Thursday, May 23, 2013

Cuti-cuti Cameron Highlands 2D1N

Lama gile tak update blog. baik tak payah ada blog kalau macam ni. haha. Cuti sekolah dah nak tiba. Nabil tiap hari mengira hari bila nak mula cuti. layan saje :P

Tapi belum cuti sekolah kami dah pegi cuti-cuti. pegi mana? CH youuu.. mungkin ada yang dah baca versi Suraya a.k.a birasku itu. heheh. tak kira, aku nak cerita juga. kalau nak baca pengalaman dia kat CH, klik sini.

Nabil dan damia excited gile sebab cakap nak pegi petik stoberi. kami bertolak ke Putrajaya 17 Mei 2013. tunggu enSuami balik kerja. siap-siap basuh baju kerja enSuami dan makan-makan, kami bertolak pukul 9 malam. enSuami dah keletihan balik kerja sampai rumah pukul 8malam, makan laju-laju, siap-siap lepastu nak kena drive pulak. mula-mula enSuami mintak tolong aku ganti dia sebab dalam perjalanan mata dia dah mula ngantuk. tapi memang la aku ni tak boleh nak tolong la kan. hahaha. sebab siang tu aku pun buat itu ini kemas itu ini sampai lupa nak tidur. amekaw. sama-sama ngantuk jawabnya. hoh!

kami berhenti rehat kat Ayer Keroh. enSuami pekena kopi dulu. kami anak beranak bantai tido dalam kereta. haha. oh ye lupa. kami konvoi dua kereta. MIL, abah in law, dan adik ipar yang bongsu Maksu Diah naik lagi satu kereta. dah pekena kopi terus pecut macam lipas kudung. sampai kat rumah Akob & Sue lebih kurang pukul 12 lebih. pengsannn.

18 Mei 2013
Bangun pagi terus siap-siap lepas sarapan. aku pun tak ingat nak tengok jam. haha. tapi aku tanya Akob berapa jam nak sampai CH. dia cakap maybe 2 jam. kami tukang follow belakang ikut saje. oh ye, tugas aku bila bercuti adalah pengurus kewangan. hahaha gitu. jadi memang aku la yang nak kena luku kepala kalau budget lari. aku dah tepikan duit minyak dan tol siap-siap. lepastu enSuami tinggal hulur tangan je mintak duit bila tiba kat tol dan stesen minyak.

kami pegi CH lalu Tapah sebab Akob nak bawak kami pegi Lata Iskandar. baru sampai Lata Iskandar dah rasa macam nak patah pinggang. pheww! nabil & damia bantai tido. sampai sini kekanak bangun. aku memang suka dengar bunyi air terjun. best. kalau bujang dulu memang harus ku terjun. tapi  dah ada anak ni, anak-anak la yang excited sebab dua-dua suka mandi-manda.




Mula-mula sampai ingatkan takmau mandi. nabil & damia cecah-cecah kaki kat air je. tetiba nabil tanya. boleh tak kalau abang nak mandi? mama tak bawak baju lain eh?

adoila. malas betul nak ambik dalam kereta, at last kami bukak je baju diorang.



amekk..mandi pakai spender je. hahaha. malu3..



oh ye. mak dan abah jaga anak kaklong yang menetap kat sabah. kat sana takde pengasuh buat masa ni mak dan abah jaga. tapi wafiq fitri ni lagi melekat dengan maksu dia. dah macam omak dia dah gayanya, haha. takpe..praktis ye maksu :P


sangat geram dengan izz dani aqlan. tergoda i dengan senyuman dia. cairrr.. susah nak dengar dia nangis. gerammm.. tapi kali ni tak dapat snap gambar izz tersenyum pulak.


dah mandi-manda, pakai baju, kami lunch kat gerai makan yang ada kat situ. nabil & damia makan laksa. kami makan nasi campur. lapar gile wehh..


