Showing posts with label Nabil. Show all posts
Showing posts with label Nabil. Show all posts

Thursday, March 13, 2014

Kenapa mesti kurus?

Assalamualaikum..

Aku terpanggil untuk menulis entri ini hari ni sebab dah dua hari anak bujang manja tak nak makan.

Okey. Aku mulakan dengan rutin harian dia waktu sekolah.

Tiap pagi bangun bersiap ke sekolah memang nabil tak sarapan kat rumah. Sebab dia cakap kat sekolah ada sarapan. Memang betul. Pukul 7.15pagi.
Pukul 9.45 pagi kalau tak silap, akan ada makan pagi. Biasanya menu yang agak berat sikit. Contohnya nasi goreng, mi goreng, atau bubur.

Balik sekolah pukul 11.30pagi, biasanya nabil akan mintak makan lagi kalau makanan kat sekolah tak mengenyangkan. Biasanya aku memang dah siap masak untuk lunch sebelum ambik dia balik sekolah.

Lepas makan dia akan tidur lebih kurang 1 jam, atau dia akan tidur dulu baru makan sebelum ke sekolah petang. oh ya, nabil pra sekolah sebelah pagi, petang sekolah kat Tadika Agama Johor (TAJ) pulak. Biasanya kat TAJ, akan sediakan makanan juga. kalau balik sekolah pukul 6 petang tu dia tanya mama masak lauk apa, maksudnya dia lapar la tu. sebab kat sekolah cuma makan kuih. hehhehe.

Dan, biasanya dia akan tidur selepas Isyak lepas siapkan homework. Malam memang dah tak makan la sebab dah makan sebelum Maghrib. Ha, panjang pulak cerita pasal budak manja ni kan.

Ok balik semula topik asal. Semalam balik dari pra sekolah, nabil taknak makan. okey, takpe la aku tak kisah sebab dia cakap kat sekolah dia makan nasi lemak. lepas tu dia tidur. Sebelum pegi sekolah petang aku tanya nak makan ke tak. nabil cakap nak. lepastu tetiba cakap taknak. eh. pelik. takpela agaknya nasi lemak tu memang mengenyangkan sangat2 kot.

Balik dari sekolah petang, nabil cerita pasal air milo yang aku belikan minggu lepas. dia nak. nabil cakap kat sekolah makan roti jala tapi tak sedap. masalahnya dah nak sampai rumah. aku cakap kat dia, kalau lapar makan nasi. sampai rumah, nabil dan damia ajak pegi playground. dah main lebih kurang 15minit, nabil merengek nak air kotak milo. haish.

Aku ajak balik rumah. kat rumah aku suruh dia makan nasi. sebab nak pegi kedai adoila jauhnya. kat area rumah baru kami takde kedai lagi. kalau nak pegi kedai kena drive jauh sikit. so aku janji aku akan kirim kat enSuami la nanti. nabil  cakap taknak makan. eh pelikkk..

aku pun mula la soal siasat. kenapa la boleh sampai taknak makan. agak pelik la. dah la badan dia dah susut sebab baru baik demam. hilang dah pipi pau feveret mama wuwuwu.

Akhirnya...

Nabil: Abang nak kuruskan badan
Mama: Kenapa nak kurus pulak??
Nabil: Kawan abang Asyraf asyik cakap nabil gemuk nabil gemuk.. sedih abang
Mama: (sedihnya mama dengar) Apesal kawan abang cakap macam tu? kawan abang tu kurus sangat ke?
Nabil: Taklah. dia lagi gemuk daripada abang tapi abang tak pernah ejek dia.
Mama: ----

Aku tarik nabil. slow talk. aku cakap kat nabil, kawan abang tu ejek abang sebab dia ada kekurangan. dia cemburu dengan abang. sebab abang lebih baik dari dia. abang kecik lagi mana boleh sibuk nak kuruskan badan. nanti tak cukup zat. takpela abang makan, nanti ada tenaga nak belajar, nanti bila tiba masa, abang akan tinggi pulak. masa tu takde masalah nak tambah tinggi sebab abang cukup zat.

Lepastu nabil terus makan nasi. habis. licin.

*mama kesat air mata kat tepi dinding. wuwu

Sebenarnya, aku yang emo lebih2. sebab aku dah merasa kena ejek GEMUK. aku mula gemuk sejak aku sekolah menengah. tapi masa tu on off la. sekejap berat turun. sekejap naik. tapi aku faham sangat la apa perasaan bila orang gunakan perkataan yang agak power tu. sebab sekarang pun aku dah terlebih berat dah.

Aku paling tak faham bila orang bahagia sangat bila dapat panggil orang dengan perkataan GEMUK, BADAK, dan yang sewaktu dengannya tu. Aku ingat lagi dulu aku kena ejek sambil kena gelak2 sampai hancur luluh hati aku. dan masa tu aku terus berdoa. semoga orang yang ejek aku akan terima ganjaran setimpal. ye la, dia 'SUKA' sangat dengan perkataan GEMUK tu kan. Aku taktau la berkat doa orang yang teraniaya ke.. kesungguhan aku berdoa masa tu ke.. dan sekarang aku macam nak ucapkan tahniah kat dia sebab dapat isteri yang boleh tahan sihatnya dari aku. dan kat bapak dia sebab dulu sama2 join anak dia ejek aku dulu, dia dapat menantu "COMEL".

