Monday, August 30, 2010

Zoo

Aktiviti kami hari ini adalah pergi ke Johor Bahru..jalan-jalan cari pasal..hehe.

Memandangkan enSuami bercuti hari ini,kami membuat keputusan untuk ke Johor Bahru.saya ada benda nak disettlekan di pejabat ASB.jadi sambil menyelam minum air.beberapa hari lepas saya sudah terlajak kata kat Nabil.saya cakap nak pergi Zoo Johor sebab ayah cuti.jadi selama beberapa hari itulah dia 'mengingatkan kami' tentang keterlanjuran kata saya tu.huhu.

"adik nak ikut ayah pergi zoo tak?.." itulah ayat yang sering diulang kat Damia.

Sebenarnya enSuami beli DVD cerita Zoo yang pelakonnya adalah Lan Pet Pet dan Lisa Surihani.dalam satu hari Nabil akan ulang tayang DVD tersebut sebanyak yang dia mampu nak tengok.memang saya tak berpeluang nak menonton rancangan kegemaran saya di TV.hm..sebab tu la saya terrr...janji dengan dia untuk ke Zoo.

enSuami boleh pulak lalu kat Zoo Johor tu beberapa kali dan cakap kat Nabil kami akan selesaikan urusan saya dulu baru ke Zoo.agaknya Nabil rasa tertipu jadi dia menangis sepanjang masa.hm..sangat sedih.menangis dan menangis..kami belikan Nasi Ayam di KFC.tapi dia taknak makan."tutup dulu.."katanya.

Akhirnya kami ke Zoo Johor.tapi saya dapat tengok 5 minit saja.sebab puteri lilin saya cik Damia tak tahan panas.merengek-rengek.jadi saya dan Damia cuma lepak dalam kereta je.enSuami memikul tanggungjawab untuk 'memuaskan hati' Nabil.maklumla dah lama dia tunggu saat ni.hehe.

Lepas puas meronda dan mengambil gambar,barulah Nabil boleh tersenyum puas.enSuami cakap tak habis round pun sebab dia dah tak larat nak jalan.maklumla puasa.hehe.takpe la..yang penting hajat hati si anak yang bijak tertunai.mulut Nabil becok bercerita haiwan yang dia tengok.enSuami dan Nabil sempat ambil gambar dengan singa.wah...dengan gembiranya dia tunjukkan kat saya.dan..dengan seleranya dia makan Nasi Ayam yang dibeli oleh si ayah tadi.alahai..

Ini lah antara wajah gembira dan puas Nabil masa melawat Zoo Johor.dan dia berpesan berkali-kali kat ayahnya.."nanti ayah bawak abin pergi zoo lagi eh..".



Kami singgah ke Angsana.sebenarnya kami dah tak larat nak berjalan.tapi disebabkan kami nak cari topi baru untuk Nabil jadi kami gagahkan diri.hehe.

Lepas dapat apa yang dicari..kami pun pulang..Nabil dan Damia lena tidur sebab kepenatan.kami pun penat tapi enSuami masih kena gagahkan diri untuk memandu pulang.hehehe.saya pulak kena berjaga sebab tak adil kalau saya tidur kan..(kononnya la..hehe).



Esok adalah Hari Kemerdekaan yang ke-53.Selamat Menyambut Hari Merdeka!Merdeka!

Raya 2010 II : Persiapan Raya

Wah..raya menjelang tiba.

Sebelum ni saya macam tak kisah sangat nak membuat persiapan raya.beberapa hari yang lepas enSuami ajak kami ke Kluang Mall.nabil melompat-lompat gembira sebab ayah dia janji nak belikan baju raya.hm..sebenarnya saya pun memang excited nak sambut raya masa zaman kanak-kanak dulu.

Sampai je Kluang Mall kami terus cari baju yang berkenan di hati.hm..kenapa la semuanya tak menambat hati saya.saya tanya Nabil semua dia cakap cantik.ish..saya kena mengejar masa sebab Damia dah mula merengek.cepat-cepat saya cari 'port' utk bf Damia.nasib baik ada promoter yang baik hati bawak saya ke stor.dan dia sediakan sebuah kerusi untuk saya.mula-mula dia cakap kena pergi ke luar sebab kat area tu takde.aduh.malasnya saya nak jalan jauh-jauh.Terima kasih dikkk..

