Thursday, June 16, 2011

Aikkk?? baki 30sen je??

Pukul 6.00pm. mama, ada bau apa ni? abin macam ada bau-bau je..
Ooooohh..hari ni hari khamis. ada pasar malam rupanya. kuat betul deria bau Muhammad Nabil Irsyad ni la.

ok. siap ala kadar. sarung tudung express. anak-anak pintar dah senyum-senyum sebab mama dah pakai cantik sikit. suka la tu dapat jalan-jalan. saya malas nak drive. jalan kaki saja. lagipun 5 minit je jalan. bakar lemak yang dah mula bermaharajalela ni.

nabil: 'kesian kita tak naik kereta kan mama..'

eleh, malas nak jalan la tu..haha.

sampai je pasar malam, nabil dah nampak sesuatu. hadoi. dalam hati dah doa dah, janganla dia nampak benda tu.hish, tu juga yang dia nampak dulu.apa dia??

nabil dah jerit 'mamaaaaa..ada belon doraemon tu!!!'

adoiii..terpaksa pujuk dia. cakap nak jalan tempat lain dulu. nasib baik ok. eh lupa, saya bawak RM15 je.hihi.kena budget betul-betul ni.sebenarnya nak belanja RM10 je. tapi tak berjaya..hukhuk.

mula-mula saya beli ikan. satu pinggan = RM5. satu pinggan sama dengan 1 kg. disebabkan kanak-kanak sangat suka makan ikan. jadi menu wajib harian pulak tu..saya beli la juga ikan tu. nak beli 3 ekor je. ada ke orang tu tak jual. kena beli 1 pinggan juga.haih.

~makcik tu cakap ni ikan kerapu. anak ikan kerapu kot.~

lepas tu nampak kedai jual keropok, budu, cencaluk bagai. nabil nak keropok. beli la satu. keropok segera = RM1.50.
~keropok ni selalu beli masa study dulu.hihi~

lepas tu..eh, terlalu lagi kat kedai belon.adodoi..tangan kecik dah kuat tarik tangan mama dia je ni. kena la singgah.

saya: berapa ringgit belon doraemon ni dik?
adik penjual: RM5 kak.
saya: hah?? RM5?? mahalnya. nabil, beli makanan ni kenyang tau.

tapi, saya bayar juga la.huwaa..
~doraemon..ang ang ang~

lepastu jalan lagi.kena beli makanan wajib setiap kali pegi pasar malam. apa dia? keropok lekor la. anak-anak pintar suka gila makan ikan. jadi keropok lekor tu makan selalu juga tanpa rasa jemu. haih.

~keropok lekor panas-panas~

ok. last. ada duit lagi tak? mama nak beli air soya panas.nanti dah makan keropok mesti dahaga. mesti nak air super-sedap pulak.


berapa belanja harini? jom main kira-kira.haha.

ok. bawak berapa ringgit tadi? RM15 kan? baki ada 30sen. nah nabil, pegi masuk dalam tabung.hihi.

**sebenarnya ada nampak nasi kerabu. macam nak beli. tapi fikir nasi kat rumah ada lagi. so, tak jadi beli. kalau korang, korang suka beli apa ye? dah selalu sangat pegi pasar malam, taktau dah apa yang special.ngee~

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

9 comments:

Unknown said...

semua sis beli neh semua nana suka:) kalo nana, nana cari ayam percik dgn nasi kerabu!hehe

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam anim..semlm kat umah k.atie pon ada pasarmlm..biasa pegi klu barang gapo dah habih.Biasa beli brg2 kering cam bwg,ikan bilis & sayuran sbb murah!.Semlm k.atie beli lemang + rendang,air kelapa jer.

aNiM said...

nana: tu la..nampak juga ayam percik tadi. nasi kerabu tu memang la macam nak beli. tapiiiiiiiii..kesian nasik kat rumah nanti nangis.haha

sis atie: saya selalu beli barang dapur kat econsave.pegi pasar malam sebab nak beli makanan.hihi. sedapnya lemang.feveret juga tu kak..air kelapa pun sangat sedap (hish.semua sedap.memang suka makan kan.haha)

zahidah seran said...

heheh tadi pun kami pergi pasar malam beli buah ajeee....

aNiM said...

mak long: nak beli buah tapi duit tinggal 30sen je.haha.kalau ada buah jual 1=10sen boleh juga beli.dapat sorang satu.kakaka~

Unknown said...

jarang dah gi pasar malam...hhehee..mengikut budget betul...

aNiM said...

ila: surirumah = pengurus kewangan.haha

fieda said...

akak kalau gi pasar malam yg wajib dibeli adalah bontot ayam grg...hahahaha...akak suka btul la..anak2 dh gelak tgk mamanya msti beli kalau pegi..maira msti nk kopok lekor..yg dua org lagi suka nasi ayam dan putu piring...

aNiM said...

sis fieda: ahahaha.akak suka tu ke?kami panggil tongkeng.haha.suami saya pun suka.wah, maira sama dengan nabil la.keropok lekor tu wajib beli.nasi ayam dan putu piring pun saya suka.hihi.kalau senaraikan makanan yang saya suka memang baaaaaanyaaakk ^_^