Kisah 2. Sorang lagi insan yang aku pun tak faham kenapa jaki sangat dengan bentuk fizikal aku yang sihat ni. kadang tu depan suami aku dia sibuk cakap aku gemuk. eh. aku tau Allah dah kurniakan ko dengan isteri cantik jelita pinggang ramping bak kerengga kan.. bersyukurlah.. ni TIDAK. sampai suami aku pun perasan, kenapa la topik itu yang di ulang2. memang masa tu aku teramat sentap. makan dalam orang kata. sebelum ni pun memang itu la topik dia bila jumpa aku. sampai aku doa dalam hati. semoga Allah hadirkan dalam hidup dia orang yang SIHAT macam aku. nak tau? Anak perempuan dia sangat "COMEL". dari baby membawak ke sekarang ni ha. sampai tahap kena diet sebab selera makan membuak2.

SO, what you give you get back. gitu?

Aku takde la nak cakap pasal doa aku ni makbul sangat ke apa. tapi kan, doa orang2 yang teraniya In Sha Allah.. makbul. Aku teraniaya? Haruslah. memang bukan fizikal. tapi mental. harap maklum.

Kadang aku tak faham juga. seronoknya lahai kau panggil kawan kau gemuk. memang luarannya dia tak nampak macam dia kisah sangat. tak nampak marah. tapi dalam hati? kau tau apa yang dia rasa? ok la kau cakap dia memang takde hati & perasaan, dia tak kisah. sebab apa? sebab walau berbakul kau keji dia dengan perkataan tu dia masih sahabat sejati kau? ok aku nak cakap kat sini. sebenarnya dia kisah. kalau dia tak kisah, orang yang sayang dia kisah. contohnya mak dia. mungkin dia tak ramai kawan. jadi dia terima dengan rela hati segala panggilan "mulia" yang kau bagi tu.

Ok. aku dah emo lagi. sebenarnya bukan pasal apa pun. dulu aku ada sorang kawan. badan dia kecik. ada ramai batch aku ada nama sama macam dia. so kami suka panggil nama dengan gelaran. contohnya. eija kecik. suatu hari dia cakap kat aku dengan nada sedih, jangan panggil dia macam tu sebab macam doakan dia kecik selamanya. ok sebenarnya mungkin kawan2 takde niat nak kecikkan hati dia, tapi sebenarnya dia dah kecik hati. jadi, lepastu kami tak panggil dengan nama tu dah.

Begitu juga dengan gelaran lain. pendek.. hitam.. mungkin kita tak sedar, kita dah buat orang terasa. tapi fikirlah. yang kita kutuk tu sebenarnya ciptaan Allah. sebelum kita tengok kekurangan orang, mungkin lebih elok kita cermin diri kita dulu. mungkin orang yang suka cari kekurangan orang lain ni bermasalah. ye la, dia cantik tapi ramai musuh, dia kurang kasih sayang sebab nak perhatian sebab tu dia buat macam tu.

ok dah banyak sangat aku bebel. oh yang aku bebel ni kena dengan topik ke tak ye? hm, ada ku kisah? hahaha..

ok, sekian. ingat ya kawan2 semua.. aku masih mood sedih sekarang sebab tadi nabil masih taknak makan. lepasni siapa yang ringan mulut panggil anak aku gemuk, aku akan ringan tangan juga cili mulut dia. kesian la kat aku. dulu masa kecik dia tak selera makan, badan kecik. orang cakap daging anak semua bagi kat mama sebab anak kurus mama gemuk. sekarang anak aku dah sihat, ceria, ada daging, kenapa yang kau dengki sangat hah?? aku perasan setiapkali nabil kena tegur gemuk dengan orang sekeliling, dia akan demam dan masa tu badan dia akan susut. aku taknak percaya atau fikir bukan2 tapi itu yang jadi selalunya. so, please.. sebelum cakap apa2 fikir.

Wassalam.


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Wednesday, June 19, 2013

Abang tak suka jerebu :'(

Nabil: Mama, kenapa ada bau asap?
Mama: Kan mama dah cakap tadi. Jerebu. jangan keluar. bahaya. nanti sakit.

* * * * * * *
Nabil: Mama, apa kata kita suruh orang tutup je semua kilang. takde la asap banyak-banyak macam ni. bahaya kan untuk kanak-kanak?
Mama: Tak boleh la nak suruh orang tutup kilang. Memang tu salah satu sebab. tapi yang ni sebab ada kebakaran hutan kat Indonesia.
Nabil: Indonesia kat mana? dekat eh?
Mama: (Ah sudah aku kena tunjuk peta pulak)
Nabil: Mama, mama pegi la Indonesia. tolong padam api tu. abang tak selesa la asap macam ni.
Mama: Woi ingat indonesia tu dok sebelah rumah? Hahaha.

* * * * * * *
Nabil: Mama, kalau kita doa, Allah hilangkan tak jerebu ni?
Mama: In Shaa Allah.. abang doa la.
Nabil: Jom la kita doa sama-sama.
Mama: ok. jom doa..

(Doa sambil sebak-sebak gitu. haih. sedih mama mendengarnya nak oiii)

* * * * * * *
Nabil: Mama, jom la kita naik roket lepastu kita pegi dunia lain. mesti selamat. takde jerebu.
Mama: Dunia mana bang? Bumi ni je selamat untuk manusia. Planet lain mana ada manusia..
Nabil: Habistu siapa tinggal kat situ? Alien?

HAHAHAHA. pengaruh cerita Superman ke hape ni??

* * * * * * *
Nabil: Mama, jom doa lagi. esok pun doa lagi. sampai jerebu hilang.
Mama: Doa la abang. tak semestinya masa jerebu je abang kena doa. bila-bila pun abang boleh doa.

