Wednesday, October 24, 2012

Potty Train I: Bersedia kah Damia??

Sekarang umur Damia dah 2 tahun 4 bulan. Dulu masa Nabil seumur ni, aku dah cuba train. tapi tak berjaya sebab dia tak ready (sebenarnya mama pun tak ready. haha). kena pulak masa tu bulan puasa. huhuii. jadi aku stop train Nabil dulu. tapi Alhamdulillah, Mac 2011 Nabil berjaya free diapers. sepenuhnya. sekejap je pun nak train bila dia dah betul-betul bersedia. dalam masa seminggu, dia berjaya. siang dan malam ok :)

Damia??
Agaknya mana yang senang ek? nak train boy ke girl? huhu. Rasanya lagi susah nak train Damia sebab dia sangat kuat minum air. satu hari dia minum air masak mengalahkan orang dewasa kot. banyak gilerrr!! nak train dia pun serammmmm..haha. sekejap-sekejap tukar pampers. sebab dah penuh silap-silap BANJIR hohoho--

Sekarang ni aku cuma 'mempersiapkan' mental Damia dulu. Hari-hari cakap kat dia, nak sekolah tahun depan TAK boleh pakai pampers. Kakak dah besar, pampers simpan untuk adik. haha. ADIK?? memang dia tak mau la kot. sebab bila tanya nak adik ke tak, Damia cakap TAK PAYAH! tapi baby orang lain dia suka pulak melayan. huih--

Takpela. pelan-pelan. mulut dia kemain potpetpotpet tapi bila nak kencing tak pulak reti nak cakap. adeh. biasanya dah sudah kencing baru la cakap dah TERRRRkencing. huwaa. tahun depan umur dah 3 tahun. Damia cakap nak sekolah sama dengan abang. boleh ke??

minah kerinting yang tak suka ikat rambut. grrr..


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

2 comments:

syawalsimpsons said...

rambut udah macam maggi...kikiki.....tak pe la...nnt mesti damia bersedia macam abil..

fieda said...

damia pasti boleh..