Saturday, August 7, 2010
3rd Anniversary I
sebab hari lahir bapak saya jatuh pada 3 Ogos.
sebab hari lahir adik ke-4 saya jatuh pada 11 Ogos.
Dan..yang paling penting..
sebab hari Ulangtahun Perkahwinan saya dan enSuami jatuh pada 23 Ogos.
Anniversary tahun ni saya bercadang nak masak sendiri.maklumla bulan puasa.jadi saya pun mulalah bertanya kat Mr.Google resipi yang sedap-sedap.tak tau la sempat masak ke tak.maklumla sejak dapat handbag baru ni..saya jadi tak keruan sikit.hehe.silap-silap saya beli je makanan siap kat kedai.takpun berbuka kat luar (enSuami kena make sure la poket tak kosong..hehe)..
Saya tak sabar nak menunjukkan bakat terpendam saya ni pada enSuami.haha..agaknya tercapai tak hasrat saya nak jadi chef pada hari tersebut?
Home Sweet Home
Saya adalah surirumah sepenuh masa buat masa ni.sebelum bersalin,saya tinggalkan rumah saya dan duduk di rumah mak saya.seingat saya, bermula Mei 2010 saya dah duduk dengan mak (tiap-tiap minggu kami akan jenguk rumah dan bermalam).sebabnya saya disahkan uri bawah lagi.jadi saya ambil keputusan untuk dengar nasihat doktor supaya jadi bos je kat rumah.hehe.
Saya adalah pengasuh semasa saya disahkan hamil Damia.saya cuma mengasuh 3 orang kanak-kanak perempuan (tak termasuk Nabil).agaknya saya tak boleh buat apa-apa ke masa mengandung ek?jadi,saya terpaksa 'melepaskan' tanggungjawab saya mengasuh kanak-kanak tersebut.
Selepas habis pantang,saya macam dah tak sabar nak kembali ke rumah.menjalani kehidupan berumahtangga sendiri.belajar menjaga dan mengasuh anak-anak yang semakin bijak.bak kata orang "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri,lebih baik di negeri sendiri.."
Ye la,best macam mana pun duduk kat rumah mak,saya kena balik rumah sendiri kan.more privacy..more responsible..
Dan..hari yang ditunggu telah tiba.
Saya akan pulang ke rumah sendiri.
Memasak..membasuh..menyapu..segalanya saya kena buat sendiri.
walaupun kadang-kadang saya nak messy-messy sikit pun takpe kan..
Terima kasih mak-mak ku..halalkan segala kekurangan.maaf atas kesilapan..(hehe.macam salam raya tak?ngeee~~~)
Friday, August 6, 2010
OSTCABIN 1ST GIVEAWAY
Hari ini saya interested sangat-sangat nak join this First GiveAway by OSTCabin. Jom ramai-ramai join GA ni together-gether.the more the merrier..hehe..
For futher information, sila klik di SINI..
This giveaway will ends on next Friday, 20 August 2010 at 11.59 p.m.
Wednesday, August 4, 2010
Nabil Demam!
Buah hati pengarang jantung saya demam.
Saya sangat sedih.taktau kenapa.harap-harap Nabil cepat baik sebab anak mama kuat kan?saya harap juga demam tak berjangkit ke Damia.
Pergilah kau wahai penyakit.anak mama kan tengah berkerja keras nak menambah berat badan ni kan..dah la tiap-tiap bulan nak kena pergi klinik.alat penimbang kat klinik tu rosak agaknya ye.saya dan enSuami dah cuba susu untuk menambah berat badan tapi tunggu la 16 Ogos ni.Nabil pergi timbang lagi.harap-harap naik la.tapi bila difikir-fikirkan,saya dan enSuami bukan bersaiz besar (walaupun saya ni takla ramping mana..).kenapa la nak pelik kalau anak kami tak bersaiz besar kan?kami bagi macam-macam tapi macam tu juga.vitamin?minyak ikan?nasi?mee?telur?ikan?ayam?sayur (kadang-kadang takmau=ikut mood)..semua dah bagi..
Saya nak bagi dia makan ubat pun sedih.ye la.macam kenyang makan ubat je bila demam ni.
Cepat baik ye sayang..siapa nak tolong mama jaga adik nanti?
Happy Birthday Bapak!!
Monday, August 2, 2010
nur_eimi Lucky Draw
Disebabkan mood nak sambut birthday ayah saya sangat-sangat bagus, saya join this Lucky Draw. Kalau ada luck maknanya luck ayah saya la..hehe.
Harap-harap memang ada luck la ye.sebab saya memang suka hadiah ni.nak tau apa?
.
.
.
.
.
.
.
For futher information, sila klik di nur_eimi Lucky Draw ya..
Due date: 27 Ogos 2010
Give Away dari Exclusive Cotton Shoppe
Sempena birthday ayah saya yang ke-53 esok (3 Ogos 2010), saya buat pertama kalinya..hehhe..mencuba nasib join GA ni.harap-harap ada la rezeki walaupun saya tak berharap sangat sebab saya baru berjinak-jinak nak cuba.kalau ada rezeki,saya akan share dengan ayah saya (eh,bukan bagi semua eh?..hehe).kalau tak ada pun tak apa.sebenarnya saya amat berminat dengan cotton.jadi saya amatla interested dengan totebag tu..kain cotton..huhu..