..................................................................................................................................................................
Macam masalah negara tak? Kusut betul muka dia harini sebab fikir masalah jerebu yang sangat tak menyihatkan ni.

Pening wooo nak jawab. Nabil dah 2 hari demam. memula damia demam. lepastu damia dah baik, dia pulak take turn. eheh.

Dah tu soalan-soalan yang dia tanya makin power. seram aihhh..

Semalam punya cerita pulak >>

I) Masa tengok tv3. Cerita: Teduhan Kasih.

Nabil: Mama, kan dulu mama cakap mama kawen dengan ayah baru dapat baby kan? Kenapa Mama Adam dengan Encik Ehsan dah ada baby baru nak kawen?
Mama: Adam tu bukan anak Encik Ehsan. dia anak Iffa dengan Rizal yang tak berapa baik tu. lepastu Iffa dengan Rizal berpisah. Iffa kawen dengan Encik Ehsan. paham?
Nabil: Habistu Encik Ehsan cakap Adam tu anak dia?
Mama: Dia dah anggap Adam tu anak dia. sebab tu dia kata Adam tu anak dia. ok? (Puhh..puhh..jangan la tanya soklan maut lagi)
Nabil: ok. (tapi muka macam tak puas ati je. hahaha)

II) Masa tengok tv3. Cerita: Kisah Cinta.

Nabil: Mama, cerai tu apa?
Mama: (Alamak tanya pasal cerai la pulakkkk) Cerai tu bla..bla..bla.. (aku cerita balik pasal kes Iffa dengan Rizal tu. adoilaaa..)

III) Masa makan kat KFC. order Chicky Meal. dapat mainan ni...


Nabil: Mama, kenapa superman ni tak pakai spender kat luar. selalu abang tengok kartun superman dia pakai spender kat luar?
Mama: Superman yang ni pemalu. dia pakai spender kat dalam -.-
Nabil: Oh yang kartun tu tak malu la eh?
Mama: Agaknya la.. (HAHAHAHA. kenapa la masa tengok wayang cerita Superman haritu tak tanya ponggg??)



Sekian.

*Mama pun tak suka jerebu. Tapi mama suka abang tanya mama macam-macam. hahaha.

#Moral of the story: kena sedia menjawab soklan bertubi-tubi dan sila sediakan jawapan bernas yang masuk akal. Juga TIDAK menggunakan bahasa 'kasar' dan mencarut. sebab lepastu anak pintar ni akan cuba bagi soklan kat adik dia. lepastu bagitau balik apa jawapan mama dia. Hhohoho :P

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Tuesday, June 11, 2013

5 tahun!

Tarikh ini. Jam 10.49 pagi. 5 tahun lepas. Muhammad Nabil Irsyad bin Marzarudin dilahirkan.
Tarikh ini. hari ini. Muhammad Nabil Irsyad genap 5 tahun.
Sekejap je masa berlalu. Rasa macam baru je kena caesar.
Anak mama dah besar. Dah semakin matang :)

Terima kasih sebab melengkapkan hidup mama dan ayah.
Terima kasih sebab jadi anak yang baik. jadi abang yang baik.
Mama, Ayah dan Kakak sayang abang sangat-sangat.

Semoga abang jadi anak yang soleh. Taat perintah Allah.
Sihat selalu. Berjaya dunia dan akhirat.
In Shaa Allah..

Happy Birthday Abang.




Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Saturday, June 8, 2013

Jun yang dinanti

Jelesnya tengok kawan-kawan rajin updet blog memasing. hoh.

Kenapa yang ku tunggu sangat bulan Jun ni ya?

Tadaaaaa...









Birthday kekanak riang u olss...
Macam biasa la. pakej tiap tahun ku sambut dua-dua serentak. jimat. hahaha. tahun lepas buat birthday party kat rumah. jemput jiran-jiran terdekat dan family dua belah pihak. eceh.

Tapi tahun ni disebabkan kekanak dah sekolah, sambut kat sekolah je la dengan kawan-kawan. lagi seronok kot. Aku bungkus air mineral dan jajan atau junk food yang agak tak menyihatkan untuk kawan-kawan nabil dan damia. heheh. lepastu plan nak buat kuih sikit hantar kat sekolah. tu je kot. tapi nabil request masakkan nasi sedap untuk kawan-kawan. huwaa..tengoklah tahap kerajinan mama nanti ye nak :P

Cuti sekolah berakhir esok. isnin mula la episod bangun pagi. sekolah macam biasa. sebenarnya cuti sekolah tak rasa mcam cuti sangat kot. homework nabil sangat banyak. dia asyik mengadu penat. aku tengok pun kesian. tapi aku pujuk la suruh dia buat sikit-sikit. lama-lama siap la. pengsan juga tengok homework kanak-kanak tadika banyak macam tu. hahaha.

Damia pun ada homework juga. tapi dia dah siapkan awal. minggu kedua cuti sekolah dia dah rileks. dia siapkan awal sebab dia cakap tak siap homework nanti cikgu marah. nanti cikgu bagi roti panjang (rotan). hahaha. abang dia tak sihat masa minggu pertama cuti. rehat je la tiap hari tak bukak beg sekolah langsung. ni dengan eksennya damia ulang-ulang cakap kat abang dia.. 'Homework kakak dah siap dah..abang tak siap lagi..habisla nanti cikgu bagi abang roti panjang..' hahaha.