anak dara ni tak suka ikat rambut. dia suka biar rambut megi dia lepas macam tu je. rambut kakak cantik macam model kata dia. wekkk :P ni nak makan laksa terpaksa la ikat. kalau tak.. haghammmm..


kami teruskan perjalanan. dah pukul 1 lebih woooo.. akob kata check in pukul 2. sepanjang jalan banyak betul pondok-pondok macam ni. aku dok seat belakang sempatla snap. heheh. suka tengok. sebab berseni. diorang jual madu, petai, dan kraftangan. tapi yang tak syoknya, kat pondok tu ada anjing.



jalan dah jauh, apartment tak jumpa-jumpa. pengsan. rupanya akob terlajak. terpaksa pusing balik. akob jadi 'kepala'. so kami-kami yang kat belakang ni follow saje. stop kat sini. lepastu patah balik. ingat nak masuk dalam. tapi semua dah kepenatan.. kami tak masuk dalam. sobsob.

Taman Rama-rama

kami stay kat Rose Apartment. ok la. besar.ada kitchen. sampai lebih kurang pukul 3 lebih. masak2 air. buat air teh O. masak megi sebab nabil lapar. nabil ni kan, selera dia lain macam sikit bila pegi bercuti. tak kira la pegi mana. yang penting bercuti. dia cakap sebab dia gembira. haru juga kalau nak mood selera makan je kena pegi jenjalan. hahaha. nabil & damia mandi lepas makan megi. aku pun mandi juga. enSuami ajak pegi pasar malam yang ada dekat situ. aku pun tak sure apa nama pasar malam tu. tapi memasing cakap nak berehat. kami pun masukla bilik. tidurrrrr...

Bangun dah dekat maghrib. siap-siap pegi pasar malam Brinchang. bertolak pukul 8.30 malam. nak tau apa jadi. panjang gile kereta. jem seh! tensi betul. pukul 9.30 tak sampai lagi. perut dah nyanyi lagu rock dah. sampai Brinchang town, kami jenjalan sikit. lepastu cari kedai makan semua full. hohoho. dugaan betul. nasib baik ada jumpa 1 kedai makan kecik kat corner. nama kedai tu apa tah. Fauzi kot. ehehe. sementara tunggu makanan siap, aku dan diah pegi jenjalan cari barang. jumpa Pasaraya Jimat. beli megi cup, beli roti dan tuna. ha beli telur 10biji sekali. haha. takut lapar sok pagi.

tiba kat kedai makan, makanan belum siap. hoh. lapar sampai pening. makanan sampai. makan laju-laju. nabil makan habis sepinggan. banyak juga nasi dia. siap makan. sila bayar. ka-ching! ka-ching!

perut dah kenyang. jenjalan pasar malam pulak. bakar lemak gitu. haha. nabil & damia beli topi. RM7 tiap 1. lepastu beli sarung tangan. RM5 tiap sepasang.  layan. asal bahagia :P



ok. yang ni tak beli. sarung kat kepala. lepastu aku ambik gambar. rupanya diah cakap kat belakang aku ada tulis, tak boleh cuba untuk bergambar. hahahaha. sori taukeh. i tak perasan :P


kami beli FM dan keychain sikit. FM dapat la RM 1 untuk 1 ketul murah juga ek. heheh. keychain buah-buahan tu pun sama. RM1 each juga. nabil nak beli sebab nak bagi kat kawan baik dia kat sekolah, Adam Mukhriz. hehe. nama macam hero Adam dan Hawa kan?

kami beli bantal sorang satu untuk nabil dan damia. lepastu kedai dah tutup. haih. kesian ek. dapat jalan sekejap je.

