Friday, June 8, 2012

Aduh rasa macam nak pengsan sekarang juga

Penat berganda.
Minggu lepas busy sangat rewang kat rumah MIL.
Adik iparku encik Ridhwan dah join kelab suami mithali. heheh.
Aku, Nabil dan Damia berkampung kat rumah abah. paling lenguh kena buat sagun. gilir-gilir kacau sagun dengan Dhiah. ingat tak dulu-dulu masa kecik selalu beli sagun? tapi yang ni sagun Arab. fuh. macam nak tercabut tangan den. ngehehe.

Nikah pada 1 Jun 2012. Eh daku yang terlebih debaran di dada. haha. tahniah iwan. sekali lafaz je kan.
Majlis pihak perempuan pada 2 Jun 2012. Tema merah dan putih. meriah. tapi yang paling aku tak boleh lupa ialah cupcake nye yang sedap bangat. eheh. aku dan nabil habiskan time tu juge.
Majlis pihak lelaki pada 3 Jun 2012. Tema hijau.

Yang jadi penat sangat kononnya sebab enSuami jadik photographer. dibantu oleh adik ke-enam saya cik Siti. sambil tu dah tentu la aku jadik tukang sibuk juga kan. haha.
Malam tu basuh pinggan sampai rasa nak patah pinggang. adeh deh deh..

Nabil demam. haru sungguh. penat rewang la kononnya kan.  lepastu Damia pulak take turn. Nasib baik anak-anak mama kuat semangat. sekejap je demam dah ok :)

ok sekarang nak cerita part yang paling tak larat. Birthday Nabil 11 Jun nanti. Damia pulak 15 Jun. tapi kami plan nak buat time cuti skool ni juga. sebab sepupu-sepupu nabil ada. penat rewang tak hilang lagi. ni dah berapa hari berkejar ke sana sini cari barang untuk buat majlis hari lahir nabil dan Damia. niat di hati nak order kek idaman Nabil tapi tak sempat dah. dia nak kek Ultraman okeh! sudahnya kami pilih kek sama-sama. beli kat kedai kek je. bentuk Ladybird. nasib baikla Nabil dan Damia ok je. tapi terpaksa la beli juga mainan Ultraman sebagai ganti. hukhuk.

yang paling excited nak buat majlis ni ialah adik ke-enam saya. jadi, dialah yang buat semua kad, sticker bagai tu semua. menu? nanti la habis majlis baru update. huhu. harapnya majlis berjalan lancar. muka den pun macam hape dah. petang tadi pegi edar kad jemputan. fuhh. pengsan (macam la ramai beno tetamu yang den jemput kan?)

Jemput datang ye ke majlis hari lahir Nabil dan Damia pada 9 Jun 2012 nanti. sila pakai baju warna merah. hehe. sebenarnya kami kena berjaga malam sebab waktu ni la yang paling aman nak buat kerja. kanak-kanak liget dah tidur. tapi kepala dah ting-tong ni. ngantuk gile. huwaaaa..


Ape la. sekejap aku sekejap den. ape-ape je la kan. babai :P

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!