Selasa 11 Jun 2013, genaplah umur nabil 5 tahun. Alhamdulillah.. semoga abang jadi anak yang soleh. taat perintah Allah..Mama sayang abang sangat-sangat. Mama sanggup duduk rumah mengadap abang je sebab mama langsung tak percaya orang lain jaga anak mama. tak pela mama tak dapat bersenang lenang macam orang lain. asalkan anak mama happy.

Err.. hadiah yang abang request last year tak tertunai lagi. hahaha. sori abang. tahun ni request benda lain la ye. tahun lepas dia request nak adik boboi. maafla. mama terpaksa tangguh dulu. hahaha.

senyum tak jadi. heheh. sila abaikan bungkusan plastik kat belakang :P

Sambut sekali la dengan birthday kakak. beli 1 kek je. nasib baik dua-dua pilih kek yang sama. kalau tak, pening mama. heheh. 

Sabtu 15 Jun 2013, genap lah umur Damia 3 tahun. Semoga menjadi anak yang solehah ye kakak. Mama sayang kakak sangat-sangat. Rajin-rajin solat doakan mama dan ayah ya. Alhamdulillah, dah sekolah ni banyak doa kakak dah hafal. bacaan dalam solat pun kakak dah boleh baca walaupun sebutan tak berapa betul. Takpe..pelan-pelan..belajar dengan abang :)



gaya model katanya. cettt. rambut megi i ni mahal okeyyy :P

dua beradik ni kalau datang mood berkasih sayang alangkah comelnya. tapi bila bercekau..hadoi..macam nak pitam mama dibuatnya :P

20 Jun 2013 birthday adik bongsu aku aka pak ucu kekanak riang. lepasni korang potong kek sesama la ye.. suruh pakcu sponsor. heheh.

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Friday, February 22, 2013

Terer masak sampai boleh bukak kedai. kau ada??

Adoila.  sori tajuk entri tak semenggah. haha. seploh jam aku fikir nak buh tajuk apa (tipu. haha). ok. straight to the point. nabil jenis kalau suka makan satu jenis lauk tu sampai straight seminggu hari-hari nak lauk tu juge. eh tak cukup seminggu. minggu depan nak lauk yang sama. kadang sampai sebulan lauk yang sama. percaya tak? ke anak u ols ada yang macam tu? sobsob.

Pendek kata.
Aku boleh masak kari sambil pejam mata. ok tipu. haha.

Menu Top 5. setakat ni la ye. haha.

Yang ke-5. Nasi minyak hujan panas.
Hambekk. hari-hari aku kena masak nasi minyak yang berwarna-warni di Alidilfitri tu ha. tapi nasib baik la tak lama. tak sampai seminggu pun. nasib baikkk. pengsan nak melayan menu ni. mana taknya. kalau masak kena guna beras basmathi. lepastu minyak sapi adalah wajib sebab kalau tak rasa dia OUT.

Yang ke-4. Kerang masak lemak.
Disebabkan kerang tak sedap disimpan stok dalam peti sejuk. maka, hari-hari laa aku kena pegi kedai memborong kerang. dah la sekali hadap sekilo. tu namanya melantak. kan? haha. lepastu takmau pulak kerang rebus gitu saje. masak lemak la jawabnya kan. memang sambil makan sambil bodek mama la kan..kan..hehe

Yang ke-3. Tomyam ayam.
Nabil mula gila tomyam sejak kami bercuti kat tioman masa Raya Cina tempohari. nasib baik tomyam senang masak. haha. campak-campak je bahan. asal balik je rumah mak aku, aku petik siap-siap daun limau purut, ambik lengkuas, serai bagai. haha. jimat tak?

lepastu demand pulak tu. tak suka tomyam putih. nak tomyam merah. makan kat kedai dia cakap tak sedap. mama masak laaaggiii sedap. ha, bodek mama sampai kembang. hahha. menu tomyam bertahan selama 2 minggu. sebab aku terrrrrmasak laksa penang la pulak. sebab jemu pulak hari-hari mengadap tomyam.

Ok. tu yang timbul Yang ke-2 sekarang ni. kira top la kan. sebab nabil cakap aku masak lagiiiii sedap dari yang beli kat pasar malam. pergghhh gitteeewww :P

Nak tau apa? LAKSA PENANG. haha. tak pernah tercapai dek akal aku nak jadi rajin tahap maksima hari-hari nak masak laksa wwehhhh..

aku start kena masak hari jumaat minggu lepas. sebab kat rumah mak aku ada nak buat majlis bacaan Yaasin dan doa selamat. aku pulak tumpang buat aqiqah damia. haha. dah nak masuk 3 tahun baru nak buat aqiqah. sori kakak. masa nabil dulu buat seekor je. ni kami buat lagi seekor. jadi, ada 2 ekor kambing la. ok. cerita Aqiqah nanti aku buat entri lain ye? hehe.

Lepastu Rabu baru aku start buat semula. tu pun dah berapa hari dia tanya. bila nak buat laksa johor. aik??
Tah bila la dia makan laksa johor. Balik sekolah semalam nabil request lagi nak makan laksa.
Masakleeeee mama kalau hari-hari mau laksa. wuwuwuuu..

Tapi aku mim-alif-lam-sin la pulak semalam. haha. 

Nasib baik boleh pujuk lagi makan nasi lauk asam pedas.
Nasib baik dia cakap sedap. Tapi aku masak sikit. petang nak makan dah habis.

Sebab semalam ada pasar malam.
Konon la kan masak cukup2.
Konon nak beli je laksa tu.

Dah beli.
TAPI..............................

'mama, kuah dia cair. tak sedap. mi dia pun tak sedap'

ada baki kuah laksa semalam. aku cuci mi laksa tu. tukar kuah. kejam tak aku? haha.

