katil.tetiba macam mana tah silap step kot damia tergolek.telinga kena bucu katil.adehh.darah keluar agak banyak.ngeri pulak.terus cuci.sapu minyak gamat.nasib baik darah stop.hm..
ha,tengok tu.anak dara sorang ni memang ganas sikit.damia tengah gigih belajar menapak ni.panjat sana sini tu toksah cerita la.panjat walker terjun walker.haih.

kami bertolak pukul 4.30pm.berhenti kat hentian pagoh sebab nabil nak buang air kecik.berhenti lagi kat hentian tangkak sebab nabil nak buang air besar pulak.kami pun bukak bekal yang kami bawak.makan dulu.saya masak ayam masak kicap dan sambal goreng.kenyang.teruskan perjalanan.lepastu kami takde berenti mana-mana lagi.pukul 8 pm sampai Presint 16.Alhamdulillah..nabil memang sepanjang perjalanan tanya bila nak sampai rumah adik syawal ni..haih.

pukul 9 pm kami jalan kaki pegi Alamanda.jom layan gambar :)



~naik ambulance dengan adik syawal yafiq~

~singgah sini beli aiskrim.orange flavor untuk nabil.mango untuk enSuami~

~malam tu damia tak boleh tidur.merengek je.penat kot.tak penah2 tidur pakai pampers je.terpaksa bukak baju dia.baru senyap.dah biasa tidur kat rumah ada air-con.ngada2 la tu.haih~

~pagi2 dah layan kartun dengan syawal~

~syawal syafiq & muhammad nabil irsyad~

~anak dara seksi~

kami sarapan roti canai pagi tu.lepas tu bakal isteri iwan datang bawak nasi ayam.makan.lapar gile!lepas makan kami kemas2.balik johor..

singgah salak tinggi.rumah pakcik (adik my abah in law).haiyaa..diorang takde kat rumah pulak.ada anak ke-2 pakcik je (angah).jadi kami singgah sebab nabil nak buang air kecik.opps..sebelum masuk rumah pakcik,kami ambik buah pelam muda dulu kat depan rumah beliau.kekeke~

~ha..terliur tak?abah yang panjat pokok ambik pelam muda ni~

sampai kluang,enSuami singgah gerai tepi jalan.wahhh..durian maa..alamak,baru bau dah ngences ni..durian mahal la.tapi sebab dah lama saya teringin nak makan,enSuami beli juga (bukan mengidam ye)..tengkiu dear ^_^
~sekilo rm13(3 biji ni rm50)..fuhhh~

~tapi puas ati sangat.sedap.gebu.lemak.manis.saya yang paling banyak makan.ngee~

~saat ku idamkan.weee~

masa enSuami nak solat Asar,damia sibuk nak join sekali.damia sujud.hmm,pandai anak mama.jadi anak solehah ye besar nanti :)

~damia tengah sujud.ngee~

~tengok tu.dia yang paling sibuk sekali~

sekian.aktiviti hujung minggu yang memenatkan.dan menyeronokkan.

**Fakta bukan auta tentang Naurah Damia:
-dah menapak dua tiga langkah.tak sabarnya nak tengok damia pandai jalan :)
-bila kami panggil damia,dia akan menyahut 'Aaaaa..'.comel sangat.kakaka
-pandai cakap 'naaa' (nak) bila nampak makanan :)
-pandai cakap 'dah' bila dah taknak makan atau nenen :)
-dah pandai minum guna straw :)
-pandai panggil nabil 'Abba..'
-pandai panggil enSuami 'Ayyahhh..'
-pandai panggil mama 'Ammmaa..'

**terima kasih abah dan ibu syawal :) lain kali kami datang lagi ^_^
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Monday, April 11, 2011

Tropical Village Part III: cerita dah basi.hueh~

haih.malas betul nak upload gambar.mana pergi mood berblogging tah..
ini adalah sambungan kisah Tropical Village Part II.so,jom layan gambar lagi^_^










WELCOME TO LOVER'S CORNER







baby i ♥ u

sekian.eh ada sambungan lagi ke?maap ye.banyak lagi gambar lain.tapi cukup la sampai part III je.nanti ada orang muntah tengok gambar banyak2.kekeke~

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!