Lepas bf Damia enSuami cakap dah jumpa baju yang cantik untuk Nabil.Alhamdulillah.Nabil tersenyum simpul sebab dapat baju baru.

Alamak..panjangnya nak beratur.enSuami pergi beratur untuk bayar sementara saya dan anak-anak menunggu kat satu sudut.sambil-sambil tu mata saya melilau mencari topi untuk Nabil.hm..tak jumpa.kami cuma dapat topi untuk Damia je.tu pun tak tau la si cilik ni nak pakai ke tak.nampak gaya macam tak suka nak pakai topi je.huhu.

Lepas tu kami bergegas balik sebab Damia dah tidur.sebelum tu dia dah merengek ngantuk dan saya ke port tu lagi untuk bf dia sampai tertidur.sampai je rumah,Nabil terus melaram baju raya baru.hm..comel.dan mood raya pun tiba!yes!saya semakin bersemangat nak menyambut raya!enSuami ajak kami keluar lagi esoknya untuk cari topi Nabil.Jom!

Mak dan bapak bakal dapat cucu lagi

Wahh..meriah la raya tahun depan.bertambah lagi seorang cucu nenek dan embah.
Adik ke-3 saya yang mendirikan rumahtangga Februari 2010 lalu bakal menimang cahayamata sulung.Insya Allah April 2011.tahun depan.kami pula yang teruja nak menyambut orang baru.hehe.best!best!

Nampaknya tiap-tiap tahun mak menimang cucu.rezeki.mula-mula Rafiq Disember 2007..Nabil Jun 2008..Iman Disember 2009..dan Damia Jun 2010.Alhamdulillah.. (hm..semua cucu mak dan bapak tak nak lahir tahun yang sama..hehe)

Tahniah ye Pak Uda dan Mak Uda.Semoga selamat semuanya.Amiin..

Kerja

Siapa yang tak suka kerja?sebenarnya surirumah pun satu pekerjaan kan..tanggungjawab full time housewife lebih berat.malah saya rasa lebih mulia sebab semua tugas mengurus suami..mendidik anak-anak hatta mengurus kewangan sekalipun.Cuma tak la dapat monthly salary macam kita kerja kat opis kan.masyuk…masyuk..

“Kerja apa?kat mana?jawatan apa?..rugi ada diploma..ada ijazah tapi duduk rumah jaga anak je..”

Saya dah penat nak jawab soalan-soalan tu.saya rasa tak rugi pun sebab zaman serba serbi mencabar ni kalau dapat mendidik dan mengasuh anak-anak sendiri lebih bagus.memang tak dinafikan agak membazir ilmu yang dituntut bertahun-tahun..duit yang dilabur bertahun-tahun..tak di ‘apply’kan ke tempat kerja dan ke bidang yang berkaitan.tapi apa salahnya jadi surirumah yang bertauliah ni kan?malu ke nak mengaku sedara kalau saya hanya seorang surirumah?

Sebenarnya,memang sepatutnya saya cari kerja sekarang ni.ye la,saya nak juga meringankan beban suami.tapi bila mengenangkan anak-anak,saya jadi tak keruan.saya tak percaya pada sesiapa pun untuk mengasuh anak-anak saya (kejamkah statement ini?)

Ya Allah,berilah aku petunjuk Mu..

Adakah wajar saya mencari kerja sedangkan anak-anak menuntut perhatian saya?
Adakah wajar saya membiarkan enSuami bertungkus lumus mencari rezeki seorang diri?

Pada suatu hari, Nabil tak nak makan.nak minum air je.saya jadi sedih.saya pujuk pun tak nak makan.tiba-tiba lancar mulut saya bertanya soalan (berbau ugutan..hehe)..

”kenapa Nabil tak nak makan?mama keluar cari kerja boleh tak?tapi Nabil dan Damia kena tinggal kat rumah orang.mama duduk kat rumah pun anak mama tak nak makan..”

Lalu si bijak itu menjawab sambil mencebik sedih ”tak payah!ayah je!”