'mama, kuah dia sedap. macam mama masak semalam. tapi kenapa mama tak tukar mi sekali'

SOBSOBSOB.

Jadi.......aku kena masak laksa penang sampai boleh bukak kedai sok. wuwuwuuuu..

Nasib baik semua bahan dah ada. lepas maghrib terus mula operasi masak laksa penang. dulu rasa macam susah gile nak masak. tapi sekarang kalah chef gitu. haha. malam tadi juga damia dan nabil makan. hm, kalau ku tahu, tak payah beli kat pasar malam. kah dah membazir. damia cakap jangan membazir nanti Allah marah. eleh, dia pun sama demand dengan abang. nasib baik la damia makan je apa menu yang abang dia nak.

ps: nabil ingat laksa penang tu laksa johor. sebab tu dia dok request laksa johor. dia kata kan kita duduk johor. kenapa nak panggil laksa penang.. muahahah


Ok. menu yang paling tip top meleTOP.
Teka apa? mesti la KARI.
Kari apa? tak kisah la ape pun. yang penting kari. tapi kari telur takmau yee. hehe.

Kalau dia makan kari..FUHH. sampai menjilat jari. selera betul. tak jemu-jemu. pelik betulll. haha. lauk kari ni la yang paling lama bertahan selalunya. kadang sampai sebulan aku masak lauk yang sama. bila enSuami balik kerja (enSuami balik rabu dan sabtu) baru aku tambah menu lain. untuk aku? aku masak sayur. masak sambal tumbuk ke..sambal belacan ke.. cukup laa..

Bila dia dah jemu makan lauk kari (aku boleh tau sebab bila dia makan tak laju macam selalu, dah slow la maksudnya) aku tukar menu. tapi menu tu cuma bertahan seminggu je la. lepastu berpatah balik kepada KARI semula. hahahah.

Nabil kan. dia jenis suka sangat tengok rancangan memasak. paling suka tengok 5 rencah 5 rasa. kadang tu dia ajar aku, macam mana nak masak satu menu tu. nak kena letak apa..siap step nak masak lagi. terer tau. bila aku tanya mana abg tau? dia cakap alaaa abg tengok kat tv. hihi. bila dia makan laksa, dia tanya. macam mana nak masak. apa bahan yang mama letak masa masak. kalau yang dia tak tau contohnya daun kesum ke..bunga kantan ke..semua dia nak tengok. 

Sebenarnya aku tak kisah pun kena masak lauk-lauk feveret nabil walaupun menu yang agak renyah nak buat. asalkan nabil nak makan. sebab dulu kemain laaa payah dia nak makan. so??? kita enjoyyy la memasak kan. Bangga sebenarnya jadik Feveret Chef anak-anak ni. makanan lain semua tak sedap. mama masak jugaaaa yang sedap. eceh!

Jadi harini punya menu adalah laksa penang ye puan-puan. insya Allah esok lusa nabil akan mula mintak lauk kari semula. sekian. hahaha.

pss: banyak betul entri tak sempat siap. draft saje. tunggu la ye. entri tioman. entri kenduri. fuhh! kenapa la orang lain boleh rajin gile update blog. 

psss: nabil dan damia dah sihat. orang cakap bila baik demam je mesti kemaruk makan. gitu eh? kekanak riang ni aku tengok makan macam apa dah. ngeri juga kekadang. tapi bila nak makan aku bagi je la. kang taknak makan membebel macam hape. haha.

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Wednesday, February 1, 2012

dah sampai seru kah?

nabil dah setuju mama keluar bekerja macam mama orang lain. sebabnya saya cakap kat nabil saya bersedia tambah adik untuk dia bila dia 'izinkan' saya bekerja dan nabil pulak bersekolah macam kawan-kawan sebaya dia nanti.

tahun depan nabil mula sekolah. insya Allah..
saya dah mula mencari-cari kerja yang sesuai. uhuk huk huk. sedihnya nak tinggal anak.

tapi untuk misi menambah adik untuk nabil tu saya belum cukup bersedia lagi.. belum sampai seru. hehe. sebenarnya gembira sangat dengar berita baik dari kawan-kawan blogger yang bakal menimang cahayamata tahun ni. macam penyakit berjangkit pun ada. haha. tahniah syawalsimpsons, cute mum dan blogger lain.


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Monday, January 23, 2012

kenapa anak mama dua je?

satu hari saya dan nabil borak-borak. saya mintak dia doakan saya supaya cepat sembuh.

nabil: abin sayang mama dan ayah (nada sebak. haha. sentimental la abin ni)
mama: mama pun sayang abin dan adik..
nabil: kenapa anak mama dua je? (sebab saya cakap nabil dan adik)
mama: buat masa ni dua je la. kenapa?
nabil: abin nak anak mama tiga.
mama: erk, tunggu abin sekolah lepastu tunggu mama kerja dulu la. boleh tak? kalau ada adik, abin nak lelaki ke perempuan?
nabil: lelaki.

uhuk. uhuk. batuk. boleh ke pilih-pilih macam tu. nabil dah mintak geng. damia senyap je. haha. maap la anak. mama tunggu baby mak lang suraya  keluar dulu. lepastu bagi chance kat pak Anjang dulu tahun depan. taun lepas tu insya Allah la ye. hehe. mama seram sejuk lagi bila teringat part nak bersalin tu. heheh.

nota kaki: dapat berita gembira. kami pulak teruja. syawal yafiq bakal dapat adik. weeee~ tahniah mak lang! sory i terkepochi pulak. bab-bab ni memang susah sikit nak simpan rahsia. hahaha.