Mak abah naik 1 kereta dengan akob. diorang dah balik dulu. kami dan diah tolong tutup kedai. haha. sampai bilik je,  syawal tak tido lagi. hepi la nabil sebab ada geng main. syawal masuk bilik sebab abah dia nak tido. nabil masuk bilik juga tapi aku tengok dia tengah kesat air mata. aku tanya kenapa. dia cakap abang nak main dengan syawal tapi syawal dah nak tidur. aku cakap kat nabil, ye la dah lewat dah ni semua nak rehat. esok nak jenjalan lagi kan. haih. drama king sungguh nabil ni tau.

tetiba syawal muncul depan pintu bilik kami. haha. riuh jadinya. syawal dah reti main dengan abang. segala apa nabil buat, nabil cakap dia tiru. kelakar. 



Anak dara ni pun segar bugar lagi. join main sekali dengan bujang 2 orang tu. ok bantal pink tu nabil punya. mat bunga betul. damia suka purple. so dia pilih bantal tu la.


19 Mei 2013
Bangun pagi, sarapan, siap-siap dan kemas semua barang sebab nak check-out terus. sempat la snap gambar cameron di pagi hari. sejukkk.. abah siap bagi suggestion "kalau nak pegi honeymoon jangan pegi sini..sejukk".

tapi kami suka je sejuk-sejuk macam ni. hehe. kalau panas tu rasa macam nak hangin satu badan je. hahaha. cuma tak larat nak meredah jalan berliku bak ular kena palu tu kot. pening wehhh..

tak dapat pun scene yang menarik. tapi nampak tak, dah pukul 8 masih berkabus lagi. 

sebelum berangkat, kami bergambar kenangan dulu :)

aksi ayah dan anak-anaknyee..

kami berempat :)

budak ni suka betul bergambar masa kat sana. ada saje gaya dia :P

mak dan abah :)

akob dan famili..

abah, wafiq fitri, mak dan diah

kami bertolak ke Big Red Strawberry Farm.


diorang tanam sayur macam ni je rupanya. heheh

kekanak excited nak bergambar kat sini :)

nabil, damia dan syawal :)

naurah damia dan muhammad nabil irsyad

ikan oh ikan kenapa takmau timbul~

model cactus. miahahaha

geram tengok kaktus.

kononnya nak petik stoberi kat sini. tapi kekanak below 10yo tak boleh masuk. haih. sedih. terpaksa la pegi tempat lain.
strictly no children below 10 years old katanya :P kat sini 1/2kg strawberry = RM25.

kami isi perut dengan 3 menu ni. makan la kongsi anak beranak. save budget gitu. hahaha.

strawberry milk shake, strawberry cheese cake dan french fries.

menu yang kat bawah ni semua suraya punya. pheww.. syiok!


lepas makan, kami naik atas semula. gila panjang kereta. abah dah tak larat nak melalui jem kot. lagipun masa naik kat Big Red Strawberry Farm tu kereta abah dah berasap sebab naik bukit lepastu kena beratur. lepastu abah parking tepi. enSuami ikut parking tepi jalan. lepastu call Akob. abah cakap nak pegi strawberry farm yang dekat tepi jalan tu je. so, kami patah balik pegi situ. aku sebenarnya blur. tu la nak pegi cuti-cuti takmau survey tempat..survey jalan. kan dah BLUR!


sampai strawberry farm tu kami terus bayar kat kaunter. 1/2kg = RM30. hm, nasibla. bayar je. sebab kat sini kanak-kanak boleh masuk. tapi kami masuk berempat je. yang lain takmau masuk. mak abah beli kat kaunter je. RM10 dapat 4 peket strawberry. wahh..murah juga. tapi sebab kami nak merealisasikan impian anak-anak nak petik stoberi..masuk la juga :P

ececeh..budak ni petik je tapi dia bukannya makan buah-buahan pun. caitt..

kakak suka stoberi :)

ganas betul bujang sorang ni petik stoberi.

jelingan manja :P

hasil tangkapan. belum cukup lagi ni..

strawberi cinta

lepas petik stoberi kami makan aiskrim stoberi. sedap. aiskrim malaysia. 1 batang = RM1. pheww!