Hm..maksudnya dia mahu saya duduk di rumah manakala si ayah sahaja yang keluar bekerja.saya pun takut kalau saya kerja dan hantar mereka ke nursery,mereka akan ’buat perangai’.lebih teruk lagi bila saya dah tua nanti mereka pulak tak nak jaga saya malah hantar pula saya ke rumah orang tua..oh tidakkkk..

Ramai orang suggest kat saya dulu.jangan hantar kat nursery.hantar kat rumah pengasuh.pada saya dua-dua pun ada baik buruknya.sebab saya dah melalui pengalaman tersebut.memang saya tak pernah hantar ke rumah pengasuh tapi berdasarkan pengalaman saya berjiran dengan pengasuh.saya rasa sungguh tak manis dan tak patut sebab cara pengasuh tersebut mengasuh memang mengerikan.mungkin dia tak mendera fizikal kanak-kanak tu tapi saya memang tak boleh terima bila dia memaki kanak-kanak dengan bahasa yang kesat.mungkin kanak-kanak tu sedikit nakal tapi biasa la kanak-kanak kan..

Dulu saya bekerja saya hantar Nabil ke taska.saya rasa Nabil terseksa mentalnya.dah la tiap-tiap bulan sakit.mungkin taska tu adalah mimpi ngeri dia.sebab tu sekarang ni dia masih fobia walaupun masa tu umur Nabil belum mencecah 1 tahun pun.saya pelik juga,kuat sangat ke ingatan kanak-kanak ni ye?sebenarnya memang pun kan..

Alamak..maafla.panjang pula entri saya kali ni.banyak pula masa saya ye.hehe.
Sekian.

Sunday, August 29, 2010

3rd Anniversary II



Selamat Ulangtahun Sayang..

Hehe..jiwang karat la pulak.seperti yang saya jangka kami sambut hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke-3 di luar saja.instant.ngee~~

Ini adalah lanjutan kisah 3rd Anniversary I.
23 Ogos 2010 adalah hari Ulangtahun Perkahwinan kami yang ke-3
Sebenarnya saya memang berhajat nak masak-masak pada hari tersebut.tapi atas sebab-sebab yang tidak dapat saya elakkan,kami menyambut hari ulangtahun perkahwinan kami di luar sahaja.

1)“abang nanti tolong belikan pulut ye..”

-enSuami balik dari kerja dan belikan saya tepung pulut.alamak!saya jadi serba salah.saya request pulut.jadi tepung pulut.saya cakap kat enSuami, bukan tepung la..beras.enSuami yang baik hati ke kedai semula.nak tau dia beli apa?tepung beras.uwaaaa… (saya bercadang nak buat pulut kuning)

2)enSuami bagi alasan dia asyik salah beli je sebab saya tak boleh makan pulut.saya bf Damia.pulut boleh jadi angin.sebabnya hari sebelum tu enSuami beli pulut panggang.saya makan dan Damia kembung.hm..

3)enSuami dah ajak mak dan abah makan-makan kat Pizza Hut jadi serba salah nak cancel.hm..

Jadi kesimpulannya kami memang makan-makan kat Pizza je.Sebelum keluar kami berbuka puasa kat rumah dulu.saya masak macam biasa. Tapi saya ada masak bubur kacang hijau.saya campur durian yang saya angkut dari rumah mak minggu lepas.malangnya kami nak cepat keluar jadi tak sempat nak menjamah pun bubur yang sedap tu (hehe..perasan).

Kami makan bubur yang sedap tu masa sahur.enSuami cakap sedap.mula-mula dia tak heran pun bila saya cakap saya masak bubur kacang hijau.tapi bila saya hidang,dia terkejut. “mana dapat durian”..hehehe.jangan pandang sebelah mata tauuuuu..

Sekian.

“Happy 3rd Anniversary Encik Marzarudin bin Ahmad..saya mencintai awak sepenuh hati saya..terima kasih atas segala-galanya..terima kasih sebab menjadi suami yang baik hati,yang memahami,yang bertimbang rasa..terima kasih sebab menjadi ayah yang baik dan bertanggungjawab untuk Muhammad Nabil Irsyad dan Naurah Damia yang comel dan bijak..saya sayang keluarga kita..selamanya..”