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Thursday, October 27, 2011

Allah kan sayang abin..

semalam sambil tengok telenovela kat tv3, saya makan nasi dengan nabil. lepas makan, saya jenguk damia dalam bilik. ok, masih tido. nabil pun masuk bilik juga. saya keluar bilik sekejap. tetiba dengar nabil meraung. rupanya dia jatuh katil. aduh..macam mana la boleh jatuh ni. mesti dia tersilap step masa nak turun katil tu. ingatkan takde pape. saya dukung dia bawak keluar bilik. nampak darah sana sini. huwaaa..

rupanya luka. banyak betul darah keluar. dalam mulut pun luka. gaknya terkena gigi. kepala jadi pusing pulak. ngeri tengok darah banyak-banyak tu. nabil nangis tak berenti. damia bangun terpinga-pinga. saya terjerit-jerit suruh nabil diam sebab bila dia nangis tu darah makin banyak. saya cuci luka tu. lepastu ambik sapu tangan. suruh nabil tekan luka tu. Alhamdulillah.. darah stop. sambil tu saya pulak berdrama. sambil bebel sambil nangis. nabil dah diam je tengok mama dia meraung.

saya cepat-cepat call enSuami. nasib baik la enSuami dah kerja dekat sini je. sambil tunggu enSuami balik, saya siap-siap. baju nabil memang dah penuh darah. ngeri.

enSuami sampai, kami pegi klinik. tapi doktor kat klinik tu cakap tak berani nak buat sebab kanak-kanak. dia suruh pegi hospital. adess..saya dah fikir macam-macam dah. kami terus pegi hospital. Alhamdulillah tak ramai orang. tunggu sekejap je. nasib baik la nurse tu cakap tak perlu jahit. gam je. ya Allah..syukur. sebab sepanjang jalan nabil dah pesan tak nak jahit. saya tak boleh bayangkan kalau kena jahit. dahla nabil takut sakit. sakit sikit je pun macam kena apa.

nak gam luka tu nabil dah pucat dah. takut kot. saya tanya nabil nak siapa temankan? dia cakap ayah. jadi, saya panggil enSuami suruh teman nabil kat dalam. saya bawak damia gi farmasi ambik ubat.

luka kat mana??


nampak tak??

okey..close up sikit..


nampak kan? ngeri kan? Alhamdulillah nabil dah okey. makan pun banyak. tapi mulut pot pet pot pet tu memang tak boleh hilang la. takut je gam tu tanggal.hukhuk. semalam sebelum gam, luka tu ternganga. mesti ada parut bila baik kang. haiii..

saya cakap kat nabil, cepat baik. makan ubat. makan nasi banyak-banyak. cepat sihat..mama sedih tengok nabil sakit macam ni..nabil jawab nanti abin baik lah..Allah kan sayang abin..
huhu..sedihnya..

macam mana la orang yang luka besar-besar tu ek? saya tengok anak luka sikit macam ni dah macam hape dah..

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Wednesday, August 17, 2011

alahan? alahaiii..

minggu lepas nabil demam. demam sebab nak pandai fikir resepi untuk masak-masak dengan mama katanya.
isnin lepas mata nabil bengkak. dua-dua bengkak. sebelum ni sebelah mata je bengkak. saya ingat sebab dia gosok mata dia. dah tengahari sikit saya tak senang duduk dah. sebab mata nabil makin sepet. lepastu keliling mata dia ada ruam. lepastu cepat-cepat saya check kat tangan dia. oh! ada ruam juga. ish..suspen. denggi kah? campak kah? nauzubillah..

saya call enSuami. nasib baikla enSuami boleh balik awal sikit. lebih kurang pukul 3pm, kami bawak nabil pegi klinik kesihatan. mak aih..ramainya umat kat klinik tu. kena tunggu 30+ orang lagi baru sampai turn kami. huhuii..

sebelum tu nabil kena ambik darah. muka dia dah pucat lesi sebab tengok darah dia kena ambik. dengan jarum yang besar tu lagi..saya memang tak berani tengok la. sedih. dah la tangan kecik. takde isi. kena ambik darah lagi. huwaa..

~tangan kecik yang dicucuk.huhu~

lepastu, duduk diam-diam tunggu turn. nasib baikla takde pape. takde denggi. takde campak. tapi doktor cakap sebab alahan. alahan kepada apa ye? makanan? saya dok listkan apa yang kami makan seminggu yang lepas. rasanya takde masalah. entahla ek. persekitaran pun boleh jadi juga. habuk ke? adoila..

~mata sepet. yang ni dah ok sikit. kalau tak lagi bengkak~

dulu kecik-kecik mama siap main tanah guling-guling kat lumpur lagi takde pape pun..betul la kot kata kakak sulung saya Zahidah. dulu kami kecik-kecik main tanah jadi kami kuat. anak-anak kami ni jarang terdedah dengan benda tu semua, jadi mereka lebih sensitif. kena la mama jadi super duper pembersih. uhuk..uhukk..

Alhamdulillah. nabil dah sihat. damia pun dah baik demam. sekarang mama nak fokus kemas rumah. banyaknya benda nak kena kemas. dah dekat raya dah ni..hehe

*langsir belum siap jahit lagi..huwaa..kuih raya memang tak buat la..tunjuk saja buat masa ni.kehkehkeh..

