Tuesday, June 14, 2011

Kenangan 1 tahun yang lalu..

Mengimbau detik kelahiran Naurah Damia setahun yang lalu.

11 Jun 2010.
Saya menyerah diri ke Hospital Kluang sebab saya rasa bayi dah kurang bergerak. maklumla. jakun. hehe.
saya taktau macam mana contraction. macam mana air ketuban. macam mana yang orang kata keluar tanda nak bersalin tu. sebabnya saya lahirkan nabil pun secara pembedahan. jadi, bila sepatutnya due 13 jun 2010, saya dah naik seram. ye la, bayi kurang gerak pulak. rupanya bila saya tanya kawan-kawan, semua cakap, dah dekat lahir memang bayi kurang gerak. gitu eh?haha.

doktor: tanya nak operate ke nak normal?
saya: saya nak cuba normal.
doktor: ok. boleh.

kenapa doktor tanya macam tu?sebab selepas lahirkan anak secara pembedahan, kita dinasihatkan untuk tunggu anak pertama berumur 3 tahun baru boleh bersalin lagi. tapi saya dapat rezeki awal (alasan) jadi kena redha la kan. lebih-lebih lagi doktor cakap anak kedua ni perempuan. tambah la happy. dapat sepasang.

malam tu tidur berendam air mata sebab rindu kat nabil. sedihnya.

12 jun 2010.
saya di induce untuk kali pertama. doktor cakap kalau nak bersalin cepat kena jalan banyak-banyak. saya pun round la wad tu sampai misi tengok pun penat.hihi.sakit sikit-sikit tapi takde tanda nak bersalin lagi.hadoi.duduk kat wad sungguh bosan. nak jumpa nabil pun kena tunggu waktu melawat. duduk kat wad pun tunggu mak datang bawak makanan sedap-sedap.haha. saya mengidam nasi kerabu. percaya tak? mak dan bapak saya sangat baik hati cari untuk saya. tapi tak dapat nasi yang warna biru. dapat nasi putih dan lauk kerabu. jadila..Alhamdulillah..

13 jun 2010.
saya paling ngeri dan tak boleh lupa sampai sekarang pun. doktor lelaki yang tukang cek 'laluan' dah ada ke belum tu. sangat ganas. pagi ahad tu biasa la ibu-ibu mengandung yang nak kena check bukaan dah berapa cm. mula beratur. saya dah dup dap dup dap sebab orang cakap doktor tu ganas. memang dia nampak 'awww' tapi tangan dia besar.uwaa..

tiba turn saya, dia dengan ganasnya check dan dia cakap dia 'TOLONG' bukakan jalan. saya menjerit sebab sakit sangat. boleh ke gitu? jahat!

hari ketiga duduk dalam wad, macam-macam yang saya nampak dan jumpa. hm, tapi tetap tak boleh lupa pengalaman dua bulan berkampung kat Hospital Sulatan Ismail masa nak lahirkan nabil dulu.

saya di induce buat kali kedua. saya taktau doktor masukkan apa. yang pertama tu masukkan tablet. yang ni doktor cakap macam kayu. kayu tu akan 'tolong' buka jalan nanti. tah la, saya tak faham sangat.hihi.

hari ni sempat lagi makan nasi beriani dan kambing aqiqah sepupu-sepupu nabil. teruk kan? mertua buat kenduri tapi saya duduk kat wad pulak.

malam tu tak boleh tidur sebab dah mula sakit-sakit. baring sini salah. pusing sana salah.adehh..

14 jun 2011.
bila la nak bersalin kan?tengahari tu saya rasa air ketuban dah pecah. saya tak bagitau nurse lagi. sempat lagi makan-makan. mak dan bapak saya datang melawat.tapi sakitnya Allah aje yang tahu. saya bagitau nurse air ketuban dah pecah. tapi 'kayu' tak keluar lagi. nurse cakap kena tunggu doktor la. diorang tak boleh check sebab kayu tu ada kat dalam.

petang tu lebih kurang pukul 5 saya nampak doktor yang masukkan 'kayu' tu, saya jumpa dia. dia pun tanya macam mana. saya cakap la air ketuban dah pecah. kelam kabut doktor tu panggil saya masuk bilik. buang kayu, check bukaan dah 4 cm. lepas tu buat ECG. saya dah tak tahan. sakit sangat. contraction sangat kuat. saya diam je.

lebih kurang pukul 6pm saya ditolak masuk ke labour room. saya tak bawak pun handphone. saya pesan kat pelatih jururawat tolong bawakkan handphone saya. dia cakap ok tapi tak sampai-sampai pulak.hadoi. saya tau mak saya dan enSuami ada kat luar.nabil pun ada sama.

saya demam pulak. tapi lambat betul bukaan tu nak bertambah.sangat sakit. dah la sakit. adik-adik misi pelatih berkerumun keliling lepastu berborak tak hengat. cerita boipren la..cerita baju raya la..cerita uniform la..adoila. saya doa banyak-banyak dalam hati janganla terbersalin masa pelatih ni ada. pelatih-pelatih balik pukul 9pm.lepas mereka balik, hati sangat lega.

maaf, saya bukan nak burukkan pelatih jururawat ke apa, tapi saya ngeri bila 'jiran' yang sama wad dengan saya cerita pengalaman mereka bersalin masa ada pelatih. oh sungguh ngeri. saya tak sanggup. ada yang salah jahit la..salah tu la..salah ni la..hm..