Sesiapa yang berminat nak memeriahkan GA ni sila click di sini ya..
Tarikh tutup GA ni adalah pada 8 Ogos 2010
Jom ramai-ramai memeriahkan GA ni..
Sembelit
Selepas habis tempoh berpantang,saya masih sembelit.nak kata saya kurang minum air,dah bergelen saya minum.buah?saya cuma berani makan epal dan oren je.sayur?agaknya sebab sayur kot.saya kurang makan sayur hijau.hm..
Hari ke-48 saya dah mula sakit perut sebab ada masalah lain pulak.saya tak boleh nak kentut.aduh..macam-macam.1 hari saya melantak tidur dengan Damia dan Nabil.nasib la kan mertua saya dapat menantu yang sangat 'rajin' ni.malamnya enSuami bawa saya ke Klinik 1 Malaysia.sebab klinik lain semua tutup.saya dapat ubat buang angin,lembutkan najis,sakit perut dan vitamin C.harap-harap saya ok la lepas ni.saya tak sanggup lagi dah..wuwuwu..tapi saya tetap susah nak kentut.agaknya ubat yang saya makan ni disedut oleh Damia kan?maklumla saya bf Damia.hehe.teori..teori..
Saya ada jugak mencari-cari info tentang sembeli selepas kelahiran.saya harap info ni dapat dikongsi bersama.saya jumpa info tersebut di sini..
Sembelit selepas kelahiran adalah suatu masalah yang sangat lazim di alami ibu-ibu. Keadaan ini berlaku kerana kebanyakan ibu yang dalam pantang ini “dinasihati” supaya kurangkan meminum air dan tidak dibenarkan mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan. Pengambilan air yang banyak kononnya akan menyebabkan saluran faraj berair dan perut jadi buncit. Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan pula dikatakan menyebabkan angin dan sejuk.
Sembelit selepas bersalin berlaku kerana perjalanan najis di dalam saluran usus lazimnya menjadi perlahan. Keadaan ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
1. Otot di perut(abdomen) menjadi kendur menyebabkan tekanan di dalam abdomen lebih rendah daripada biasa.
2. Otot di usus juga menjadi kendur kerana terdapat kadar hormon progesterone yang tinggi semasa hamil.
3. Jika terdapat luka episiotomy, ibu-ibu mungkin takut hendak membuang air besar kerana takut sakit ataupun takut terbuka jahitan.
Untuk mengatasi masalah sembelit, seseorang ibu perlu mengambil langkah seperti di bawah ini:
1. Banyak meminum air atau cairan 2-3 liter sehari. Air ini akan membantu pengeluaran susu yang banyak, mengurangkan jangkitan kuman pada pundi-pundi kencing serta mengurangkan sembelit. Lebihan air ini akan dikeluarkan daripada badan seseorang melalui peluh atau air kencing dan bukannya ke tisu faraj.
2. Memakan makanan yang tinggi kandungan seratnya seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Selain daripada serat, makanan ini juga mengandungi banyak vitamin seperti vitamin C. Vitamin C diperlukan untuk proses pemulihan tisu-tisu yang telah tercedera semasa kelahiran bayi dan juga penyembuhan luka seperti luka episiotomy ataupun luka pembedahan caesarian.
3. Tidak digalakkan bagi ibu-ibu untuk hanya berbaring di katil semasa pantang. Banyakkan bergerak dan berjalan untuk memudahkan membuang air besar serta membuat senaman menguatkan otot abdomen apabila pendarahan nifas sudah berkurangan. Senaman untuk menguatkan otot-otot di pelvis juga penting dilakukan untuk memulihkan semula keadaan otot-otot di sekeliling dubur dan faraj.
4. Ibu mungkin perlu diberi rawatan dengan ubat-ubatan untuk merawat sembelit.
Sunday, August 1, 2010
Urut
Mak sampai rumah mertua saya pukul 10 pagi (saya 'singgah' rumah mertua selama seminggu sebelum pulang ke rumah saya di Taman Seri Impian..hehe).entah kenapa Damia tak mau tidur.rupanya dia tau nenek nak datang,jadi dia tahan mata.nenek sampai je dia terus tidur.elok je mak sampai,saya dah siap mandikan Nabil dan Damia.
Maka bermulalah proses mengurut badan yang sakit-sakit ni.mak cakap kalau biarkan boleh demam urat.oh..jangan la saya sakit.pergila kau jauh-jauh wahai penyakit.macam mana saya nak jaga kedua-dua buah hati pengarang jantung saya nanti.mak urut saya cepat-cepat sebab Damia dah hok hek..hok hek..sepanjang proses mengurut,3 kali Damia menyusu.huhu.
Sekian.harap-harap sakit-sakit hilang.supaya saya boleh menjaga anak-anak saya dengan baik.