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Monday, July 4, 2011

100gram je???

pagi tadi saya bawak kanak-kanak riang pegi klinik kesihatan.
mak, bapak dan adik bongsu saya baik hati turun padang temankan saya bawak nabil dan damia.

tapi bapak saya tunggu kat rumah saya je. mak dan adik saya je ikut. sebab takut nabil buat drama. haha. damia yang nak kena inject sebenarnya.

bila damia jatuh dan luka, nabil yang nangis beria-ria. damia selamba je. kenapa ye?
bila damia kena paksa makan ubat, nabil yang sedih sangat-sangat. kenapa ye?
sebab tu saya takut, proses nak inject damia terganggu. takut nabil yang meraung masa damia nak kena inject. haha.

sesi menimbang kanak-kanak bermula. damia naik 100gram. nabil pun naik 100gram (je?).adoyai. berjanji ke hape. 2 bulan lepas, damia 7.4kg. nabil pulak 11.2kg. susahnya nak naik. haih.

lepas siap timbang, saya suruh nabil ikut pakcu dia. saya bawak damia untuk injection pulak. tunggu sikit punya lanma, baru ada misi terhegeh-hegeh siapkan peralatan nak inject. muka memang kelat la. agaknya kenapa ye misi government macam tu? saya tak la cakap semua. ramai juga yang ok sebenarnya. tapi hati saya terus rasa tak sedap bila misi dah buat muka macam tu.

masa nak inject damia, saya pegang damia kuat-kuat. damia meronta juga. misi tu cakap cicak..cicak..takutnya cicak.. (motif???). masa jarum dah dicucuk ke tangan damia yang kiut tu, saya tengok misi tu tekan la ubat tu kan. tetiba jarum suntik tercabut dari picagari tu. ubat tu terpercik kat saya. kena mata. misi tu cuma cakap 'ya Allah..' lepastu dia cakap dah siap. gitu je? saya cepat-cepat cuci mata kat paip. damia tak nangis cuma meronta je. agaknya sebab tu jarum tu boleh tercabut. tapi saya yang terkesima tak mampu nak kata pape dah. terus je keluar klinik.

saya cerita kat mak. mak cakap tak pe la. doa banyak-banyak. insya Allah tak apa-apa. kalau Allah tak izinkan jadi pape, tak jadi pape. damia kan kuat, mungkin damia perlukan ubat tu sikit je.hm..

lepas tu, saya susukan damia. terus tidur. singgah kedai kain sebab mak nak beli kain ela untuk buat blouse. damia lena sampai kami balik.

tapi..

sampai sekarang hati saya tak tenteram. kenapa ya?

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Saturday, June 25, 2011

Jom guling-guling hindustan

Hari sabtu ada cerita apa ye yang best?
Biasanya tv3 ada cerita Hindustan. nabil boleh layan pulak. harini ada Dil To Pagal Hai. saya tengok dulu tak pernah khatam. lama sangat. malas nak tunggu. 3 jam weh. lama tuuu..

tadi nabil main lari-lari kat laman rumah. tengah gelak-gelak boleh melalak pulak. meraung setaman boleh dengar. hadoi. saya tanya kenapa, dia cakap takde papae. haha. takut kena marah la tu. saya terus check lutut dia. rupanya dia terjatuh. ada la parut sikit. ape daa.. ingat kan besar sangat la luka tu. tu pun jadi gaduh. tak diam-diam. nangis je.

saya terus je sapu ubat. kalau ikutkan dia, memang taknak la sapu pape. bila fikir balik, dulu saya pun macam tu.hahaha. tak tahan sakit. kena gigit tebuan sikit dah meraung sekampung. adoila. ade juga yang mengikut perangai tak molek mama mu ni nak..

ni boleh pulak layan Hindustan. duduk depan tv diam-diam. lepastu agak-agak pelakon tengah guling-guling rancak sikit, dia dah lupa diri. menari sekali. hilang sakit tetiba. ape daa..


sekian. mari menonton sama-sama.hihi

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Friday, June 17, 2011

1 Tahun

11 Jun 2009.
Muhammad Nabil Irsyad = 1 Tahun.

15 Jun 2011.
Naurah Damia = 1 Tahun.

Dua-dua anak pintar ini tak tidur masa sambut umur 1 Tahun.
Dua-dua gambar diambil lebih kurang 12 lebih. mata buntang takmau tidur.

Bezanya??

Taknak beza-bezakan la. yang penting dua-dua buah hati pengarang jantung mama.
Dua-dua mama sayang sangat-sangat.
Dua-dua memang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. tapi mama harap kelebihan tu dapat membantu dan menutup kekurangan masing-masing.

yang paling mama ingat. Nabil belum pandai jalan lagi masa umur 1 tahun.
Damia dah laju jalan masa umur 1 tahun. ye la, damia ada sifu yang ajar damia macam-macam kan. abang rajin ajar adik itu dan ini walaupun abang agak sensitif :)


Semoga anak-anak mama membesar dengan kuat dan sihat.
Jadi anak soleh dan solehah.
Taat perintah Allah..mama dan ayah..
Jadi anak bijak harapan mama ayah..
ameennn..

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Tuesday, June 14, 2011

Seharian bersama birthday boy :)

Sabtu 11 Jun 2011.
Ulangtahun kelahiran nabil yang ke-3.
kami sambut kat rumah kami je.
sebab 28 mei 2011 hari tu dah sambut. in advance.hihi.

bangun lambat. bermalas-malasan dulu. ayah nabil kerja. jadi sambut lepas enSuami balik kerja la.
saya masak menu wajib hari lahir.

