Monday, August 30, 2010

Kerja

Siapa yang tak suka kerja?sebenarnya surirumah pun satu pekerjaan kan..tanggungjawab full time housewife lebih berat.malah saya rasa lebih mulia sebab semua tugas mengurus suami..mendidik anak-anak hatta mengurus kewangan sekalipun.Cuma tak la dapat monthly salary macam kita kerja kat opis kan.masyuk…masyuk..

“Kerja apa?kat mana?jawatan apa?..rugi ada diploma..ada ijazah tapi duduk rumah jaga anak je..”

Saya dah penat nak jawab soalan-soalan tu.saya rasa tak rugi pun sebab zaman serba serbi mencabar ni kalau dapat mendidik dan mengasuh anak-anak sendiri lebih bagus.memang tak dinafikan agak membazir ilmu yang dituntut bertahun-tahun..duit yang dilabur bertahun-tahun..tak di ‘apply’kan ke tempat kerja dan ke bidang yang berkaitan.tapi apa salahnya jadi surirumah yang bertauliah ni kan?malu ke nak mengaku sedara kalau saya hanya seorang surirumah?

Sebenarnya,memang sepatutnya saya cari kerja sekarang ni.ye la,saya nak juga meringankan beban suami.tapi bila mengenangkan anak-anak,saya jadi tak keruan.saya tak percaya pada sesiapa pun untuk mengasuh anak-anak saya (kejamkah statement ini?)

Ya Allah,berilah aku petunjuk Mu..

Adakah wajar saya mencari kerja sedangkan anak-anak menuntut perhatian saya?
Adakah wajar saya membiarkan enSuami bertungkus lumus mencari rezeki seorang diri?

Pada suatu hari, Nabil tak nak makan.nak minum air je.saya jadi sedih.saya pujuk pun tak nak makan.tiba-tiba lancar mulut saya bertanya soalan (berbau ugutan..hehe)..

”kenapa Nabil tak nak makan?mama keluar cari kerja boleh tak?tapi Nabil dan Damia kena tinggal kat rumah orang.mama duduk kat rumah pun anak mama tak nak makan..”

Lalu si bijak itu menjawab sambil mencebik sedih ”tak payah!ayah je!”

Hm..maksudnya dia mahu saya duduk di rumah manakala si ayah sahaja yang keluar bekerja.saya pun takut kalau saya kerja dan hantar mereka ke nursery,mereka akan ’buat perangai’.lebih teruk lagi bila saya dah tua nanti mereka pulak tak nak jaga saya malah hantar pula saya ke rumah orang tua..oh tidakkkk..

Ramai orang suggest kat saya dulu.jangan hantar kat nursery.hantar kat rumah pengasuh.pada saya dua-dua pun ada baik buruknya.sebab saya dah melalui pengalaman tersebut.memang saya tak pernah hantar ke rumah pengasuh tapi berdasarkan pengalaman saya berjiran dengan pengasuh.saya rasa sungguh tak manis dan tak patut sebab cara pengasuh tersebut mengasuh memang mengerikan.mungkin dia tak mendera fizikal kanak-kanak tu tapi saya memang tak boleh terima bila dia memaki kanak-kanak dengan bahasa yang kesat.mungkin kanak-kanak tu sedikit nakal tapi biasa la kanak-kanak kan..

Dulu saya bekerja saya hantar Nabil ke taska.saya rasa Nabil terseksa mentalnya.dah la tiap-tiap bulan sakit.mungkin taska tu adalah mimpi ngeri dia.sebab tu sekarang ni dia masih fobia walaupun masa tu umur Nabil belum mencecah 1 tahun pun.saya pelik juga,kuat sangat ke ingatan kanak-kanak ni ye?sebenarnya memang pun kan..

Alamak..maafla.panjang pula entri saya kali ni.banyak pula masa saya ye.hehe.
Sekian.

No comments: