Showing posts with label Memori. Show all posts
Showing posts with label Memori. Show all posts

Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU

Selamat Hari Guru buat semua cikgu yang telah mendidik saya hingga menjadi surirumah sepenuh masa yang bertauliah sekarang ni.hihi.

selamat hari guru buat cikgu-cikgu TADIKA KEMAS Bandar Tenggara, Kulai.
selamat hari guru buat cikgu-cikgu Sekolah Kebangsaan LKTP Ulu Penggeli, Kluang.
selamat hari guru buat cikgu-cikgu Sekolah Menengah Kebangsaan LKTP Belitong, Kluang.
selamat hari guru buat cikgu-cikgu Sekolah Menengah Bandar Tenggara, Kulai.
selamat hari guru buat pensyarah-pensyarah UiTM Kampus Segamat, Johor.

walaupun mungkin cikgu-cikgu tak ingat saya, tapi saya tetap ingat cikgu.huhu.
walaupun mungkin cikgu-cikgu ingat saya belajar tinggi-tinggi tapi ilmu tu saya tak applykan ke tempat kerja, tapi saya bangga sebab dapat jadi surirumah yang bertauliah.dapat mendidik anak-anak saya juga.
walaupun mungkin cikgu-cikgu rasa saya tak manfaatkan ilmu-ilmu itu, tapi jangan risau ye cikgu, saya akan jadi wanita berkerjaya semula sebab saya dah bersedia untuk ke arah itu(oh sedihnya mama nak tinggalkan kamu anak-anak)

masih segar dalam ingatan hari pertama saya bersekolah rendah.
cikgu cakap sesiapa yang nak ke bilik air sila angkat tangan!
semua murid angkat tangan.haha

masih segar dalam ingatan cikgu ketuk kepala pakai pembaris panjang warna kuning sebab lambat bagi jawapan.ish, memang tak boleh lupa cikgu Hadi.

masih segar dalam ingatan cikgu suruh berdiri atas kerusi sebab tak dapat jawab soalan matematik.tapi Alhamdulillah.matematik adalah subjek kegemaran saya.dan juga subjek yang saya selalu score A :)

masih segar dalam ingatan cikgu cubit kat dada (ish, dah la saya perempuan) sebab tak dapat jawab soalan akaun.adoiiii..

masih segar dalam ingatan momen-momen indah masa belajar kat UiTM Segamat dulu.memang terbaikk..

sekian.Selamat Hari Guru buat semua pendidik.masih terngiang-ngiang di telinga saat cikgu-cikgu berbaris atas pentas sambil menyanyikan lagu Kami Guru Malaysia..berikrar dan berjanji....lalalalalalaa...

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Saturday, November 27, 2010

Al-Fatihah..

18 Nov 2010.mertua saya dan adik ipar saya Diah ke Pulau Pinang sebab nak menjaga nenek sebelah suami saya yang mesra dipanggil Tok Nun yang dah sakit tenat.kebetulan Diah tengah cuti semester.

26 Nov 2010.enSuami dan adik ipar saya (akob dan iwan) bergegas ke Pulau Pinang sebab dikhabarkan berita Tok Nun dah nazak.enSuami bertolak dari rumah kami pukul 9.30pagi.dan singgah ambil akob dan iwan di Putrajaya.Mereka sampai di Penang pukul 6.45ptg.enSuami cakap memang Tok Nun dah tak sedar.dah tak makan.masuk air je.

27 Nov 2010.jam 3.25pagi.saya dikejutkan berita Tok Nun telah kembali ke rahmatullah.Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.Al-Fatihah..

**Sepanjang 3 tahun saya berkahwin saya mengenali arwah sebagai nenek yang baik hati.kali terakhir saya jumpa arwah adalah raya tahun lepas sebab turn raya kat Penang.Arwah memang dah tak kuat berjalan.tapi nak raya tu arwah yang masak.Allah lebih sayangkan arwah..

Kenangan kali pertama beraya kat Penang bersama arwah Tok Nun.tahun 2007.

Kenangan kali terakhir beraya bersama arwah.tahun 2009 (tahun lepas).