Monday, May 30, 2011

Part 2: persiapan majlis Aqiqah baby L

Ini adalah sambungan kisah Majlis Aqiqah Baby L serta sambutan ulangtahun nabil dan damia di sini.

menu untuk majlis Aqiqah:
1. kambing
2. sambal goreng
3. ayam masak lemak cili api
4. rojak
5. ikan bawal 3 rasa

banyak kan?makan dengan nasi putih. air pulak sunquick oren.

saya dapat tolong sikit-sikit je. kesian mak. kesian bapak.huhu. nabil boleh jadi lebih manja dari adik dia. kemana saya pegi, nabil tarik hujung baju. ikut sana sini. adehh. damia pulak mengaruk je. ngantuk tapi taknak tidur. nasib baik ada makcik-makcik yang datang rewang meringankan tugas mak dan bapak. best adik-beradik semua balik kecuali adik ke-6 yang kerja takdapat cuti dan adik ke-7 yang jauh di perantauan. insya Allah balik 30 jun nanti :)

sehari sebelum majlis, saya cuma dapat tolong kupas 8 kg bawang besar, bawang putih (separuh jalan, disambung oleh puan zahidah) dan bawang merah (3 suku jalan, disambung oleh encik pery).hihi.

saya juga dapat buat 1 adunan apam pelangi. dan dua adunan apam pisang.phewww!!


kambing 2 ekor dah siap sembelih dan dah siap potong.sampai lepas maghrib. tapi mak dan bapak kena potong lagi sebab kambing tu potong besar-besar. jadi malam tu saya dan encik pery kupas kentang untuk buat sambal goreng. sebelumkupas kentang, saya potong tempe dulu. nabil dan rafiq sibuk nak tolong, jadi saya suruh mereka bukak sampul tempe tu.haha.senang. tinggal potong je.

sekian.nantikan part 3 pula ye ^_^

p/s: dah tengok kungfu panda 2. sangat best. nabil sangat hepi :) damia tak tidur siang. jadi on the way nak pegi panggung dia dah tidur. lena. sampai esok paginya.hihi. layan kungfu panda sambil makan pop corn.yummy!

daaa..
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

3 comments:

Diyana said...

anim

tahniah.

anim salah seorang pemenang Telekung Jersey GA. bagi emel pada link di bawah.

nanti saye kontek anim utk proses penghantaran hadiah.

tahniah sekali lagi;)

http://siahsekeluarga.blogspot.com/2011/05/pemenang-telekung-jersey-ga.html

bunga said...

wahh..taniah..mesti meriah..

aNiM said...

Alhamdulillah..
terima kasih ye :)