dah pukul 12 malam, dah masuk 15 jun 2011. masih macam tu juga.ya Allah..sengsara. saya mula bernazar.dan satu jam lepas tu bukaan jadi 6cm. pukul 2 pagi pulak. Alhamdulillah..bukaan bertambah lagi menjadi 8cm. sakitnya.. setiap kali saya mengerang sakit, jururawat tanya sakit kat tempat operate dulu ke memang sakit nak bersalin? ye la, saya faham, saya nak lahirkan anak kedua secara normal walaupun nabil baru masuk 2 tahun. Syukur, takde rasa sakit kat tempat operate dulu pun.

dah hampir pukul 3. bukaan dah 10cm. saya dah tak sanggup tanggung sakit. semua dah ready. saya pun selamat lahirkan bayi perempuan secara normal. tepat jam 3.07 pagi. hari selasa. ya Allah.. setelah berjam-jam saya berjuang dan bertarung dengan sakit. saya bernasib baik sebab bidan yang menyambut kelahiran damia sangat baik dan bertimbang rasa. nasib baik juga ada 2 orang yang tengah nak bersalin, tak bersalin dalam masa yang sama.hihi. jadi perhatian tu lebih sikit la. lepas damia dilahirkan, kakak katil sebelah pulak bersalin.lepas tu katil sebelahnya pulak.

sedih sebab enSuami takde sama untuk temankan saya. enSuami dah balik pukul 10 malam sebab nabil dah ngantuk. takpela. agaknya kalau enSuami ada pun, saya rasa beliau akan pengsan.hhaha.

lega selepas bersalin. rasa macam tak percaya Naurah Damia yang ditunggu-tunggu ni dah lahir menjengah dunia.

proses jahit-menjahit yang sangat saya takuti bermula. oh sungguh lama okeh. hadoi. saya dah kehabisan tenaga. lepas siap semuanya, saya diberi biskut dan milo (aje?hihi). saya habiskan sebab sangat lapar. nasib baik ada tenaga masa nak bertarung sebab saya tak makan dari tengahari semalam.

saya ditolak masuk ke wad pulak. tapi tak dapat bersama damia sebab damia diasingkan ke wad bayi. kenapa? doktor cakap saya pecah air ketuban awal dan demam dan nak check takut ada jangkitan kuman kat baby ke tak. hm..sedih.

saya hampir pitam dalam toilet. sebab tak makan kot. jadi saya baring je la diam-diam. doktor tak bagi balik harini. sebabnya kesihatan saya belum stabil. kaki dah sengal.badan dah sakit. saya mintak mak urut kat hospital.hihi. duduk wad, tapi pelawat yang datang tak dapat tengok baby. enSuami je yang boleh pegi tengok baby. saya tak pergi susukan damia lagi. sebab saya tak larat nak bangun. huwaa..

hari rabu 16 jun 2011. Alhamdulillah. hari ni dah boleh balik. enSuami tak dapat jemput. jadi adik ipar saya, Diah yang datang jemput. bawak nabil, mak dan adik saya Siti sekali. saya pergi tengok Damia. comel. hari pertama tak dapat ambik gambar. enSuami nak ambik gambar, nurse tak bagi.hehe. sampai rumah mak..oh sungguh lega. saya berpantang 44 hari kat rumah mak :)

~hari kedua dilahirkan.sayang kamu ketat-ketat dear~

Nama Naurah Damia dah lama kami sediakan. mula-mula saya nak bagi nama Naurah Saffeyya. sebab saya terberkenan dengan nama Naurah ni masa mengandungkan Nabil dulu. tapi dapat tau baby boy. jadi simpan dulu nama ni. tapi enSuami taknak. enSuami nak nama Damia. last-last kami combine nama tu. jadi la Naurah Damia.

Naurah = bunga
Damia = bijak, berkat

sekian.semoga menjadi anak yang solehah dan bijak ye sayang ;)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

8 comments:

Bunga said...

wahhh..cantik nama tu..:)

nureen said...

sweeet... suka tgk muka anak masa bb

amiey lee said...

heeee sgt manissss... ehhh damia ngan ashraf sebaya beza nye 10 ari aja

ashraf lahir 25 june huhuhu

aNiM said...

bunga: cantik kan? bunga=naurah.hehe

nureen: tengok baby sejuk hati. nyaman rasa.rasa hilang gundah gulana :)

amiey: sebaya ke? wahh..ashraf pun dah nak masuk 1 tahun la ni kan?hihi.
happy birthday in advance ashraf :)

Cute MuM said...

nasib baik takder apa2 masalahkan bila jarak bersalin 2 tahun..
damia pon dah besar dan sehat..

aNiM said...

Cute MuM: Alhamdulillah..saya pun agak ngeri bila fikir balik.lepasni kena planning betul2.kakaka.damia pun agak 'kuat' dan sihat.tak macam abang dia.manja sikit.damia 11 bulan dah pandai jalan.semangat kuat.hihi

zahidah seran said...

Wehh...masa ko bitau pasal kayu tu dulu paling ngeri. Adehdeh.

aNiM said...

hahaha.ngeri kan?ko dengar ngeri.aku laaaagiii ngeri.sampai sekarang pun rasa ngeri lagik.hahaha.