Wednesday, June 1, 2011

Part 3: 28hb mei 2011 berlangsungnya majlis Aqiqah baby L

Terasa malas pula nak menyambung kisah dari sini. tapi saya gagahkan diri untuk menaip.huhu.

Nabil tak sihat. ulser kat bibir baru elok. baru nak selera makan. semalam nabil selsema. lepas tu macam dah batuk-batuk pulak. pagi tadi dah mula datang manja dia balik.adodoi..

duduk lama-lama dalam toilet sebab cakap nak muntah.
nangis jerit-jerit sebab tekak loya. sebab batuk.
taknak makan nasi. taknak makan pape.
saya beria masak itu ini sebab nak bagi dia makan. tapi dia jamah sikit lepas tu terus pegi kat basket.
terus dicampaknya makanan kat dalam tu. hm, memang anak pintar.grrr..

tadi kami bawak nabil pegi klinik.doktor cakap nabil semput. dengar nabil bernafas pun susah. sedihnya. dapat 6 botol ubat (hm, kenyang makan ubatla kamu abin). dah lama tak buat nebulizer. seingat saya last nabil buat nebulizer treatment masa kami duduk kat pasir gudang dulu. kali ni, kena buat pulak. nasib baik nabil ok. tu pun nak kena bodek dulu. cepat la sembuh nabil. mama risau tengok nabil macam ni. mulut nak bercakap je. tapi mengah. dengan batuknya lagi. wuwuwu~

ok berbalik kepada kisah dan tujuan asal entri ini.hihi.

kami semua bangun awal hari tu. kemas apa-apa yang patut. beg untuk cenderahati pun buat last minute. ye la, mula-mula macam taknak bagi. lepas tu adik ketiga saya a.k.a Abi Luqman Al Faateh cakap nak bagi. nasib baik banyak kakitangan. berdesup semua buat. siap. makcik-makcik yang datang rewang pun sampai pukul 9pagi.lepas tu bertungkus lumus siapkan semua menu yang tersenarai.

tepat jam 2 petang semua tetamu datang untuk majlis bacaan Yaasin perempuan. siap bacaan Yaasin, tetamu makan.

banyak betul kuih muih dari jiran-jiran mak. donat, karipap, bahulu gulung, kuih bakar, apam dan macam-macam lagi.

adik-beradik mak semua datang. best. meriah. macam kenduri kahwin pulak.hihi. lepas habis Yaasin perempuan, kami pulak 'menyelit' aktiviti tambahan.haha. disebabkan hari tu ramai saudara mara datang jadi kami decide nak sambut awal birthday Nabil dan Damia. awal kan? sepatutnya birthday Nabil 11 jun. Damia pulak 15 jun. takpe la kan.ngee~

nampak tak muka Nabil monyok je?sebab dia baru bangun tidur.haha.lagipun dia tak sihat. ulser. damia pulak terlebih excited. teka apa benda yang kat atas kek tu??

nampak?

tak?

hehe.

nabil sangat minat dengan benda tu. jcb. kek ni pun dia yang request nak ada jcb. layan.

nabil tersipu-sipu malu lepas semua nyanyikan lagu Happy Bithday to You.hihi.semua tu sepupu-sepapat saya sebelah mak. kecik-kecik lagi. maklumla mak saya anak sulung :)

lepas majlis hari lahir. ada bacaan doa selamat orang lelaki pulak. lepas Asar. lepas tu majlis selesai. fuhh. penat. makcik saya yang duduk segamat yang sangat banyak menabur budi pada saya pun datang bawak embah saya sekali. wakil adik-beradik bapak saya yang lain. terima kasih cik Be.

lepas maghrib, kami siap-siap sebab kena pergi rumah PIL pulak. FIL ada buat aktiviti BBQ. perut sangat full. jadi saya makan sikit-sikit je.hihi. kami datang lambat. kesian pulak nak tinggal rumah mak saya macam tu je kan? tapi saya tak tolong kemas pun.wuwuwu.kesian mak. tak pe la. adik saya hero-hero pujaan Malaya ada ^_^

malam tu juga kami balik rumah kami.dekat je.hehe.sebab hero pujaan Malaya saya sudah rindu rumah >> Encik Marzarudin dan Muhammad Nabil Irsyad :)

sekian. entri yang malas. jumpa di lain entri (^_^)v
nanti saya tunjuk gambar baby Luqman yang sudah gondol kepalanya. hihi. botak :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

2 comments:

padlie said...

meriahnya majlis..

cuaca x menetu ni mudah kena ulser bibir.. kalau kita pun sakit, ni pula anak kecil..

CsP nak bagi Hadiah!!!

Bunga said...

meriahnyaaa...