aktiviti memetik strawberi dah selesai. kami blur. taktau nak ikut jalan mana. enSuami cakap nak gi Bharat kena turun. entahla. semua tak bergerak. aku rasa silapnya kami semua ni kan, tak duduk bincang mana nak pegi dulu, mana nak pegi kemudian. takde perbincangan kot. rasanya la. bila nak keluar je terus gerak. ikutttt je orang depan. patut tak boleh macam tu. silapnya jugak kat kami sebab tak survey tempat dulu. kami letak tugas tu semua kat Akob. kesian juga kat dia.

sudahnya kami turun. sampai Bharat, enSuami tak turun. sebab nabil dah lena dalam kereta. kejut banyak kali pun tak sedar. at last, aku dan damia je pegi turun kebun teh dengan abah, mak, diah, fitri, akob dan syawal.

layan je la gambar kat bawah..

turun bawah ikut jalan yang adventure sikit ni..hihihoo~

abah dan fitri

akob dan syawal 

daku dan damia :) nampak tak trick yang aku buat? damia cover separuh badan aku yang makin membesar bagai johan tuu :P

damia, syawal dan fitri. syawal dah guling2 hindustan dah kat jalan tu. hahaha


maksu Diah

saujana mata memandang~

nak balik kena daki bukit. mengah mak!

ngeteh sekejap. 

damia order pau sebab nampak orang meja sebelah makan pau. heheh


sebelum balik sempatla beli ole-ole untuk famili daku di kampung sana..dengan ucapan..tunggu anakanda pulang ye..mihmih :P
anak dara ni tak menyempat nak makan stoberi. cuci juga dalam kereta terus ngap. hoh!

si bujang chenta hatiku ni tak bangun-bangun. penat sangat la kot petik stoberi tu.

dah kenyang makan stoberi, anak dara terus lena diulit intan. ZZZzzzzzz....

on the way balik, aku dah mabuk. standby plastik weh. tahan punya tahan akhirnya terluah juga isi perut. pengsan~~

kami teruskan perjalanan. perut dah laporr gile tahap gaban. rupanya bila kami terus turun dah jumpa Bharat, maknanya kami terus balik. nampak tak kebodohan dan kelembapannya di situ? sudahnya, cuti-cuti Cameron tak seindah mimpi. dapat pegi 2 tempat je? sedeyyy..

PENGAJARAN AYAT (hahha poyo!)
kena duduk bincang kalau pegi cuti-cuti secara berjemaah. dan jangan  biar 1 kepala je galas tugas mencari hala tuju seterusnya.
kalau tak bincang, tak decide dari awal, confirm.. percutian anda akan jadi tidak bermakna ataupun mungkin anda gembira tapi ada pihak yang berdukacita. sekian. ha yang gumbira sakan tentulah nabil damia kan sebab dapat petik stoberi :)

selamat tinggal Cameron Highlands. jumpa lagi di lain masa. insya Allah (eh maknanya akan pergi lagi ke? haha. enSuami cakap kalau ada rezeki insya Allah kami akan ke sana..yeaahhoooo!!)

Nabil cakap lepasni nak masuk Legoland. hohoho~

Nabil: Lepasni abang nak pegi Legoland pulak. haritu pegi tapi tengok dari luar je kan? tak masuk pun.
Mama: Insya Allah boleh..tapi abang kena menabung. simpan duit banyak-banyak sebab nak beli tiket dia mahal.
Nabil: tabung abang kan dah penuh, mama pegi la keluarkan semua buat beli tiket.
Mama: tak cukup lagi la. kena penuhkan lagi 1 tabung sebab kat sana nanti nak kena guna duit juga. nak beli tiket mama lagi..ayah lagi..
Nabil: Mama dengan ayah guna la duit tabung mama dengan ayah. abang dah simpan banyak dah untuk abang.

CISSSS...

Takpela abang.. insya Allah.. duit tabung abang tu mama simpan kat bank je nanti. simpan untuk masa depan :) pegi Legoland kang ayah bayorrr..haha gitu :P

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!