1) bubur putih dan merah.(gambar belum transfer la pulak.upload kendian.ngee~)
2) pulut kuning
3) kari daging.
~bubur putih dan merah.nampak coklat pekat sebab guna gula merah~

~pulut kuning.ambik doraemon yang ada kat atas kek. pinjam sekejap buat hiasan.hihi~

enSuami belikan juga kek kecik untuk nabil. punya la happy. nabil sangat suka makan kek. lepas potong kek, kami makan kek dan bubur putih merah. lepas tu makan pulut kuning pulak.burrrpp..Alhamdulillah..kenyang amat.

lepas maghrib kami siap-siap.jalan-jalan kat Econsave.beli barang sikit untuk masak-masak hari Ahad. enSuami nak masak Penang Char Kue Tiow untuk kami.fuiiyyooo..

lepas tu kami terus ke Dataran. sesi menggembirakan hati birthday boy belum berakhir. kena layan nabil main basikal pulak. bawak juga basikal untuk damia. dah penat main, nabil cakap nak makan nasi impit.adoi..kena la juga pegi makan.
~kaki tak sampai la pulak.hihi~

~ok. ayah tolong tolak. nabil sedih sebab ayah tolak basikal adik. tapi tak tolak basikal dia. hadoi. nabil ni. sentimental betul la~

~ayah penat. damia relaks je. vroomm..vroommm..haha~

~sekali terbalik daaa~

~birthday boy agak moody harini. ni baru la nak senyum~

~abang dah penat kayuh basikal, damia pulak meluru kat basikal abang. selalu berangan nak naik basikal abang.hehe~

~huhu. gambar mama takde. terpaksa ambik gambar sendiri. jom pegi makan~

sampai kedai makan, kami order sate macam biasa. tapi sungguh tak bernasib baik malam tu sebab penjual sate tak berniaga. hm, takde rezeki. jadi, kami order nuget ayam dan kentang goreng je.nasib baik nabil tak kisah. buatnya dia nak juga nasi impit tak ke haru nak cari.hihi.

~nuget dan kentang goreng. amboi menternak lemak di malam hari wehh~



dah lepak. dah menari. dah menyanyi..nabil ajak balik.sampai rumah, layan lagi birthday boy main. damia dah tidur. penat main basikal kot.haha.

sekian.seharian bersama birthday boy. 11 jun 2011. hari sabtu. muhammad nabil irsyad = 3 tahun :)
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Monday, May 16, 2011

nabil dah 2 tahun 11 bulan.damia dah 11 bulan.cepat sungguh masa berlalu~


~muhammad nabil irsyad~

* minat upin ipin sudah beralih kepada BoBoiBoy pulak.adehh..mama dah tak de chance nak menonton tivi.
* makin banyak keluar ayat-ayat yang tak disangka-sangka.sungguh pedih menusuk kalbu.huhu
* dah pandai baca doa makan, doa nak tidur, doa bangun tidur, doa nak mandi dan doa naik kenderaan..terbaiikkk :)
* dah pandai berdikari.ececeh.teman adik main.pujuk adik kalau adik sedih.jaga adik..


~naurah damia~

* gigi yang dulunya cuma 2 batang kat bawah.tetiba mau tumbuh serentak 4 batang kat atas.sekali lagi tengok sudah 5 batang kat atas.ish..tak sabar-sabar.tapi sungguh tak cantik la bila semua berebut nak keluar.ada pendek, ada panjang sikit.macam rongak pun ada.kakaka~


* tengah gigih menapak.sekali menapak dapat la dua tiga langkah.abang nabil rajin ajak damia bertatih.tu yang semangat sangat. tapi macam berat je kaki tu nak melangkah.haha.
* dah pandai berposing bila orang nak ambik gambar dia..

~tapi gaya macam ni je la.lentok-lentok sikit.haha~

*dah pandai offer barang atau makanan yang ada kat tangan dia kat orang lain..nak?nak?hehe.
*dah pantas panjat dan turun katil.pantas juga naik turun tangga.pantas juga keluar masuk walker sendiri.haih.anak dara yang ganas :)


*bulan depan nabil dah 3 tahun.damia pulak 1 tahun.cepatnya masa berlalu..

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Thursday, April 21, 2011

10 bulan!cepatnya masa berlalu..

Naurah Damia dah 10 bulan.sungguh cepat masa berlalu.rasa macam baru je beranak.hehe.Muhammad Nabil Irsyad dah 2 tahun 10 bulan.bulan 6 kang dah 3 tahun.Naurah Damia pulak 1 tahun.ada apa2 cadangan tak nak celebrate birthday kanak2 riang ni macam mana?hehe.mama over-excited.yang penting saya nak buat 2 in 1^_^

*10 bulan-semakin manja.semakin bijak.
*dah pandai 'merungut'.hehe
*makin 'ligat' macam gasing.nabil pun tak macam tu dulu.haha.
*pandai berebut barang dengan abang dia.haih.riuh!
*suka buat muka comel.buat bunyi2 comel.gerammmm!!!

*2 tahun 10 bulan-mulut makin becok.pot..pet..pot..pet..
*makin pandai 'menjawab'.hueh~
*banyak cakap.banyak tanya.kadang2 tak terjawab.sori nabil.hihi
*pandai tegur silap orang juga.adehh..
*sudah free diapers.siang dan malam okeh!sekejap je potty training dah sukses.abin hebat :)


~gambar kami masa pergi kenduri kat rumah pakcik kat segamat,johor~

**semoga anak2 mama membesar dengan sihat dan kuat dan bijak
**semoga menjadi anak yang soleh dan solehah.amiin~

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!